SN401 – TENTERA SALIB BARU MENGHIMPUN SEGALA TIPU DAYA DAN MENERUSKAN PEMBUNUHAN…

 
SN keluaran 10 Oktober 2014

 

Bismillahirrahmanirrahim

Tentera Salib Baru Menghimpun Segala Tipu Daya Dan Meneruskan Pembunuhan Serta Serangan Mereka Terhadap Negeri Kaum Muslimin Manakala Penguasa Di Rantau Tersebut Berperang Di Bawah Bendera Mereka Tanpa Rasa Malu Kepada Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin

[SN401] Sejak memulakan siri serangannya yang pertama ke atas Iraq pada 08/08/2014, Amerika hingga kini masih terus melakukan serangan ke atas negeri-negeri kaum Muslimin dengan peluru berpandu pesawat dan roket kapal perang mereka. Serangan ini semakin meningkat dengan serbuan ke atas Syria pada 23/09/2014, seiring dengan usaha Amerika merekrut para penguasa pengkhianat di rantau ini. Serangan ini turut disertai oleh para sekutu dan pengikutnya yang terdiri daripada Perancis pada 19/09/2014 dan Britain dengan persetujuan Parlimennya pada 26/09/2014 dan lain-lain ejen mereka. Mereka berkongsi permusuhan dengan Amerika terhadap Islam dan umat Islam dan mengikuti langkah-langkah Amerika bagi mendapatkan suatu habuan! Oleh itu, dalam serangan ini,pesawat Perancis mengikuti dari belakang Amerika manakala Britain turut sama berbaris dengan barisan kejam ini, dengan semua orang mencipta alasan rapuh kononnya untuk memerangi ISIS dan keganasan sedangkan hakikatnya mereka sedang memusnahkan harta benda umat Islam,meragut kehidupan orang awam dan menyebarkan dominasi penjajah kafir di rantau ini!

Sesungguhnya tentera Salib yang awal dulu berserta para pengikut mereka daripada pasukan Tartar telah menjajah tanah kaum Muslimin, tetapi pada waktu itu kaum Muslimin bangkit dengan segala kekuatan yang mereka ada, menjadi mujahidin di jalan Allah SWT dan memusnahkan pangkalan-pangkalan, mencerai-beraikan kesatuan mereka, lalu menjadikan mereka sebuah peninggalan sejarah, seterusnya menjadikan wilayah Islam suci bersih daripada kejahatan orang-orang yang keji dan munafik. Lenyaplah sudah tentera Salib dan tentera Tartar pun turut sama, lalu orang-orang Mukmin bergembira dengan kemenangan daripada Allah,

“Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQ al-Rum (30):5]

Pada hari ini, Obama dan tentera Salib baru telah memperbaharui tipu daya dan gerombolan mereka ke atas negeri kaum Muslimin. Apa yang mereka lakukan ini bukanlah suatu yang pelik atau aneh, kerana,

“Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka. Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimana mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” [TMQ al-Munafiqun (63):4].

Adapun para penguasa umat Islam yang menyertai gerombolan ini dengan menghantar jet pejuang mereka untuk mengebom bumi Syria dan Iraq serta penduduknya, walhal pada masa yang sama mereka langsung tidak menggerakkan satu jari pun terhadap pencerobohan Yahudi ke atas Palestin sepertimana kejadian baru-baru ini tatkala kaum Yahudi laknatullah itu menyerang Gaza dengan ganasnya dan hingga kini masih terus lagi melakukan kerosakan di tanah yang diberkati itu…jet pejuang yang tidak bergerak ke arah Yahudi ini, bergerak begitu laju bersama pakatan kuffar (untuk membunuh kaum Muslimin), maka sesungguhnya ini semua adalah dosa yang amat besar.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kalian adalah umat yang mulia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada mungkar dan beriman kepada Allah SWT. Bagaimana mungkin kalian boleh berpeluk tubuh dengan serangan jahat yang brutal oleh musuh Islam dan musuh Mukmin ini ke atas tanah Islam dan penduduknya? Bagaimana kalian tidak menggerakkan putera kalian yang berada dalam tentera untuk menggantikan para penguasa yang setia kepada puak kuffar penjajah ini, sehingga amalan mulia ini tercatat untuk para ibu bapa dan putera ini di dunia dan akhirat? Bagaimana kalian tidak mengerahkan putera juruterbang kalian untuk menghalakan serangannya ke arah penjajah tanah Palestin? Bagaimana kalian tidak mendesak putera juruterbang kalian agar berhenti menjatuhkan peluru berpandu ke atas harta-benda umat, gunung-ganang dan dataran yang dibuka oleh nenek-moyang kalian di jalan Allah, yang mana tidak ada sejengkal pun daripada tanah itu yang kosong daripada darah para syuhada mahupun daripada debu kuda para mujahidin? Bagaimana kalian tidak berusaha untuk menghalang putera kalian daripada menjual Akhirat bagi mendapatkan dunia bersama Obama berserta para pengikutnya daripada pasukan bersekutu dan para ejen tersebut?

Wahai para juruterbang yang menerbangkan jet pejuang kalian untuk membunuh saudara kalian sedangkan tidak kalian terbangkan ia untuk memerangi musuh kalian, penjajah tanah Isra’ dan Mikraj, tanah di mana terletaknya Masjid al-Aqsa yang terkepung, tanah di mana kaum Muslimin lelaki dan wanita dihalang daripada bersembahyang di dalamnya! Tiadakah di kalangan kalian orang-orang cerdas untuk mengubah muncung jet pejuang kalian lalu menghujani puak kuffar penjajah dan Yahudi itu dengan pelurunya? Sesungguhnya membunuh saudara kalian di Syria dan Iraq merupakan dosa yang amat besar di sisi Allah SWT di mana pelakunya akan dihumban ke dalam neraka yang apinya menyala-nyala pada hari Kiamat dan kehinaan akan terus menyelubunginya di dunia ini. Sesungguhnya hancurnya dunia ini adalah lebih ringan di sisi Allah berbanding terbunuhnya seorang Muslim. Tirmizi mengeluarkan hadis daripada Abdullah ibn Amr di mana Rasulullah SAW bersabda, “Hancurnya dunia ini lebih ringan di sisi Allah daripada terbunuhnya seorang Muslim”.

Wahai para pasukan dan puak militer di Syria dan Iraq! Menghadapi penyimpangan ISIS bukanlah dengan meminta bantuan daripada Amerika dan sekutunya. Sesungguhnya Amerika tidak mempedulikan organisasi ISIS tetapi lebih mempedulikan kepentingan dirinya sendiri dalam rangka memperluaskan pengaruh dan dominasinya di rantau tersebut. Amerika juga tidak akan mempertimbangkan kalian sedikitpun kecuali jika kalian berkhidmat bagi kepentingannya dan ia (Amerika) mahu kalian menjadi hambanya sebagai para penguasa yang khianat di rantau tersebut. Apa yang diingini oleh Amerika ini adalah suatu yang amat nyata dan bukannya tersembunyi. Mereka mahu melengkapkan kalian dengan latihan, bukan untuk melawan diktator Syam, tetapi untuk kalian melawan sesama sendiri.

Kami sedar bahawa organisasi ISIS telah membunuh putera-putera kaum Muslimin dan menawan mereka, termasuk anggota Hizbut Tahrir, tetapi dalam masa yang sama kami juga sedar bahawa Amerika telah menggerakkan gerombolannya, bukan untuk menyingkirkan ISIS tetapi untuk melebarkan pengaruh dan hegemoninya di rantau tersebut dengan menyediakan solusi penjajahannya untuk rejim di Iraq dan Syria. Kedua-dua rejim ini merupakan pintu masuk untuk penjajahannya, yang mana penjajahannya di rantau tersebut akan terancam jika Amerika gagal dalam misi jahatnya ini. Jadi, Amerika mahu mengalih dan menyibukkan kalian untuk berperang sesama sendiri sehingga ia selesai menyediakan rejim alternatif.

Kemudian Amerika akan mencampakkan kalian, kecuali jika kalian menjadi hambanya yang setia mematuhi arahan, seperti mana yang Amerika telah dan sedang lakukan terhadap para penguasa khianat yang telah berkhidmat kepadanya selama puluhan tahun dan apabila peranannya telah habis, Amerika lalu mencampakkannya ke tempat gelap dan ke jurang yang dalam. Jika kalian mengkaji strategi Obama, kalian akan melihat bahawa Amerika telah lama melakukan kerangka ini dalam menyediakan dan menggerakkan latihan selama bertahun-tahun sehingga ia menemui ejen yang baru bagi menggantikan ejennya yang lama…Sesungguhnya tidak ada kebaikan sedikit pun untuk Syria mahupun Iraq atau para penduduknya dalam strategi Obama dan sekutunya ini. Bagaimana mungkin ini merupakan strategi yang baik sedangkan Allah SWT telah mengingatkan,

“Mereka tidak memelihara (hubungan) kerabat terhadap orang-orang Mukmin dan tidak (pula mengendahkan) perjanjian. Dan mereka itulah orang-orang yang melampaui batas”  [TMQ al-Taubah (9):10].

Strategi yang diingini oleh Amerika adalah untuk mengawal rantau ini dan kawasan sekitarnya selama mungkin, seolah-olah Amerika memberitahu dirinya bahawa “semuanya tiada halangan, maka berbuatlah semahu kamu”.

Wahai kaum Muslimin, wahai para juruterbang, wahai para revolusioner, pasukan dan puak-puak! Penyimpangan ISIS perlu diubah dengan tangan-tangan kalian dan secara intelektual, bukannya menggunakan penjajah kuffar dan bukan dengan berperang sesama sendiri. Keburukan ISIS adalah seribu kali lebih ringan berbanding keburukan Amerika dan sekutunya jika mereka berjaya menguasai tanah dan penduduk rantau tersebut. Keburukan tidak dibalas dengan keburukan yang lebih besar tetapi keburukan dibalas dengan kebaikan, penyimpangan diselesaikan dengan meluruskannya dan kebengkokan diselesaikan dengan membetulkannya. Semua ini telah dijelaskan dalam aturan agama kalian; Jika kalian melakukan semua ini, maka janji Allah SWT akan dipenuhi di tangan kalian.

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Nur (24):55].

Dan kalian akan dimuliakan oleh Allah SWT dengan terealisasinya khabar gembira daripada Rasulullah SAW,

“…Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian”.

Bumi akan disinari oleh Khilafah untuk kali yang kedua dan tentera Salib baru akan mengikuti pendahulu mereka tanpa mendapat apa-apa habuan pun kecuali kalah dan kecewa.

“Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya” [TMQ Yusuf (12):21].

Wahai kaum Muslimin, wahai para juruterbang, wahai para revolusioner, pasukan dan puak-puak! Hizbut Tahrir menyeru kalian, adakah di kalangan kalian yang akan menyahutnya? Hizbut Tahrir mengingatkan kalian, adakah di kalangan kalian yang mengambil peringatan? Hizbut Tahrir mengajak kalian mengimbas kembali sejarah, adakah di kalangan kalian yang mengambil pelajaran? Hizbut Tahrir menunjuk jalan kepada kalian, wahai mereka yang mempunyai penglihatan, ambillah pelajaran.

“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah)” [TMQ al-Anbiya’ (21):106]

HizbutTahrir
4 Zulhijjah 1435H
28 September 2014M