SN360 – Pembunuhan Beramai-Ramai di Ghauthah Timur Dan Barat Dengan Senjata Kimia Merupakan Tragedi Ngeri…
Pembunuhan Beramai-Ramai diGhauthah Timur Dan Barat Dengan Senjata Kimia Merupakan Tragedi Ngeri Di Mana Masyarakat AntarabangsaYang Muflis Wajib Bertanggungjawab Ke Atasnya – Bashar Si Penyembelih Hanyalah Alat Dalam Menjalankan Pembunuhan Ini
Seperti biasa, Amerika selaku kepala kejahatan dan keganasan dunia, berusaha menutupi kejahatan ejennya ini. Jurucakap White House, Josh Earnest mengatakan, “Kami secara rasmi meminta PBB segera melakukan siasatan”. Dia tidak mengatakan “siasatan serta-merta”, padahal kumpulan penyiasat antarabangsa sedang berada di Damsyik sejak hari Ahad 18 Ogos lepas. Ketua kumpulan penyiasat, AkeSellstrom, sebaliknya hanya memberi komen bahawa sumber berita yang menyiarkan serangan tersebut hendaklah disiasat, dengan menambah bahawa dia hanya menonton sedutan berita tersebut di televisyen dan meragui jumlah korban yang begitu besar.
Pada waktu yang sama,Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon pula melahirkan rasa “terkejut”nya terhadap tuduhan ini. Jurucakap rasmi Kementerian Luar Negeri Rusia, Alexander Ukasevich, mengumumkan bahawa “peluru berpandu dengan senjata kimia beracun telah dilancarkan oleh pemberontak Syria dengan mensasarkanGhauthah Timur di Damsyik”. Seiring dengan bermulanya tugas pakar PBB, Rusia menganggap serangan tersebut sebagai “pelan provokatif yang sudah pun dirancang”. Dewan Keamanan PBB pula, dalam mesyuaratnya pada hari yang sama mengenai pembunuhan beramai-ramai ini telah mengungkapkan kebimbangannya terhadap tuduhan penggunaan senjata kimia di perkampungan Timur Ghauthah. Dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Setiausaha Agung PBB, Jan Eliasson memberitahu Dewan Keamanan bahawa pihak berkuasa Syria menolak penghantaran segera kumpulan penyiasat ke tempat-tempat yang dikatakan menjadi sasaran senjata kimia.
Beginilah caranya kuffar Kapitalis Barat dan Komuniti Antarabangsa yang zalim menilai kejahatan mengerikan ini iaitu hanya sebagai satu ‘tuduhan’. Sesungguhnya penilaian ini mengandungi maksud untuk menutup kejahatan yang telah dilakukan. Siang dan malam negara-negara Barat menyatakan bahawa apa yang paling ditakutkan di Syria adalah jatuhnya senjata kimia ke tangan ekstremis dan yang dimaksudkan (sebagai ekstremis) adalah aktivis Islam, sedangkan mereka hanya berdiam diri terhadap rejim Syria yang memiliki senjata kimia tersebut, malah mereka berusaha menutupi penggunaannya (oleh rejim) ke atas kaum Muslimin, meski pun yang menjadi sasaran dan korban adalah kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Hal itu tidak lain kerana mereka sebenarnya takut atas sifat keIslaman revolusi di Syria yang telah mengisytiharkan identitinya sejak awal dengan membawa slogan “hiya lillah hiya lillah”(revolusi ini untuk Allah, revolusi ini untuk Allah) dan bahawa “Syria menginginkan Khilafah Islamiyyah”.
Hakikatnya, kejahatan ini telah dirancang oleh negara-negara kuffar Kapitalis Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Bashar tidak lain hanyalah salah satu alat pembunuhnya. Seandainya tidak demikian, nescaya dia tidak akan berani melakukan kejahatan tersebut yang tidak akan dilakukan oleh binatang buas sekalipun. Tujuan dari kejahatan mengerikan ini adalah untuk menekan kaum Muslimin agar meninggalkan projek mereka untuk memerintah dengan Islam. Tragedi ini sungguh menyayat hati dan ia bukanlah tragedi yang memerlukan satu analisis politik mendalam untuk menjelaskan niat tersembunyi rejim Bashar yang terlaknat. Senjata kimia ini adalah lebih merbahaya dari pelbagai wabak penyakit era kini.
Wahai kaum Muslimin di seluruh negeri umat Islam! Kewajipan syar’i pertama bagi kalian atas tragedi ini adalah untuk mengisytiharkan apa yang telah diisytiharkan oleh saudara-saudara kalian di Syria – bahawa kalian menginginkan pemerintahan Islam dan ingin mencampakkan rejim-rejim yang merupakan ejen kuffar di negeri kalian. Sesungguhnya semua rejim itu tiada bezanya dengan rejim Syria darihal kejahatannya, kejauhannya dari Islam dan hubungan mereka dengan Barat. Rejim-rejim ini memiliki tentera dan senjata yang boleh mengubah neraca kekuatan dunia, namun mereka menghalang dari terjadinya perubahan ini atas sebab yang sama yang menjadikan Bashar memerangi kaum Muslimin;yakni usaha mereka untuk menghalang tegaknya pemerintahan Islam. Penguasa Saudi adalah antara rejim awal yang menyatakan sokongan kepada revolusi Syria manakala penguasa Iran adalah antara rejim awal yang menyatakan sokongan kepada penguasa Syria, namun kedua-duanya adalah musuh umat dan ejen bagi Amerika.
Kami dengan ini menyampaikan nasihat kepada kaum Muslimin yang ikhlas, semata-mata kerana Allah! Sungguh, diamnya kalian terhadap pengkhianatan para penguasa kalian, itulah yang membuatkan Barat dan para penguasa kakitangannya berani melakukan apa sahaja terhadap kalian. Sungguh,diamnya kalian dari melakukan usaha ke arah perubahan, akan menyebabkan kalian turut menanggung dosa yang mereka lakukan dan menjadikan kalian rakan kongsi di dalam perbuatan dosa tersebut!
Wahai para perwira dalam pasukan tentera kaum Muslimin! Sampai bilakah kalian akan terus berdiam diri dalam kepasrahan? Padahal kalian (tentera) dibentuk tidak lain kecuali untuk berjihad, menolong agama ini dan memerangi musuh-musuh kaum Muslimin. Tidakkah kalian sedar bahawa kalian adalah orang yang pertama yang akan diminta pertanggungjawaban kerana menyokong dan membantu para penguasa yang zalim itu yang merupakan ejen Barat, musuh agama kalian dan musuh umat Islam? Tidakkah kalian sedar bahawa kewajiban pertama kalian adalah menjadi para penolong Allah (ansarullah) dengan menolong para pejuang untuk menegakkan agama Allah dengan tegaknya Daulah al-Khilafah? Dengan demikian, kalian akan menumbangkan para penguasa itu, hingga membolehkan para pejuang menegakkan perintah Allah. Dengan demikian, kemuliaan umat yang hilang pun akan kembali dan negeri-negeri kaum Muslimin akan kembali bersatu, panji Islam akan kembali berkibar dan panji kekufuran akan hancur luluh!
Sesungguhnya Barat menginginkan kalian menjadi penjaga rejim-rejim dan ejen mereka manakala Allah memerintahkan kalian menjadi para penolong Allah (ansarullah). Lalu apakah kalian mempunyai pilihan lain selain apa yang diperintahkan oleh Allah!? Allah SWT berfirman,
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata’ [TMQ al-Ahzab (33):36].
Wahai kaum Muslimin yang bersabar di Syam yang dijanjikan kemenangannya oleh Allah SWT! Demi Allah, sungguh merupakan kemuliaan bagi kalian di mana Allah telah memilih kalian menjadi barisan hadapan kepada kembalinya Islam ke Negaranya yang hilang. Maka jagalah kemuliaan dan kehormatan ini. Benar, harga yang harus kalian bayar adalah amat mahal sekali akan tetapi jangan lupa bahawa balasan perniagaan dengan Allah adalah syurga. Kita memohon kepada Allah agar para malaikat memandikan para syuhada’ yang terkorban dan semoga Allah membinakan bagi mereka tempat tinggal di syurga dan para syuhada’ itu ditemani keluarga mereka disyurga pada hari Kiamat nanti. Sesungguhnya Allah Maha Mulia dan Maha Mengabulkan doa. Ketahuilah bahawa pendirian yang kalian tunjukkan pada hari ini adalah pendirian yang wajib diambil oleh umat seluruhnya. Kalian sesungguhnya telah mara ketika manusia lainnya mundur, maka sesungguhnyabagi kalian adalah khabar gembira. Tiada yang mengetahui balasan yang paling baik di sisi Allah kecuali Dialah jua. Kemenangan adalah kesabaran yang kalian tempuhi dengan waktu dan banyak dari waktu tersebut telah pun melepasi kalian.
Wahai para pegawai dari kalangan penguasa serta para pegawai tentera yang melepaskan diri dari rejim Syria!! Wahai para pejuang yang mulia dari pelbagai kelompok bersenjata! Arahkanlah kekuatan kalian untuk merealisasikan satu-satunya tujuan, iaitu memenangkan agama Allah. Janganlah tercerai-berai dari jalan Allah yang lurus dan jangan kalian terpesong ke jalan rejim yang memerintah dengan selain apa yang telah diturunkan Allah, meski pun mereka memberikan kalian harta dan senjata. Mereka hanya inginkan kalian bersama mereka melawan Islam. Mereka tidak akan memberi kalian sesuatu di dunia ini kecuali agar, dengan pemberian itu, mereka boleh mengambil sesuatu dari agama kalian, sehingga tidak tersisa lagi sedikit pun (dari agama itu) untuk kalian. Penguasa Turki, Saudi, Qatar dan lainnya, yang mendakwa memberi perhatian terhadap revolusi, memiliki senjata. Andai kata mereka membekalkan kalian dengan satu persepuluh sahaja daripada senjata mereka, nescaya tahap kekuatan akan berpihak kepada kalian dan nescaya rejim Syria yang hina itu telah menjadi sejarah.
Akan tetapi para penguasa ruwaibidhah itu adalah kakitangan Barat yang hanya menunggu perintah dari tuannya…sesungguhnya hanya Islam sahajalah yang boleh menyelamatkan kalian dan sesungguh kewajiban syar’i bagi kalian adalah untuk memenangkan agama Allah dengan jalan menolong para pejuang untuk menegakkan Daulah al-Khilafah. Ketahuilah bahawa, apabila orientasi perjuangan itu benar-benar kepada Allah, benar perbuatannya dan ikhlas niatnya, maka pertolongan Allah akan tiba tanpa tertangguh lagi. Kerana itu, benarlah ucapan yang mengatakan, “Sesungguhnya jalan yang paling dekat meraih pertolongan adalah jalan yang ditempuh oleh Rasulullah SAW”. Inilah jalan yang diserukan oleh HizbutTahrir di Syria kepada saudara-saudaranya, agar mereka bersama HizbutTahrir di atas jalan ini. Allah SWT berfirman,
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim” [TMQ Ali Imran (3):139-140].
Ya Allah! Permudahkanlah jalan kemenangan bagi kami dandekatkanlah jaraknya untuk kami, sesungguhnya EngkaulahPenolong dan Pembantu kami yang terbaik. Ya Allah! Kabulkanlah! Dan sebagai penutup doa kami, sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah, RabbSemesta Alam.
HizbutTahrir Wilayah Syria
15 Syawal 1434 / 22 Ogos 2013
Masanya Bagi Mereka Yang Menginginkan Kemuliaan Dari Kalangan Umat Ini Untuk Bergerak Membantu Penduduk Al-Syam! Masanya Bagi Ahli-Ahli Revolusi Al-Syam Mengalahkan Si Pembunuh Ini Dan Mengalahkan Mereka Yang Bersekongkol Dengannya Serta Mereka Yang Membunuh Umat Ini Dengan Senjata Terkuat Yang Mereka Miliki, Iaitu Senjata Kimia Yang Datangnya Dari Negara Musuh Umat Islam Dari Timur Dan Barat!
Tangisan ibu-ibu yang kehilangan anak-anak mereka dan kanak-kanak yang mati disebabkan kesesakan nafas, hanya mampu dizahirkan oleh laungan wira revolusi yang berdiri di tengah-tengah mayat kanak-kanak, wanita dan lelaki yang menjadi saksi mangsa kekejaman demokrasi sekular dan teknologi Barat. Ia melaungkan kedukaan dengan mendongak wajahnya seraya mengungkap KeEsaan Allah SWT. Kemarahan dan emosinya tidak dapat dibendung lagi ketika ia melaknat Bashar dan seluruh pemerintah kaum Muslimin seraya memberikan amaran bahawa neraka bakal menjadi tempat tinggal yang kekal bagi mereka. Keadaan ngeri yang mereka hadapi itu disampaikan melalui lisan salah seorang wira Ghauthah al-Syam yang melaungkan: “Allahu Akbar!! Wahai diktator kaum Muslimin, sesungguhnya mayat-mayat ini adalah dari umat Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah para syuhada’ umat Islam! Allahu Akbar!! Wahai mereka yang berdiam diri…di manakah para tenterakaum Muslimin?? Di manakah umat ini dan dukungannya untuk revolusi al-Syam?? Bilakah kalian akan bangkit untuk menentang penyembelih kalian dan menggerakkan tentera kalian wahai kaum Muslimin???”
Bashar yang sombong lagi pengecut, bapanya borek anaknya rintik -semoga Allah melaknati keduanya- telah melakukan konspirasi jahat dengan suruhanjaya antarabangsa yang menyiasat penggunaan senjata kimia. Kehadiran jawatankuasa pakar ini seolah-olah bukan untuk menghalang penggunaan senjata ini, malah sebaliknya mengajarkan penggunaannya dengan cara yang paling efektif! Ciri-ciri serangan di pinggir kota Damsyik itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia menghasilkan impak kemalangan jiwa yang tinggi dan terfokus hanya di kawasan itu sahaja. Sudah pastinya ia dilaksanakan oleh para pakar. Bukankah hanya negara-negara yang tidak bermoral, yang diketuai oleh Amerika si pembunuh yang sistematik, kufur dan hipokrit sahaja yang mempunyai tahap kepakaran seperti itu? Senjata yang telah diharamkan di seluruh dunia ini telah menyebabkan beratus-ratus orang syahid. Kebanyakannya adalah terdiri dari kanak-kanak yang dilihat menggelupur kesakitan seperti ayam yang disembelih!!
Ya Allah!! Ya Allah!! Kami ingin bertanya kepada kalian wahai kaum Muslimin, sampai bilakah kalian akan hanya berpeluk tubuh menonton dan memerhatikan? Apakah sehingga saki baki dari seluruh warga al-Syam yang tinggal ini telah mati disembelih? Apakah sehingga racun dari senjata kimia Barat ini tersebar ke seluruh Teluk, Mesir dan Afrika? Mungkin hanya selepas itu, barulah orang-orang yang “terselamat” dari kalangan umat ini akan menyedari bahawa rupa-rupanya selama ini mereka telah dibaham oleh ‘serigala yang melahap sedikit demi sedikit, bahagian demi bahagian’, tubuh kaum Muslimin. Kemudian setelah itu, dengan kesal mereka akan berkata, “Kalaulah dahulu kita mendengar dan mengikuti seruan mereka serta bersatu dan bangkit dihadapan para diktator…!”
Wahai para tentera kaum Muslimin yang tersimpan rapi di dalam berek! Sesungguhnya laknat Allah akan terkena ke atas kalian sekiranya kalian tidak bergerak menolong penduduk al-Syam. Ingatlah bahawa kemurkaan Allah yang dahsyat akan menimpa kalian wahai para penguasa dan ahlul quwwah.Wahai anak-anak kaum Muslimin! Sekiranya kalian mempunyai hanya sebesar zarah rasa tanggungjawab dan keyakinan bahawa hari Kiamat itu akan datang, sedangkan kalian masih tidak melangkah mara untuk menolong kami menegakkan Khilafah yang menjadi sumber maruah dan penjaga keselamatan kita, pasti kalian akan direndahkan dalam kehidupan ini dan di hari Akhirat nanti kalian akan ditimpa azab yang pedih! Oleh itu bergeraklah wahai tentera kaum Muslimin, kerana langkah kalian itu akan menyelamatkan diri kalian dari azab Tuhan dan meninggikan kemuliaan diri kalian…Jika tidak, bersiap-sedialah untuk menghadapi kemurkaan Allah, RasulNya, para malaikatNya dan seluruh kaum Mukminin.
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan…” [TMQ al-Anfal (8):72]
Hisham al-Baba
Ketua Pejabat Media, Hizbut Tahrir Wilayah Syria
14 Syawal 1434 / 21 Ogos 2013