Allah SWT telah melindungi Syam dan warganya demi RasulNya SAW

syamPada hari Jumaat 25/12/2015, serangan udara daripada penjenayah Rusia telah mensasarkan kawasan pertemuan para pemimpin Jaish al-Islam di Timur Ghouta. Menurut laporan media, serangan ini telah menyebabkan ramai syahid dan antaranya termasuklah pemimpin Jaish al-Islam sendiri, Zahran Alloush.

Tanpa ragu sedikit pun bahawa tindakan jenayah ini menunjukkan bahawa negara-negara kufur dan ejen-ejen mereka menganggap yang semua Mujahidin dan revolusioner di tanah Syam adalah sama. Mereka tidak membezakan antara pihak-pihak tersebut, para pejuang dan lain-lain. Walaupun ada percubaan untuk mengklasifikasikan dan memisahkan antara kelompok sederhana dan pelampau, dan antara kelompok yang menerima penyelesaian politik dan menolaknya, ini hanyalah alasan untuk melebarkan perpecahan antara warga Syam supaya warga Syam boleh menuduh antara satu sama lain.

Perbuatan jenayah ini seharusnya menjadi pemangkin dan pemangkin dimaksudkan ialah untuk keluar (menarik diri) daripada persidangan Riyadh dan semua rundingan dengan rejim zalim yang membuat makar terhadap Islam dan umatnya. Firman Allah.

وَمَكْرُ أُوْلَـئِكَ هُوَ يَبُورُ

“Dan rancangan jahat mereka akan hancur” [Fathir (35):10].

Wahai Mujahidin yang ikhlas dari Jaish al-Islam dan semua puak di wilayah Syam!

Kebenaran telah jelas terbukti, rejim dan sekutu-sekutunya, penyokong dan yang melindungi mereka – Mereka yang kononnya negara-negara sahabat dan bersaudara – Sesungguhnya mereka tidak mempunyai apa-apa kecuali kebencian, pengkhianatan dan pembelotan terhadap warga Syam dan revolusi mereka. Maka waspadalah terhadap mereka dan potonglah semua tali (hubungan) mereka dan tolaklah semua persidangan dan penyelesaian politik yang datang daripada mereka, kerana di dalamnya terdapat kemusnahan dan kehancuran kepada revolusi kita yang diberkati.

Allah SWT berfirman,

وَلاَ يَزَالُونَ يُقَـتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُواْ

“Dan mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu” [Al-Baqarah (2):217].

Inilah apa yang kuffar Barat dan agen-agennya mahukan dengan kita.

Marilah kita isytiharkan penolakan kita terhadap segala solusi, rundingan dan persidangan mereka dan marilah kita berpegang teguh kepada tali Allah bukan kepada tali-tali Barat. Marilah kita bersatu dalam projek yang datangnya daripada akidah kita dan apa yang dikehendaki oleh Tuhan kita, yang dengannya kita dapat mengembalikan maruah kita di dunia dan mencapai kejayaan di akhirat. Matlamat kita ialah menghapuskan rejim zalim sepenuhnya, apa jua sokongan kepadanya dan segala simbolnya dan seterusnya menegakkan hukum Allah dalam bingkai negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah.

Hanya dengan itu kita membalas persekongkolan musuh dan membalas darah para syuhada kita dan Allah adalah Pelindung dan Penolong kita. Rasulullah SAW telah memberitahu kita bahawa Allah telah melindungi al-Syam dan warganya. Jadi berusahalah agar al-Syam akan menjadi pusat Darul Islam supaya anda berhak mendapat perlindungan Allah.

Pejabat Media Hizbut Tahrir Wilayah Syria
26/12/2015