SN548 – Sekat Kemasukan Atlet Negara Haram Israel, Bagaimana Yang Lain?

Bil: SN548 – 10 Jamadilakhir 1440 / 15 Februari 2019

SN548 - Sekat Kemasukan Atlet Negara Haram Israel, Bagaimana Yang Lain?

Keputusan kerajaan Malaysia menyekat kemasukan atlet renang paralimpik dari negara haram Israel ke Kejohanan Renang Para Dunia 2019 mendapat perhatian dari pelbagai pihak baik dalam mahupun luar negara. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir turut bertegas bahawa Malaysia tidak akan menerima kemasukan atlet yang datang dari ‘negara penjenayah’. Mahathir bagaimanapun menyatakan bahawa Malaysia ‘tidak boleh berbuat apa-apa kepada Israel’, namun pada masa yang sama ‘tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan negara itu’ [Astro Awani, 22/1/2019]. Tindakan ini mendapat kecaman dari pemimpin Barat dan penyokong negara haram Israel yang melihatnya sebagi satu bentuk diskriminasi dan anti-semitik. Ekoran daripada sekatan ke atas atlet negara haram Israel, Jawatan Kuasa Paralimpik (IPC) telah melucutkan hak Malaysia dalam penganjuran kejohanan tersebut.

Rata-rata rakyat Malaysia menyokong penuh dan merasa bangga dengan keputusan Perdana Menteri Malaysia yang menolak kehadiran atlet tersebut ke dalam negara ini. Jaringan media sosial seperti Facebook dan Twitter men­jadi medan utama bagi netizen Malaysia mempertahankan keputusan tersebut dan membidas penyokong rejim negara haram Israel. Tindakan rakyat Malaysia juga mendapat perhatian dunia Islam yang rata-ratanya memberikan sokongan sekalipun dikecam beberapa pemimpin dunia dan agensi pro-Israel.

Negara Penjenayah: Mengapa Bersikap Dwistandard?

Tun Mahathir berbicara mengenai soal ‘negara penjenayah’ apabila menyentuh mengenai negara haram Israel, dan memutuskan untuk tidak mempunyai sebarang kaitan dengan negara haram tersebut. Namun bagaimana pula sikapnya terhadap negara penjenayah lain seperti Amerika Syarikat (AS), Britain, Rusia, China, dan Myanmar yang terbukti menindas serta menumpahkan darah umat Islam? Ironinya, di saat Muslim Uighur dan Rohingya berhadapan dengan genosida dan penghapusan identiti, Mahathir masih lagi menjalin hubungan dengan rejim komunis China dan Myanmar. November tahun lepas menyaksikan Malaysia menerima masuk skuad bola sepak Myanmar untuk beraksi menentang Skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Buki Jalil dalam Piala AFF Suzuki. Malaysia meraikan kehadiran atlet daripada negara penjenayah yang membunuh saudara seakidah daripada etnik Rohingya. Mengapa wujud sikap dwistandard seperti ini? Apakah Perdana Menteri Malaysia dan sebagai umat Islam kita mahu menutup sebelah mata ke atas jenayah yang telah dilakukan oleh rejim Myanmar dan China?

Justeru, apakah sebenarnya standard yang menjadi ukuran Mahathir dan para pemimpin dunia Islam dalam menentukan antara negara penjenayah dan bentuk hubungan serta ‘hukumannya’? Adakah manfaat hasil daripada hubungan dagang itu jauh lebih utama berbanding nyawa dan maruah saudara seakidah kita yang dizalimi? Pemimpin dunia Islam saat ini sanggup membiarkan saudara seakidah mereka ini mati terseksa dan kebuluran dan mereka tidak mahu memandang isu umat Islam di Myanmar, China, Kashmir dan Syria ini sebagai isu umat Islam yang wajib diberi perhatian dan diselesaikan segera. Sebaliknya peranan tersebut cuba diambil alih oleh kumpulan aktivis Muslim yang prihatin sedangkan sebenarnya ia merupakan tanggungjawab para pemimpin umat Islam. Alangkah buruknya pemimpin seperti ini.

Sesungguhnya, syariat Islam telah menetapkan hukum-hakam yang jelas dan tegas bagi persoalan ini di bawah pengkategorian negara-negara yang menjalin hubungan dengan sebuah negara Islam, baik secara diplomatik mahupun dalam perdagangan. Dalam hal ini, Islam telah mengkategorikan status negara-negara luar kepada negara harbi, al-mu’aahidat, dan al-mamnuu’ah [Muqaddimah ad-Dustur, Hizbut Tahrir]. Haram bagi umat Islam menjalin hubungan dengan negara-negara yang memerangi umat Islam, baik secara de facto (kafir harbi haqiqatan) mahupun de jure (kafir harbi hukman) melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan oleh syarak.

Benarkah Umat Islam Tidak Mampu Menangani “Israel”?

Sesungguhnya umat Islam mampu untuk melakukan lebih daripada hanya mengecam tindakan negara haram Israel atau menyekat masuk warga negara haram Israel ke dalam negara ini. Umat Islam sangat mampu untuk menyelesaikan krisis pendudukan negara haram Israel di Palestin, namun malangnya pada hari ini kita sudah ketiadaan pemimpin yang mempunyai keazaman politik bagi menyatukan umat Islam serta bertegas dalam membela umat ini. Para pemimpin dunia Islamlah yang sebenarnya merupakan pengkhianat kerana mereka ternyata akur dan tunduk atau berdiam diri terhadap kehendak AS yang melindungi kepentingan negara haram Israel di Timur Tengah.

Ketegasan Mahathir dalam menyuarakan aspirasi perjuangan Palestin merupakan suatu perkara yang baik, namun tidak membawa sebarang makna sekiranya tidak diselaraskan dengan tindakan yang konkrit bagi menyelesaikan kemelut ini. Mahathir, sepertimana pemimpin umat Islam lain, masih lagi terikat dengan tatacara dunia (World Order) yang memisahkan umat ini berdasarkan negara-negara bangsa yang lemah sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa kuffar. Mereka masih lagi berfikir dalam kerangka nasionalisme sempit di bawah cengkaman sistem kapitalis yang mendominasi dunia pada hari ini. Ketidakpedulian yang wujud terhadap saudara sesama Islam adalah manifestasi dari idea nasionalisme dan patriotisme yang mengikat sebahagian umat Islam di bawah sempadan negara palsu ciptaan penjajah. Hasilnya, umat Islam semakin jauh dari ikatan persaudaraan Islam dan lebih berpegang kepada ikatan assabiyyah dan wathaniyyah.  Justeru, tidak menghairankan apabila terdapat pihak yang menyodorkan penyelesaian yang dikatakan berpadanan dengan kedudukan negara Malaysia yang kecil dan lemah melalui pendekatan ‘realpolitik’. Sedangkan hakikatnya pendekatan sebegini telah meletakkan negara ini, serta negara-negara umat Islam lain tidak lebih daripada sekadar ‘pak turut’ dalam percaturan politik antarabangsa. Tidak ubah seperti bidak-bidak catur yang dijadikan korban dalam percaturan demi meraih kepentingan kuasa-kuasa besar.

Umat Islam pada hari ini sudah tidak lagi mempunyai negara Islam setelah keruntuhan institusi Khilafah yang terakhir di Turki pada 1924. Umat Islam berada dalam keadaan yang lemah dan berpecah-belah sehingga tidak mampu untuk menentukan hala tuju mereka sendiri serta terpaksa tunduk kepada telunjuk kuasa-kuasa besar dalam percaturan politik antarabangsa.  Para pemimpin pula tunduk akur di bawah tatacara dunia yang berpaksikan Barat terutamanya AS. Di sebalik tindakan para pemimpin yang berlumba-lumba untuk mencanangkan retorika bagi menonjolkan imej sebagai hero dalam dunia Islam, ternyata mereka bersekongkol dengan negara harbi fi’lan yang telah mencalarkan maruah dan menumpahkan darah umat Islam.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan kepada kita tentang keadaan umat Islam yang ternyata telahpun menimpa kita pada hari ini. “Daripada Tsauban RA berkata: Rasulullah SAW  bersabda: ‘Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka’. Maka salah seorang sahabat bertanya ‘Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?’ Nabi menjawab, ‘Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih ketika banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan’. Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi kita menjawab, ‘Cinta pada dunia dan takut pada mati’”.

Sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peringatan Rasulullah SAW dan mencampakkan penyakit wahan yang melanda umat ini. Sesungguhnya, kemelut yang melanda umat Islam pada hari ini tidak akan tamat sekiranya tiada sebarang langkah konkrit diambil bagi menanganinya. Apatah lagi sekiranya kita terus kekal menurut tatacara yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya berusaha gigih untuk mengekang kebangkitan semula umat ini. Justeru, umat ini perlu memupuk pemikiran politik Islam yang akan melepaskan kita dari kesempitan pemikiran politik demokrasi, serta berusaha untuk menyatukan kembali umat ini di bawah sebuah kepimpinan yang ikhlas yang menerapkan syariah Islam dalam bingkai Khilafah Rasyidah. Dunia Islam hari ini memerlukan seorang pemimpin yang ikhlas dan berkemampuan dalam menyatukan umat ini sepertimana yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubi yang menyatukan umat Islam sebelum membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman tentera Salib.


KOLUM TSAQAFAH

BERMUAMALAH DENGAN KAUM KAFIR

Dalam bermuamalah dengan kaum kafir, Islam membahagi mereka kepada dua kategori.

Pertama, Ahl al-Ahd (Kafir Ahdi): Orang Kafir yang membuat perjanjian damai dengan kaum Muslimin. Mereka terdiri dari Ahl ad-Dzimmah (Dzimmi), Ahl al-Hudnah (Mu’ahad) dan Ahl al-Aman (Musta’min). Kaum Muslimin diperintahkan berbuat baik dan bersikap adil terhadap mereka. Allah SWT ber­firman: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan ber­laku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi­mu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”[TMQ al-Mumtahanah: 8].

Dijelaskan oleh al-Syaukani dalam-Qadir,kafir yang dimaksud adalah kaum kafir dari kalanganahl al-‘ahdyang sedang melakukan perjanjian damai dengan kaum Muslim. Terhadap orang-orang yang bersikap demikian, umat Islam diperbolehkan un­tuk berbuat baik dan berlaku adil. Menurut Ibnu Katsir, ayat tersebut menyebuttaburrûhumtuhsinû ilayhim(berbaik baik terhadap mereka), dan katatuqsithû ilayhimtu’dilû(berlaku adil). Penjelasan senada juga dikemukakan oleh al-Baghawi dalam tafsirnya,’âm al-Tanzîl.

Kedua, Ahl al-harb (Kafir Harbi): Orang Kafir yang memerangi/terlibat peperangan dengan kaum Muslimin serta yang membantu mereka memerangi. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadi­kan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi­mu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai wali, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim” [TMQ al-Mumtahanah: 9].

Sebagaimana ayat sebelumnya, ayat ini juga bersifat umum. Mereka adalah orang-orang yang memerangi kaum Muslim kerana agama dan mengusir kaum Muslim dari negeri dan kampung halamannya. Ter­masuk juga orang-orang yang membantu orang lain mengusir kaum Muslim. Bantuan yang dimaksudkan boleh berupa sumbangan pemikiran, lebih-lebih kenderaan dan persenjataan [al-Jazairi dalamAysâs al-Tafâsîr].

Dalam ayat ini Allah melarang kaum Muslimin:‘an tawallawhum.mengangkat mereka sebagaial-waliyy. Secara bahasa, kataal-waliyybeberapa makna. Di antaranya adalahal-nashîr (penolong),al-muhibb(yang mencintai),al-shadîq(sahabat),al-mu’în(pembantu),al-halîf (sekutu), danal-tâbi’(pengikut). Kerana tidak ada pembatasan dari makna-makna tersebut, maka semua makna tersebut tercakup dalam kataal-waliyyayat ini. Ertinya, umat Islam tidak melakukan semua tindakan yang terkatagori mengangkat mereka sebagaial-waliyy.

Download PDF