Soal Jawab: Kebenaran Di Sebalik Serangan Udara Amerika Ke Atas Syria!

Soalan:

Dalam penerbitan bertarikh 11/4/2018, berkenaan dengan pertemuan Putin(Rusia), Rouhani(Iran) dan Erdogan(Turki), dinyatakan bahawa mereka bertiga melaksanakan kepentingan Amerika Syarikat(AS) di Syria untuk menancapkan pemerintahan sekular di bawah pengaruh AS. Oleh sebab itu, Putin sedang menjalankan tugasnya di Syria melalui koordinasi bersama Amerika serta untuk kepentingannya. Jadi, apakah penjelasan di sebalik serangan udara AS ke Syria sedangkan Putin mempunyai tentera di Tartous dan Hameim? Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku melalui koordinasi AS walhal tentera AS menyerang pasukan Putin di Syria? Di samping itu, bagaimana pula boleh wujudnya perikatan antara AS, Britain dan Perancis sedangkan mereka mempunyai kepentingan yang berbeza antara satu sama lain?


Jawapan:

1- Pertama sekali, kami ingin membetulkan sebahagian soalan yang diutarakan. Amerika sebenarnya tidak menyerang kedudukan Rusia di Syria. Perkara ini dijelaskan oleh Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataannya pagi ini 14/4/2018. Amerika sebenarnya menyerang kawasan sekitar yang berdekatan dengan kedudukan pasukan Rusia. Namun dalam masa yang sama Rusia tetap berdiam diri tanpa apa-apa tindakan meskipun mereka mendakwa sebagai pengawal dan bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat di Syria!

2- Tujuan serangan AS tersebut lebih kepada untuk membentuk disiplin Rusia berbanding untuk menyerang senjata kimia Syria. Kira-kira sepuluh tapak dibedil pada subuh hari ini. Walau bagaimanapun, beberapa komen daripada pakar ketenteraan dalam media pagi ini menyatakan bahawa beberapa kawasan yang dibedil ialah kilang membuat bahan kimia atau pusat penyelidikan, tetapi majoriti tempat yang dibedil ialah kawasan ketenteraan.

3- Sedangkan persoalan tentang AS ingin mendisiplinkan Rusia ialah seperti berikut; Walaupun perkhidmatannya di Syria adalah untuk kepentingan AS, namun Rusia mula menunjukkan sedikit kebanggaannya. Ia berusaha untuk mengeksploitasi kegiatannya di Syria dengan menunjukkan keangkuhan seolah-olah merekalah yang sedang memegang tampuk kendalian di Syria. Perkara ini telah melampaui batas bidang tugasnya yang dibenarkan oleh AS. Hal ini demikian kerana, Rusia ditugaskan untuk mengukuhkan pengaruh AS di Syria, dan bukannya untuk menggantikan posisi AS. Inilah sebabnya mengapa serangan itu berada di zon Rusia, hampir dengan kedudukannya bagi mengurangkan saiz kawasan Rusia. Sekiranya Rusia tergelincir lagi dalam melaksanakan tugasnya dan mengeksploitasi kerjanya untuk muncul sebagai kuasa utama atau membina pengaruh di Syria, maka AS akan menghalangnya hingga kepada titik penghinaan. Ini seperti apa yang disebutkan oleh duta Rusia di Washington yang mengatakan bahawa serangan AS merupakan satu bentuk penghinaan terhadap Putin secara peribadi dan bukan hanya untuk Rusia!

4- Namun, mengapakah serangan yang dilakukan bertujuan untuk menghina Rusia berbanding menyerang lokasi Syria? Hal ini disebabkan bebelan Trump yang berlangsung selama beberapa hari sebelum serangan berlaku. Hal itu merupakan arahan kepada rejim Syria untuk mengundurkan tentera mereka; itulah sebabnya kemusnahan hanyalah bersifat material dengan tiada kehilangan nyawa walaupun jumlah roket yang dilancarkan melebihi 100 buah roket dalam serangan tersebut. Kesan serangan ini bukanlah hal yang baru kepada rejim Syria kerana mereka sememangnya dipergunakan untuk tujuan penghinaan. Malah rejim Syria yang hina itu sendiri sudah biasa dengan penghinaan ke atas mereka. Inilah situasi yang berlaku kepada para agen kuffar; tuan-tuan mereka tidak melihat kemudharatan untuk menyerang mereka sekiranya tindakan tersebut diperlukan demi memenuhi kepentingan tuan-tuan itu. Hal ini sudah terlalu banyak terjadi dalam sejarah dan kita dapat melihat situasi ini pada tahun lepas apabila AS melakukan perkara yang sama selepas peristiwa serangan kimia di Khan Shaykhun. Oleh itu, ia bukanlah satu perkara baru kepada agen-agen, tetapi sememangnya mereka telah “dilatih” untuk menerima keadaan ini. Lebih buruk lagi ialah selepas diserang, agen-agen ini meraikan kemenangan! Walau bagaimanapun, apa yang kita perlu ambil perhatian ialah kesan ke atas Rusia, yang menarik balik kebanyakan kapalnya, dan mengosongkan sebahagian kawasan untuk mengelak daripada terkena serangan yang sudah dijangka. Walaupun serangan yang dilancarkan AS itu berhampiran dengan kedudukan Rusia dan dalam masa yang sama juga Rusia mendakwa bahawa merekalah yang sedang mengawal Syria, namun Rusia tidak menggunakan pertahanan udaranya untuk menangkis serangan tersebut sebagaimana yang dinyatakan oleh Kementerian Pertahanan Rusia tengah hari ini!

5- Dalam satu kenyataan oleh seorang pegawai Rusia pagi ini, dia mengumumkan bahawa Rusia akan membuat satu aduan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bahkan pegawai tersebut telah pun menghantar aduan itu dan Majlis Keselamatan memutuskan untuk mengadakan pertemuan pada 1500 GMT hari ini. Begitulah yang terjadi, Rusia bertindak sepertimana negara-negara lemah lakukan, iaitu membuat pengaduan kepada Majlis Keselamatan yang merupakan satu-satunya cara untuk berdepan dengan pencerobohan. Hakikatnya ialah Rusia diserang, walaupun pangkalannya tidak dijadikan sasaran dalam serangan tersebut. Hal ini demikian kerana, Rusia sedang berkeliaran dan menjelajah di Syria dengan terdetik perasaan akan kehebatan bekas Kesatuan Soviet. Jadi, serangan yang dilancarkan oleh AS ini – seperti yang telah disebutkan di atas – adalah untuk mengurangkan saiz kawasannya dan menempatkan pada posisinya yang asal. Rusia tidak berani mengambil apa-apa tindakan fizikal terhadap serangan tersebut. Oleh itu, tampak jelas kebodohan politik Rusia yang menunjukkan; walaupun mereka mengerahkan segenap usaha yang berterusan namun bukanlah mereka yang mengendalikan keadaan di Syria, sebaliknya setiap keputusan itu berada di tangan AS. Mereka tidak belajar daripada sejarah panjang di Mesir satu ketika dahulu. Hanya dengan “sebatang pena” Sadat berjaya menghalau mereka keluar dari Mesir. Ia sangat mudah terjadi kerana pada ketika itu AS yang menguasai Mesir, tetapi Rusia tidak menyedari akan perkara ini. Hari ini mereka mengulanginya lagi di Syria; mereka melakukan pelbagai tindakan kejam demi kepentingan pihak lain, atas dasar kebencian mereka terhadap Islam dan umat Islam. Kekejaman Rusia ini manakala Amerika pula berdiri di belakang mereka; tidak akan dapat hilang daripada ingatan umat Islam, dan putaran kekuasaan itu akan berubah satu hari nanti, kita berdoa agar ia berlaku tidak lama lagi.

6- Sedangkan apa yang disebutkan dalam persoalan mengenai perikatan antara AS, Britain dan Perancis, maka itu sebenarnya bukanlah perikatan dalam membentuk negara-negara untuk menentang negara lain, sebaliknya ia merupakan penyertaan yang telah direstui oleh AS sepertimana yang berlaku di Iraq dan Syria. Ia satu pembentukan pakatan antarabangsa atas alasan untuk memerangi keganasan setelah Amerika bersetuju untuk melibatkan Britain dan Perancis dalam perikatan itu. Perkara ini telah dijelaskan secara terperinci dalam penerbitan terdahulu.

7- Apa yang amat menyakitkan ialah negara-negara yang berpengaruh di dunia ketika ini sedang campur tangan dan menguasai negara kita sementara kita pula tidak mempunyai negara yang menyatukan dan mengembalikan kemuliaan kita. Jika tidak, AS akan sedar dengan perkataan dan perbuatan, bagaimana mereka perlu membayar (yuran laluan laut) ketika memasuki Laut Mediterranean kepada Wali wilayah Daulah Uthmaniyah di Algeria. Perancis juga akan menyedari tentang bagaimana ia meminta bantuan Suleiman Al-Qanoni iaitu Khalifah kaum muslimin pada ketika itu, untuk menyelamatkan raja mereka yang ditawan musuh. Manakala Britain pula akan menyedari bagaimana ia memohon maaf kepada Duta Besar Uthmaniyyah di London kerana penghinaan ke atas Nabi SAW oleh seorang pelakon pentas lelaki. Bilakah perkara ini berlaku? Ia berlaku pada masa Khilafah Uthmaniyyah berada pada kedudukan kekuasaan yang paling lemah, dan terpaksa menerima permohonan maaf tersebut. Jika tidak, sudah pasti jawapan Khilafah ketika itu akan lebih keras terhadap mereka.

Sesungguhnya setiap muslim mesti berusaha bersungguh-sunguh dan bersama-sama  dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan kembali hukum Allah, Khilafah Rashidah dengan manhaj kenabian, yang akan mengembalikan kemuliaan Islam dan kaum muslimin, dan yang akan menghinakan kekufuran dan orang-orang kafir. Firman Allah SWT:

وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Pada hari (kemenangan)itu bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah SWT. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”
(Surah Ar-Rum: Ayat 4-5)

Sabtu 27 Rajab 1439 AH
14/4/2018 CE

Terjemahan: http://www.hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/qestions/political-questions/15187.html