SN363 – Begitu Ajaibnya Ruwaibidhah al-Syam: Agamanya, Keluarganya, Senjatanya dan Barangannya Dijual…
SN keluaran 20 September 2013
Bismillahirrahmanirrahim
Begitu Ajaibnya Ruwaibidhah al-Syam: Agamanya, Keluarganya, Senjatanya dan Barangannya Dijual Hanya Untuk Kekal Berada di Kerusi Yang Reput Untuk Satu Atau Beberapa Jam Sahaja Lagi!
Selepas kira-kira sejam, al-Muallem berdiri di hadapan wartawan di Moscow dan mengumumkan persetujuannya atas nama rejim diktator Syam. Dalam tempoh beberapa jam selepas itu, Menteri Luar Perancis pula pada 09/10/2013 mengumumkan bahawa dia akan mengusulkan satu projek kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai isu ini di bawah Fasal VII. Kemudiannya, beberapa negara terus bergegas untuk meluluskan pemusnahan senjata kimia Syria, dari Britain ke Jerman ke China sehingga Iran pun turut mengumumkan bahawa ia mengalu-alukan perkara ini. Sungguh, hal ini mengungkapkan kepada kita betapa kuatnya kepimpinan Amerika ke atas orang-orang ini!
Begitulah si diktator bersetuju untuk memusnahkan senjata-senjata yang dibayar oleh umat dengan keringat mereka, agar menjadi abu yang diterbangkan angin. Justifikasi yang diberikan oleh tuannya di Moscow adalah demi melindungi darah rakyat Syria dan untuk mencegah serangan Amerika ke atas Syria .Semua ini adalah pembohongan secara terang-terangan! Padahal tuan si diktator yang zalim ini dan orang-orangnya lah yang telah menumpahkan darah dalam jumlah yang tidak terhingga, melanggar kehormatan serta menangkap ribuan warga Syam; padahal tuan si diktator yang zalim ini dan orang-orangnyalah yang telah menjadikan jutaan warga Syam hilang tempat tinggal, melalui pesawat, peluru-peluru berpandu, bahan-bahan letupan dan senjata-senjata kimia mereka, yang kesemua ini dibayar oleh warga Syam dengan nyawa anak-anak mereka untuk melindungi mereka daripada musuh. Api yang membakar mereka, pada masa yang sama, merupakan keselamatan dan keamanan musuh mereka.
Alasan ‘mencegah serangan’ juga sebenarnya adalah satu istilah yang cuba mengelabui mata manusia. Negara yang hilang sebab kekuatannya adalah lebih mudah terdedah kepada campur tangan tentera daripada negara yang masih mempunyai sebab kekuatan. Dengan kata lain, jika Amerika memutuskan untuk menyerang Syam, hamba Amerika si diktator Syam itu tidak akan sekali-kali berani untuk menentang tuannya itu, malah dia tidak akan berani untuk menangis dengan suara yang kuat pun! Selain itu, dengan bersetuju untuk menyerahkan stok senjata kimianya ke tangan Amerika dan sekutu-sekutunya untuk dimusnahkan, tindakan ini hanya akan membuka pintu untuk Amerika menjamah tanah Syam, di mana banyak pasukan pemeriksa akan masuk menggeledah untuk mencari stok senjata ini dan pastinya mereka akan memerlukan penjagaan dari tentera Amerika dan Barat untuk melindungi projek mereka. Oleh itu, penyerahan senjata kimia oleh si diktator tidak akan sekali-kali menangguhkan campur tangan tentera jika Amerika memandangnya perlu untuk berbuat demikian demi kepentingannya.
Wahai kaum Muslimin! Keluarga Hafiz dan Bashar telah berkhidmat kepada Amerika selama hampir setengah abad, sentiasa menjaga kepentingan Amerika di rantau ini dan sentiasa menjaga keselamatan negara haram Yahudi….. Apabila rakyat memberontak terhadap rejim tersebut, Amerika dan sekutunya membekalkan rejim dengan semua sarana dan peluang untuk membunuh dan menyeksa rakyatnya, agar dia boleh meredakan pergerakan rakyat, tetapi ternyata dia gagal. Lalu tuannya mahu menggantikannya dengan seorang ejen pengkhianat lain yang sama sepertinya. Kemudian mereka mencipta Coalition dan Council dan mencurahkan seluruh usaha mereka untuk mempropagandakan keduanya kepada warga Syria, namun mereka tidak berjaya.
Laungan warga Syam “hia lillah hia lillah” (kebangkitan ini hanyalah untuk Allah, kebangkitan ini hanyalah untuk Allah),“qa’idunaila al-abad Rasulullah Muhammad” (pemimpin kami selamanya adalah Rasulullah Muhammad) dan laungan takbir mereka yang semakin meningkat dan semakin kuat…..semua ini menghantuiAmerika dikatil-katil mereka. Amerika dan sekutunya terus memberikan tarikh akhir demi tarikh akhir kepada Bashar dan orang-orangnya untuk menyembelih dan menyeksa rakyat mereka sendiri manakala kakitangan Amerika di luar negara terus melakukan usaha untuk meyakinkan rakyat Syria dengan demokrasi, negara republic dan negara sivil akan tetapi ia tetap tidak berhasil…
Selepas itu, Amerika mula mengisyaratkan tindakan ketenteraan sebagai persiapan untuk meletakkan ejen pemerintah alternatifnya melalui rundingan Geneva dan memberi tarikh akhir demi tarikh akhir sebelum memulakan serangan. Lontaran isyarat serangan ini adalah bagi memastikan semua pihak dibawa ke Geneva di bawah tekanan ketenteraan. Obama seolah-olah seperti seorang yang telah menyandang senapang tetapi kemudian meletakkannya kembali…..sambil berkata “saya telah membuat keputusan” kemudian berbalik mengatakan “saya sedang menunggu keputusan Kongres.” Di sepanjang tempoh tersebut, Obama mengkaji-kaji hasil serangan, apakah ia akan membawa kepada Geneva dan rundingan serta kepada kewujudan ejen alternatif yang dimahukannya atau tidak? Jika ia tidak membawa kepada hasil yang diharapkan, maka Obama akan menangguh-nangguhkan lagi serangannya.
Namun, takbir-takbir kaum Muslimin di bumi Syam akan pasti membuatkan siapa sahaja yang pergi keGeneva untuk mengadakan rundingan dengan si diktator, merasa umpama membalutkan dirinya dengan duri, kerana sesiapa sahaja yang menerima ajakan untuk duduk bersama rejim dan orang-orangnya itu akan pasti terperangkap. Amerika dan sekutunya sendiri masih ragu-ragu bahawa keputusan serangannya itu akan membawa kepada rundingan Geneva. Kerana itu, mereka memerlukan lebih banyak masa dan lebih banyak tekanan. Oleh kerana mereka sudah biasa dengan permainan tarikh akhir apabila urusan mereka menjadi sulit, maka mereka berselindung di sebalik tarikh akhir lagi, dengan mengheret Kongres dan Senat bagi memper panjangkan perdebatan dan menangguhkan undi. Dalam masa yang sama, mereka menunggu agar rakyat menjadi lemah dan lelah, melalui pembunuhan dan penindasan serta ugutan untuk campur tangan tentera, supaya akhirnya rakyat menerima untuk ke Geneva bagi mengadakan rundingan dengan rejim.
Ini kerana, serangan yang direncanakan itu bukanlah bermaksud serangan semata-mata, akan tetapi agar diikuti dengan terbentuknya pemerintahan ejen pengganti melalui rundingan Geneva.Amerika cukup takut sekiranya kelompok Islam yang ikhlas akan naik ke pemerintahan sebelum Amerika berjaya mewujudkan ejennya…..kelompok yang berada di luar kawalan sang kuffar dan pembantu mereka…..kelompok yang akan menggembeling seluruh usaha untuk menghalau Amerika dan sekutunya dari rantau ini, yang akan meletakkan keselamatan anak angkat mereka (negara Yahudi) dalam bahaya, malah meletakkan keruntuhan keseluruhan entiti haram tersebut berada di depan mata…..Justeru, mereka menyalakan fikiran jahat mereka ke arah memusnahkan senjata yang paling berkuasa di Syria yang boleh menjejaskan keselamatan orang-orang Yahudi (jika jatuh ke tangan kelompok Islam) dan secara khususnya mereka sedar bahawa ejen ciptaan mereka, Bashar, tidak lagi dapat memberi walaupun sedikit manfaat kepada mereka dalam hal ini. Inilah siri episod-episod terbuka yang dimaksudkan, yang diarahkan oleh Amerika, Rusia memainkan peranan tambahan di dalamnya dan pelakonnya adalah hamba mereka, pengkhianat kepada umat, si diktator Syria.
Wahai kaum Muslimin! Kesukaran adalah ujian bagi manusia. Lalu, apakah selepas kesukaran ini masih ada kesukaran? Kalian adalah umat yang agung yang tidak leka atas sebarang ketidakadilan. Kalian adalah umat yang hebat yang telah mengalahkan tentera Salib dan menghapuskan tentera Tatar serta kembali menguasai dunia…..Selepas tentera Salib dan tentera Tatar mensasarkan kebinasaan terhadap umat ini, umat ini bangkit melawan sehingga berjaya menakluk Constantinople dan mengetuk pintuVienna….kerana ia kembali kepada sebab kekuatannya iaitu deennya dan Khilafahnya dan dengan itu ia kembali memerintah dunia selepas musuhnya berangan-angan untuk menghapuskannya. Ketika itu umat bangkit dari tidurnya dan mendapati bahawa apa yang dibayangkan oleh musuhnya (untuk menghapuskannya) hanyalah sebuah mimpi…..Lalu tidakkah kalian mahu kembali kepada sebab kekuatan kalian iaitu deen dan Khilafah kalian? Maka ambillah hal ini sebagai pengajaran wahai orang-orang yang mempunyai wawasan! Ketahuilah bahawa jika bencana itu datang,ia bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim tetapi juga orang yang berdiam diri terhadap kezaliman tersebut.Allah SWT berfirman,
“Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaanNya” [TMQ al-Anfal (8):25].
Imam Ahmad telah mengeluarkan di dalam Musnadnya dari Mujahid, ia berkata: Maula kami telah menceritakan hadis kepadaku bahawa ia mendengar datukku berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak akan mengazab keseluruhan manusia kerana perbuatan (dosa) segelintir dari kalangan mereka, sehinggalah apabila mereka melihat kemungkaran dilakukan secara terang-terangan di hadapan mereka, yang mereka mampu untuk mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya. Maka, jika itu terjadi, Allah akan menurunkan azab kepada pelaku dosa itu dan keseluruhan manusia”[HR Ahmad].
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibn Abiy Syaibah dalam Musnadnya.
Wahai kaum Muslimin! Adalah satu tragedi untuk memusnahkan senjata-senjata kita dengan persetujuan pemerintah yang zalim….adalah satu tragedi apabila umat tidak menekan para tentera untuk menyingkirkan para pemerintah zalim yang berbuat khianat di muka bumi dan merosakkan tumbuh-tumbuhan dan batu-batan…..adalah satu tragedi apabila darah tertumpah tetapi tidak ada yang menghentikannya dan adalah satu tragedi untuk melihat senjata kita dimusnahkan tetapi tidak ada yang mempertahankannya. Kita melihat kekayaan kita dirompak tetapi kita tidak memotong tangan orang yang melakukannya dan kita melihat negara kita dikerat-kerat dari segala sisinya tetapi kita tidak menyatukannya…..kita menyaksikan kehormatan kita dicabul tetapi darah di dalam urat-urat nadi kita tidak mendidih…
Allahu Allah dalam agama kalian, Allahu Allah dalam umat kalian, Allahu Allah dalam Khilafah kalian, Allahu Allah dalam persenjataan kalian…..pegang eratlah kesemua itu. Bersiaplah untuk menolong agama Allah dan mengalahkan musuh kalian di bawah kepimpinan seorang Khalifah yang akan menjadi perisai kalian di mana kalian akan berjuang di belakangnya dan mendapat perlindungan darinya. Jika kalian melakukannya, maka kalian akan memperoleh kembali kemuliaan kalian dan akan mencapai kemenangan di kedua-dua negeri (dunia dan akhirat). Tetapi jika kalian tidak melakukannya, musuh kalian tidak akan berpuas hati hanya dengan pemusnahan senjata kalian di tangan kalian sendiri, malah dia akan membuatkankalianmengalu-alukankemasukannya ke rumah kalian, kemudian kalian tidak akan menjumpai lagi jalan untuk melepaskan diri!
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedangkan dia menyaksikannya”[TMQ Qaf (50):37].
HizbutTahrir
4 Zulkaedah 1434H
10 September 2013M