SN331 – POTENSI TEGAKNYA KHILAFAH DI SYRIA
[SN331] Para pejuang Syria mencapai kejayaan yang strategis dalam mengimbangi pertempuran melawan rejim Bashar al-Assad melalui pelanketenteraan yang disusun rapi berdasarkan taktik perang gerila. Amerika Syarikat yang khuatir dengan kemampuan para pejuang melakukan pergerakan di luar dugaan dengan pantas dan tiba-tiba, kemudian mengancam untuk melakukan campur tangan ketenteraan secara langsung. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, menyatakan pada 3 Disember 2012, bahawa “kami sudah pasti merancang untuk mengambil tindakan jika kemungkinan (penggunaan senjata kimia) itu terjadi.” AS dan negara-negara Barat pada umumnya berusaha untuk meneruskan pengaruh mereka di Syria, melalui penglibatan mereka agar revolusi boleh diarah untuk mendapatkan hasil yang mereka ingini. Berdasarkan keadaan sekarang, ada empat kemungkinan yang akan berlaku dengan rejim al-Assad yang sedang mendekati kehancuran ini.
Ada banyak ideologi yang berbeza yang terdapat pada pihak pejuang, dari kaum ekstremis liberal sekular yang menuntut demokrasi gaya Barat hinggalah ke kelompok-kelompok Islam yang menuntut sebuah Negara Islam. Ada ramaikumpulan pejuang di antara kedua kutub spektrum ideologi ini. Kedudukan alami masyarakat Syria yang konservatif akan menuntutagar Islam berperananselepas tumbangnya rejim Assad. Hasil dari Arab Springtelah menunjukkan bahawa ada kebangkitan dalam dunia Islam umumnya, dimana kelompok majoriti menuntut agar Islam lebih banyak memainkan peranan dalam politik. Satu kajian yang dilakukan oleh PEW Research Center pada bulan Julai 2012 menyebut, “Banyak dari negara-negara majoriti Muslim yang dikaji menginginkan Islam agar memiliki pengaruh yang besar dalam politik.”Trend ini telah memberikan suatu pengaruh kepada kelompok-kelompok Islam yang lebih besar yang membawa mereka ke tampuk kekuasaan seperti di Tunisia,Mesir dan Libya. Demikian pula, pada kelompok-kelompok Islam di Syria seperti gerakan Salafi dan HizbutTahrir, yang menyeru didirikan sebuah Negara Islam. Inilah kemungkinan yang pertama. Banyak brigade tempur Free Syrian Army (FSA) menunjukkan dukungan mereka atas tujuan ini (menegakkan Khilafah) seperti yang mereka umumkan di Aleppo, manakala mereka mengkritik koalisi Syria baru yang sekular.
Kemungkinan kedua adalah munculnya negara demokrasi gaya Barat yang diusahakan oleh puak-puak sekular dan jugaIkhwanul Muslimin. Sejak awal pemberontakan lagi, AS telah berusaha mempengaruhi para pejuang untuk membangun konsensus ke arah itu (ke arah mewujudkan negara demokrasi) melalui pembentukan pasukan gabungan yang didukung dan dibantunya. Pemerintah Turki, RecepTayyipErdogan merupakan orang penting dalam melaksanakan rancangan-rancangan AS itu. Penafian berterusan AS terhadap sokongan mereka ke atas kumpulan pemberontak menjadi hujah kegagalan rancangannya hingga kini. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa majoriti kumpulan dalam FSA tidak tergadai dengan idea negara sekular. Dalam usaha lain untuk menyatukan para pejuang di bawah suatu kepemimpinan sekular, telah diumumkan berdirinya sebuah pakatan lain di Antalya, Turki, pada hari Jumaat lalu. AS sejak dahulu mengatakan dengan terus terang bahawa hasil yang mereka harapkan bagi Syria adalah transisi politik menuju kepada sebuah negara sekular-demokratik ala Barat, di mana AS akan terus mendukung segala usaha yang mengarah kepada hasil tersebut.
Memandangkan hasilideal yang diingininya (negara demokrasi) masih belum terwujud dan ramai dari pihak pejuang yang menyerukan negara Islam, AS berbaki dua lagi kemungkinan. Kemungkinan ketiga adalah campur tangan ketenteraan secara langsung seperti yang telah diancamoleh Clinton. AS mungkin akan menggunakan NATO untuk melakukan penjajahan dari darat, khususnya dengan menggunakan tentera Turki. Namun kemungkinan juga AS menggunakan kekuatan multi-nasional tentera pengaman di bawah PBB. Lakhdar al-Ibrahimi, utusan khas PBB ke Syria, menyeru pasukan PBB untuk menstabilkan Syria, satu pelan yang diterima oleh koalisi Syria beberapa hari selepas penubuhannya, ujar jurucakap rasminya, Walid al-Buni.
Tujuan kuasa-kuasa Barat, melalui penjajahan, adalah untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan dalam tubuh FSA yang tidak mahu negara demokrasi sekular, seperti Jabhat al-Nusrah dan Ahrar al-Sham. Masalah dengan rancangan ini adalah, AS akan mengundang kemarahan penduduk Syria terhadap campur tangannya kerana kumpulan-kumpulan inilah yang selama ini melindungi penduduk dari kekejaman al-Assad. The New York Times, melaporkan bahawa “pada hari Jumaat lepas, sebahagian peserta demonstrasi di kota-kota di Syria mengangkat sepanduk dengan slogan-slogan seperti ‘Tolak campur tangan Amerika, kita semua pendukung Jabhat al-Nusrah”.
AS juga akan mendapati bahawa koscampur tangan ketenteraan adalah sangat mahal selain akan mendorong rakyat Syria lebih menyokong Jabhat al-Nusrah dan kelompok Islam lainnya. Justeru, hal ini akan membawa kepada kemungkinan terakhir dari revolusi Syria iaitu kemungkinan yang paling berdarah dari kesemuanya, yakni berupapeperangan antara kelompok-kelompok pejuang yang berbeza. AS tentunya akan mendukung kumpulan-kumpulan FSA yang sekular dan membekali mereka dengan dana dan senjata serta akan membiarkan tercetusnya perang saudara diantara pihak-pihak yang telah dua tahun bersama-sama berusaha menjatuhkan rejim Assad itu. AS telah lama menjalin hubungan dengan sebahagian pejuang untuk sementara waktu ini melalui sebuah kemlatihan di selatan Turki. Salah seorang pejuang dalam kumpulan sekular FSA menyatakan secara jelas bahawa, “setelah Bashar jatuh, akan terjadi banyak pertempuran diantara kelompok-kelompok tersebut.”
Di saat revolusi Syria hampir mencapai tujuan utamanya, yakni tumbangnya rejim al-Assad, para pejuang seharusnya telahpun membuat pelan bagi masa depan negara itu. Syria, negara yang kedudukannya sangat strategik, amat penting bagi negara-negara Barat yang memiliki pengaruh atasnya kerana Syria sudah menjadi sebuah negara yang moden. Jika tujuan Barat untuk mewujudkan negara sekular Syria tidak tercapai, Barat sebenarnya sudah siap melakukan pelbagai kelicikan yang berbeza untuk mencegah Syria dari menjadi negara yang bebas. Ia mungkin dalam bentuk campur tangan ketenteraan atau perang saudara jangka panjang. Satu-satunya cara bagi rakyat Syria untuk keluar dari hasil yang buruk ini adalah dengan menentukan kehendak politik mereka sendiri dan berusaha menjamin kemerdekaannyadengan mencapai kata sepakat diantara kumpulan-kumpulan pejuang yang berbeza. [Artikel ini adalah terjemahan dari analisis oleh Abu Anas yang boleh diakses di http://www.khilafah.com/index.php/analysis/middle-east/15125-possible-outcomes-of-the-syrian-revolution]
Potensi Syria Menuju Khilafah
Sikap tegas kumpulan mujahidin menolak campur tangan Amerika, menolak demokrasi dan menginginkan negara Khilafah membuatkan Amerika sangat khuatir. Setelah berusaha mensolidkan front politik pembangkang melalui NationalCoalition, Amerika berusaha menyatukan pasukan pembangkangSyria di bawah kawalannya.Dalam usaha menyusun semula sayap militer ini, Amerika juga berusaha menyingkirkan kelompok mujahidin yang menolak berkompromi dengan Amerika terutama Brigade Jabhat al-Nusra dan Ahrar al-Sham.Semasapertemuan di Turki pada Sabtu (8/12), ketua-ketua pasukan gabungan pembangkang yang baru terbentuk telah sepakat memilih Brigadier SalimIdris sebagai komandan tertinggi. Idris adalah salah sorang pegawai tentera Syria yang membelot. Pertemuan yang didakwa dihadiri oleh 500 orang wakil kumpulan militer pembangkangini telah memilih 30 anggota Dewan Militer Tertinggi dan seorang ketua staf.
Pertemuan yang diadakan di Turki ini sekaligus menunjukkan pengkhianatan Perdana Menteri Turki, RecepTayipErdogan, sebagaimana penguasa Qatar, yang menjadi fasilitator pertemuan-pertemuan yang dirancang untuk kepentingan kuffar Amerika di rantau tersebut. Sudahlah tidak membantu rakyat Syria menentang kezaliman Bashar, dengan membenarkan negara Turki menjadi tuan rumah kepada mesyuarat berkenaan, Erdogan sebenarnya telah menunjukkan siapakah dirinya yang sebenar.Inilah antara sebab kenapa Amerika sangat mudah mencampuri urusan kaum Muslimin, kerana para penguasa Muslim itu sendiri yang sentiasa menjadi kaki tangan Amerika yang patuh dan taat menjalankan kepentingan dan strategi politik Amerika di tanah kaum Muslimin sendiri.
Sikap Turki ini bertentangan dengan gabungan kelompok Mujahidin Syria yang ikhlas berjuang melawan rejim al-Assad yang menolak National Coalitiondan apa jua pakatan pembangkang tajaan Amerika, yang merupakan gabungan baru yang dibentuk oleh Amerika pada pertemuan di Qatar pada 11 November 2012 yang lalu.Pelbagai cara dilakukan oleh Amerika untuk menyingkirkan para Mujahidin dan menghentikan perjuangan rakyat Syria untuk menegakkan Khilafah di bumi yang diberkati itu. Antaranya seperti biasa, Amerika melalui medianya melakukan penyesatan politik, dengan mengaitkan kelompok yang berjihad ini dengan terrorismdan tuduhan memiliki agenda radikal.
Amerika juga menggunakan organisasi dunia yang merupakan alat politiknya, PBB. Ini dapat dilihat daripada laporan Komiti PBB yang melakukan penyelidikan di Syria apabila mereka menyatakan wujudnya kehadiran militan asing, Muslim radikal dan para jihadis yang telah mengkhuatirkan Barat.Pada 17/10/2012, Ketua Komiti, Sergio Pinheiromenyebut kepada wartawan bahawa dia mengandaikan ada ratusan kumpulanasing yang ikut bertempur di Syria. Pinheiro menambahbahawa komiti itu khuatir yang kumpulan asing ini tidak berjuang untuk “membangun negara demokratik di Syria”, tetapi membentuk Syria“untuk agenda mereka sendiri.”Ia memberi gambaran seolah-olah agenda Amerika adalah untuk kepentingan rakyat Syria.Padahal semua pihak tahu bahawa campur tangan Amerika di bumi umat Islam tidak lain adalah untuk melestarikan tiga kepentingan politiknya di Timur Tengah iaitu mempertahankan bekalan kuasa terutamanya minyak dan gas dengan harga murah; mempertahankan kewujudan dan kepentingan Yahudi dan mencegah berdirinya negara Khilafah di Timur Tengah yang akan mengancam eksistensi penjajahan Amerika.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton secara terbuka memperingatkan tentang tendensi Syria ini. Amerika dengan teknik propagandanya yang mudah dibaca, seperti biasa menuduh para mujahidin sebagai ekstremis dan teroris serta mengaitkannya dengan rangkaian al-Qaida.Berkibarnya bendera La ilahailallah Muhammad Rasulullah, bergemanyalaungan takbir, ditambah ketakwaan para mujahidin yang tekun beribadah dan membaca Al-Qur’an meskipun dalam suasana perang yang getir, menjadi dasar tudingan Amerika bahawa mereka adalah al-Qaida. Amerika pura-pura tidak tahu bahawa pihak yang melakukan penentangan di Syria adalah seluruh umat Islam di mana simbol-simbol yang dituding oleh Amerika merupakan simbol-simbol Islam, bukan simbol al-Qaida sahaja.
Tidak hanya itu, Amerika malah menuduh para mujahidin sebagai ekstremis yang ingin merampas perjuangan rakyat Syria. Clinton mendesak pembangkangSyria agar menentang segala usaha oleh kelompok ekstremis daripada “merampas revolusi”.Semasa dalam perjalanannya ke Crotia, Clinton mengatakan bahawa kepemimpinan pemberontak harus lebih inklusifterhadap mereka yang bertempur di Syria.Dia juga mengatakan yang ada sejumlah “laporan yang merisaukan” mengenai ekstremis Islam memasuki Syria untuk mengambil keuntungan dari pemberontakan melawan Presiden Bashar al-Assad. Pemberontak mesti “dengan tegas menolak segala usaha oleh kumpulan ekstremis untuk merampas revolusi Syria,” katanya (BBC 1/11/2012). Tampak jelas bahawa Amerika inginmembezakan dan memecah belah antara apa yang ia sebut sebagai pemberontak dengan para ekstremis.
Selain itu, Amerika Syarikat juga berusaha melakukan kriminalisasi perjuangan para mujahidin dengan bukti video yang didakwanya sebagai suatu jenayah. Menurut PBB, video seperti ini boleh digunakan sebagai bukti jenayah perang. Dalam masa yang sama, pemerintah AS menegaskan bahawa ia “mengutuk pelanggaran hak asasi manusia oleh pihak mana pun di Syria”. Video seperti ini kemungkinan akan digunakan oleh AS dan sekutunya untuk menyingkirkan kelompok mujahidin pasca tumbangnya Assad dengan tuduhan pelanggaran hak asasi manusia.Usaha AS menjenayahkanmujahidin ini terbukti kemudiannya di mana pada Rabu (5/12/2012) Obama secara rasmi memasukkan kelompok mujahidin Jabhatal-Nusrahke dalam senaraiterbaru organisasi teroris. Jabhatal-Nusrah selama ini dikenal sebagai kelompok jihad yang paling kuatmenentang rejim al-Assad.
Dua hari selepas Obama memasukkan Jabhat al-Nusrahke dalam senarai organisasi terorisantara bangsa, umat Islam di Syria turun beramai-ramai ke jalanan melakukan demonstrasi bagi menunjukkan sokongan kepada mujahidin Jabhat al-Nusrah dan menolak pasukan “pengaman” PBB.Di kota Binniys, wilayah DeirEzzur, ribuan kaum Muslimin turut serta dalam demonstrasi pada hari Jumaat di mana mereka mengalu-alukan mujahidin Jabhatal-Nusrah. Mereka melaungkan “Jabhat al-Nusrah, Allah Yahmikum (Allah Melindungi Kalian), Allahu Akbar, Kejayaan Hanya Milik Allah, Rasul-Nya Dan Orang-orang Beriman.”
Selepas AS mengisytiharkan Jabhat al-Nusrah sebagai kelompok teroris, ternyata dukungan terhadapnya semakin meluas di tengah-tengahumat. Sebagaimana yang dipetik oleh The Telegraph Online (10/12/2012), sebanyak 29 kelompok pembangkang, termasuk brigade-brigade tempur dan komiti sivil, telah menandatangani petisyen yang mengajak tunjuk perasaan besar-besaran bagi mendukung Jabhat al-Nusrah, sebuah kelompok Islam yang dituduh oleh White House sebagai cawangan dari al-Qaida.Umat Islam juga diminta untuk melaungkan slogan “Tidak untuk campur tangan Amerika, kerana kita semua adalah Jabhat al-Nusrah”. Bendera La Ilahaillalllah Muhammad Rasulullahpun diseru agar dikibarkan sebagai tanda sokongan kepada Jabhat al-Nusrah.“Ini adalah perwira sejati untuk rakyat Syria, ini adalah pahlawan yang menjadi milik kami dalam agama, dalam darah dan dalam revolusi,” kata sebuah kenyataan yang beredar luas di laman facebookpembangkangSyria.
Khatimah
Kita memohon kepada Allah SWT agar dengan izinNya segala bentuk makar Amerika dan sekutunya ini akan gagal. Tawaran demokrasi Amerikadi Syria Insya Allah tidak akan laku di mana umat sudah semakin sedar bahawa demokrasi adalah sistem kufur ciptaan Barat yang wajib ditolak. Sesungguhnya rakyat Syriayang ikhlas menginginkan berdirinya negara Islam, negara Khilafah di bumi Syam yang diberkati oleh Allah SWT. Bumi yang sudah dibasahi oleh darah para mujahidin yang syahid itu, dengan pertolongan Allah, tidak akan bisa dikotori oleh Amerika dan para pengkhianatyang menjadi kaki tangan Amerika!Dengan perkembangan terkini yang terjadi di Syria di mana sudah banyak kumpulan pejuang yang bersumpah untuk menegakkan Khilafah di bumi itu, berserta dengan janji daripada Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya pusat negara Islam itu adalah di Syam, kita berdoa kepada Allah Azza wa Jalla agar bumi Syam ini menjadi titik mula kepada penegakan Daulah Khilafah Ala Minhaj Nubuwwah, yang kemudian akan menggabungkan negeri-negeri kaum Muslimin lainnya, sehingga Daulah Khilafah akan muncul menjadi super power dunia untuk kali yang kedua.Amin ya Rabbal Alamin.