Soal Jawab: Apakah yang ada di sebalik Operasi Turki yang di panggil sebagai Operasi “Olive Branch” di utara Syria ?

Soalan:

Dapat diperhatikan pergerakan Erdogan di Syria secara relatifnya telah menenangkan sedikit keadaan selepas Operasi yang di kenali sebagai “Operation Shield of the Euphrates” dan pengabaian Erdogan terhadap daerah Aleppo, dan menjadikan rejim Bashar terus mengawal daerah Aleppo , namun Erdogan telah menyambung kembali operasi di Syria dengan operasi yang dikenali sebagai “Olive Branch” yang telah bergerak ke daerah Afrin sejak Sabtu, 20/01/2018, melalui operasi darat dan udara . Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Turus Turki pada hari Ahad 21/01/2018: Operasi “ Olive Branch” , yang bermula pada hari Sabtu itu telah berjalan sebagaimana perancangan yang telah di atur, dan operasi darat pula telah bermula pada pagi Ahad. (Turk Press, 21/01/2018) Dan operasi ia terus berjalan, jadi apakah yang ada di sebalik operasi “Olive Branch”? Semoga Allah SWT membalas kamu dengan kebaikan.


Jawapan:

1 – Sebelum menganalisis apa yang sedang berlaku, kita harus memberi perhatian penting tentang perkara yang menjadi asas dalam pembentukan polisi Turki pada hari ini , ini akan menjelaskan perkara-perkara yang dilakukan Erdogan termasuklah tindakan dan kenyataannya, juga telah jelas Erdogan merupakan seorang yang pro-Amerika, dan ini merupakan satu pertukaran dimana Amerika menyokongnya untuk terus berkuasa sebagaimana Amerika membawanya berkuasa. Buktinya adalah sebagaimana yang ditulis dalam suratkhabar pro-kerajaan Turki As-Sabah pada 18/4/2017: “Malam tadi, Presiden Amerika Syarikat telah menelefon Presiden Turki Erdogan untuk mengucapkan tahniah kepadanya di atas hasil referendum April 16 di mana pembaharuan perlembagaan dan sistem presiden telah di capai “. Erdogan berkata kepada Presiden Amerika bahawa “untuk itu dia telah melancarkan kempen yang baik dan secara peribadi dia telah melihatnya sendiri”. Presiden AS berkata kepada Erdogan: “Saya akan memberi perhatian kepada persahabatan kita dan ada perkara-perkara penting yang akan kita lakukan bersama.” Oleh itu, polisi Erdogan di Syria sebenarnya adalah untuk membantu rancangan-rancangan Amerika untuk mengekalkan rejim dan memberi tekanan kepada puak penentang untuk keluar daripada kawasan-kawasan penting rejim Bashar. Contoh terbaru adalah sebagaimana perintah daripada Amerika supaya menyerahkan Aleppo, dan memperkuatkan rejim yang ada, dia telah membentuk isu-isu dan mengajak puak-puak penentang untuk bertempur di luar daripada berjuang di kawasan mereka sendiri bagi menghalang rejim Bashar daripada memasuki kawasan mereka, beralasankan peperangan operasi “Euphrates Shield”.

Dan dalam masa yang sama rejim telah pergi ke Aleppo dan menumpukan serangan mereka di sana, dengan mengetahui bahawa peperangan “Euphrates Shield” telah mendapat kebenaran dari Amerika, Turki telah memasuki wilayah Jarabulus pada tahun 2016 dengan sokongan dari Amerika sebagaimana ketika bekas Wakil Presiden AS Joseph Biden datang ke Ankara dan dia menyatakan sokongan Amerika kepada kemasukan tentera Turki pada 24/8/2016 ke Jarabulus dan meminta pasukan unit perlindungan rakyat Kurdish untuk menarik diri dari pasukan Turki di bawah nama “Euphrate Shield” (Perisai Euphrates).

Kami telah memberi jawapan balas kami kepada soalan bertarikh 25/9/2016 bahawa: “Untuk menjadikan perancangan Amerika berjaya, yang menumpukan Aleppo, tentera-tentera Turki terpaksa mengadakan semula sekatan, dan di sini Amerika melakukannya dengan mendapat 2 kepentingan sekaligus dalam mengembalikan semula penguasaan Aleppo: Pertama: menghantar tentera Turki ke Syria utara, bermula dengan wilayah Jarabulus sementara Turki mengumumkan operasi “Euphrates Shield” dan memanggil pemberontak-pemberontak pro-Turki dari selatan Aleppo untuk melawan ISI. Ini telah melemahkan pertempuran sebenar di Aleppo! Dan mewujudkan pertempuran-pertempuran baru di luar Aleppo dan menolak keluar puak pembangkang dari Aleppo! dan lain-lain. “Begitulah yang dilakukan Erdogan untuk menarik keluar puak penentang yang setia kepadanya untuk bertempur di kawasan Al-Bab dan Aleppo ditinggalkan dengan hampir tiada langsung puak penentang , kecuali beberapa puak penentang  yang beriman dan masih berdiri teguh. Sementara itu, kebanyakan puak penentang menerima seruan panggilan daripada Erdogan untuk menyertai operasi “Euphrates Shield”  dan Erdogan telah mengulangi pengkhianatannya sekali lagi kepada umat Islam.

2 – Perancangan-perancangan di atas masih lagi berlaku dan yang terkini dan yang bukan terakhir bagi membolehkan rejim Bashar Syria terus mengawal kawasan penting di Idlib dan menghapuskan puak penentang yang setia kepada arahan Turki supaya memberi tumpuan kepada daerah Afrin dan melupakan tanahairnya di Idlib; di mana penjenayah rejim Bashar sedang mara ke hadapan dengan koordinasi Amerika, tetapi ketegangan bersegi yang berlaku di antara Turki dan Amerika bagi mencegah pembentukan pasukan-pasukan baru yang mempunyai kaitan dengan Amerika! Dapat diperhatikan bahawa Amerika sedang mara dari Turki menuju ke Syria dan terus membekalkan persenjataan kepada gerakan-gerakan boneka mereka , termasuklah unit perlindungan rakyat Kurdish, yang majoriti terdiri daripada kalangan Tentera Demokratik Syria yang mempunyai kaitan dengan Amerika, dimana mana Erdogan telah membuka pangkalan Udara .. Oleh yang demikian Erdogan telah mengulangi senario operasi “Euphrates Shield” untuk memudahkan kemasukan dan penguasaan rejim Bashar di daerah Idlib. Operasi “Olive Branch” telah diatur untuk memudahkan penaklukan rejim di daerah Idlib. Rejim Bashar ketika sedang dalam pergerakan ke daerah Idlib telah mengepung Lapangan Terbang Abu al-Duhur, dalam masa yang sama Erdogan pula telah mengatur puak penentang ke daerah Afrin!

Dianggarkan seramai 25 ribu orang penentang telah mengambil bahagian dalam operasi tersebut sebagaimana yang telah disahkan oleh komander tentera dari kalangan Pakatan Sham Legion, Yasser Abdul Rahim, sekitar seramai kira-kira 25 ribu orang yang bersenjata daripada Free Syrian Army telah menyertai operasi ketenteraan yang telah dianjurkan oleh Turki di Afrin (Russia Today, 23/1/2018), operasi yang telah sedia maklum mendapat persetujuan daripada Amerika . Menteri Luar Negeri Turki Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa beliau telah membincangkan krisis Syria dan isu unit keselamatan sempadan dengan Setiausaha Pertahanan AS James Mattis pada Isnin petang (15/1/2018) di Kanada. Beliau menyatakan bahawa beliau bertemu juga dengan Setiausaha Negara AS Tillerson pada Selasa petang (16/1/2018), di sebalik pertemuan rasmi Menteri Luar Negeri itu berkenaan Keselamatan dan Kestabilan di Semenanjung Korea di Vancouver, Kanada. Çavuşoğlu mengatakan bahawa Mattis telah berkata: “Kami telah diminta untuk tidak mempercayai berita-berita yang memberitahu mengenai (pembentukan tentera baru di Syria utara),” sambil menambah bahawa Mattis sendiri akan melakukan tindakan susulan untuk perkara tersebut dan akan terus berhubung dengan kami  “(Agensi berita Anadolu 17/1/2018)

3 – Ini telah mengesahkan kenyataan Amerika dua hari yang lalu. Mereka mengesahkan bahawa Olive Branch, isu Afrin dan pergerakan tentera Turki dan Free Syrian Army adalah dengan persetujuan penuh daripada Amerika dan Rusia, yang telah memasuki Syria dengan perancangan & koordinasi daripada Amerika , berikut merupakan beberapa kenyataan untuk perkara tersebut:

Operasi tentera Turki di Afrin telah bermula sejak Jumaat yang lalu, dengan peringkat pertama pengeboman pada kadar yang besar sejak Khamis malam Jumaat yang lalu di kawasan-kawasan tertentu di Afrin, dengan sebagai permulaan pengunduran polis tentera Rusia dari Afrin dan sekitarnya . Nurettin Canikli menganggapnya sebagai “permulaan serangan darat,” menurut Al Jazeera Channel … Al-Araby Al-Jadeed menyatakan kenyataan di bawah sebagaimana yang diterima dari sumber Turki bahawa:

“Satu tawaran telah dibuat, untuk menguasai bandar tersebut sebagai pertukaran , ia hasil kesepakatan “bagaimana ia akan dilaksanakan” di antara Ankara dan Moscow. Kerajaan Turki akan memastikan dengan skala yang besar untuk pembinaan semula bandar tersebut sebagaimana operasi Euphrates Shield, dan akan memberi tekanan kepada puak pembangkang Syria untuk menyertai persidangan di Sochi, sementara Rusia menegaskan supaya menyerahkan bandar tersebut setelah penguasaan rejim Syria  dan memastikan ketiadaan puak penentang di sana dan juga memberi laluan kepada rejim Bashar untuk terus mara ke daerah Idlib. Dalam masa yang sama, Menteri Pertahanan Turki, Nurettin Canikli dalam temubual TV semalam telah mengesahkan, “Kami tahu bahawa Rusia sangat menyokong rejim Bashar ” … “Dan ia adalah jangkaan Turki tentang operasi tersebut, sumber Turki berkata kepada Al-Araby Al-Jadeed” Operasi itu dijangka akan berlangsung selama maksimum untuk lima hingga enam bulan. Dari sumber itu menyatakan juga “hubungan diplomatik dengan Washington tidak putus”. (Al-Araby Al-Jadeed, 20/01/2018)

“Tanggal 20 Januari yang lalu , Turki telah mengerahkan tentera bersenjata berhampiran daerah Afrin iaitu di barat laut Syria dan Moscow prihatin dengan maklumat tersebut,” kata Menteri Luar Rusia dalam satu kenyataan, sambil menyatakan bahawa “mereka mengikuti dengan teliti perkembangan perkara tersebut .” “Rusia tetap komited terhadap peranannya dalam mencari penyelesaian bagi konflik di Syria, bersandarkan pematuhan kepada integriti wilayah ini dan penghormatan kepada kedaulatannya ,” kata kementerian itu. (Rudaw, 20/01/2018)

Amerika Syarikat mendesak operasi ketenteraan Turki terus terhad kepada tempoh dan tujuan tertentu sahaja , dan ia menyeru agar “menahan diri” dan memastikan bahawa keseluruhan operasi ketenteraan dihadkan dengan tempoh dan tujuan tertentu untuk meminimumkan kematian orang-orang awam.” Jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert berkata, “Kami mendesak Turki untuk melakukan sekatan dan memastikan operasi ketenteraannya terus terhad kepada batasan masa & tujuan sahaja dan juga berhati-hati bagi mengelakkan kematian orang awam .”

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis pada Ahad yang lalu telah memberitahu bahawa Turki melaporkan kepada Amerika Syarikat sebelum tentera mereka mara ke hadapan, ini adalah bukti adanya komunikasi yang sedang berlaku di antara Washington dan Ankara dalam mendapat laporan terkini untuk situasi tersebut. Beliau berkata Menteri Luar, Sergey Lavrov dan rakan sejawatannya dari AS, Rex Tillerson, telah membincangkan “langkah-langkah untuk memastikan pemuliharaan kestabilan di utara negara”. Menteri Luar Turki membincangkan operasi ketenteraan dengan rakan sejawatnya dari AS, tetapi masih belum mendedahkan apa yang telah berlaku di dalam pertemuan mereka berdua . (BBC Arabic, 22/01/2018).

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berkata negaranya berharap dapat bekerjasama dengan Turki bagi membentuk satu kawasan selamat di barat laut Syria untuk memenuhi keperluan keselamatan Ankara …  Ketua Komando Pusat AS, Jeneral Joseph Votel, telah mengesahkan bahawa Turki memberi taklimat kepada negaranya mengenai operasi ketenteraannya di Afrin, menunjukkan bahawa bandar itu tidak termasuk dalam skop operasi ketenteraan Amerika. Jabatan Pertahanan menyeru agar “tidak meningkatkan ketegangan” dengan memahami Turki yang begitu prihatin dengan keselamatan di rantau tersebut. (Russia Today , 23/01/2018)

– Permerintah Pusat tentera Amerika Syarikat berkata Turki telah memberi taklimat kepada mereka mengenai operasi ketenteraan di bandar Syria , Afrin, dan pada masa yang sama menegaskan bahawa bandar itu tidak termasuk dalam bidang kuasa bagi operasi ketenteraan Amerika Syarikat . Jeneral Joseph Votil, Komander Permerintah Pusat tentera Amerika Syarikat, dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad mengatakan bahawa negaranya tidak memberi perhatian khusus kepada kawasan-kawasan operasi Turki.  (Quds Press, 21/01/2018)

– Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berkata negaranya berharap dapat bekerjasama dengan Turki bagi mewujudkan kawasan selamat di barat laut Syria  untuk memenuhi keperluan keselamatan Turki; ini berlaku di hari ketiga Operasi “Olive Branch”  yang dilancarkan oleh Angkatan Tentera Turki dan Free Syrian Army . Daerah Afrin yang merupakan sebahagian daripada wilayah bandar Syria, dan Setiausaha Negara AS berkata, “Mari kita lihat sama ada kita boleh bekerjasama dengan anda untuk mewujudkan jenis zon keselamatan yang mungkin anda perlukan… Jadi kita sedang berbincang dengan orang-orang Turki dan beberapa kumpulan yang ada di lapangan serta melihat bagaimana kita dapat menstabilkan keadaan ini dan memenuhi keperluan Turki yang prihatin tentang dengan keselamatan mereka.” (Turk Press, 23/01/2018)

– Dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berkenaan niat negaranya untuk membentuk pasukan tentera yang mempunyai 30 ribu tentera, yang mana tugas mereka adalah untuk “menjaga sempadan,” perkara tersebut menimbulkan kemarahan Ankara dan Tillerson telah membuat kenyataan balas kepada wartawan ketika di dalam penerbangan dengan pesawat kerajaan US , “US tidak berniat untuk menubuhkan sebarang pasukan keselamatan di sempadan Syria”. Tambahnya lagi , kepada Anatolia, negaranya menjelaskan kepada Turki mengenai laporan berita dari agensi berita tentang niat Amerika Syarikat untuk menubuhkan pasukan keselamatan di sempadan Syria, dan  untuk  itu,  jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert menjelaskan, “Anda berjuang melawan ISIS, dan itu adalah tujuan sebenar mengapa kami berada di sana, dan itu adalah satu daripada beberapa perkara yang Setiausaha Negara AS dan lainnya bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menegaskan kepada pegawai-pegawai daripada Turki.” (Orient, 19/01/2018)

– Selasa yang lalu , jurucakap Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, Eric Bahon telah berkata negaranya memahami kebimbangan Turki tentang rancangan untuk menubuhkan pasukan keselamatan sempadan di Syria, mengulas tentang isu yang telah timbul dengan pegawai-pegawai daripada Turki.

Eric Bahon menegaskan bahawa negaranya  dengan Turki berada dalam hubungan yang selari dan rapat; yang merupakan rakan mereka di NATO. Eric Bahon menggunakan frasa “sebenarnya pasukan keselamatan sempadan” dalam jawapannya … Hari ini, Khamis, Setiausaha Negara AS Rex Tillerson tampil untuk menjelaskan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan sebarang pasukan keselamatan sempadan di Syria, mengulas laporan berita mengenai isu tersebut . Beliau menambah dalam satu kenyataan di akhbar: “Isu ini dilihat dan ditafsirkan dengan cara yang salah, dan sesetengah orang bercakap dengan cara yang salah, kami tidak menubuhkan sebarang pasukan keselamatan sempadan”. (Yenisafak Arab, 17/01/2018)

Ini sudah terang menjelaskan kenyataan sebelumnya bahawa operasi “Olive Branch” adalah satu operasi yang sedang dijalankan Turki, yang di koordinasi selari dengan Amerika dan Rusia… dan kenyataan Amerika Syarikat yang pada mulanya untuk menubuhkan pasukan keselamatan sempadan dengan bilangan tentera seramai 30 ribu orang hanyalah justifikasi mereka untuk melaksanakan operasi di daerah Afrin, Amerika Syarikat kemudian memutar kenyataan tersebut dan secara terbuka menafikannya setelah tujuan sebenar mereka telah tercapai !!

Oleh yang demikian, kemaraan tentera Turki di Syria sebenarnya adalah bagi melaksanakan projek-projek Amerika Syarikat iaitu menanamkan sistem sekular di Syria. Kata-kata lantang daripada Erdogan dan kata-kata yang berapi-api hanyalah untuk menipu orang-orang yang naif  dan kata-kata tersebut tidaklah diterjemahkan kepada sebarang bentuk tindakan, seperti ketika dia berkata, kami tidak akan membenarkan peristiwa seperti Hama akan berulang; tetapi rejim Bashar telah mengulangi kekejaman di setiap daerah dan bandar lebih daripada apa yang berlaku di Hama … serta kemaraan palsu itu yang tidak menghasilkan kehendak yang jujur. Dia menipu orang dengan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan serta menipu orang-orang yang naif sebagaimana kenyataan dia tentang keputusan Trump bagi menjadikan al-Quds (Baitulmaqdis) sebagai ibu kota bagi entiti Yahudi. Erdogan mengancam bahawa dia boleh memutuskan hubungannya dengan entiti Yahudi jika Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu kota entiti ini.

Tetapi dia tidak memutuskan hubungannya dengan Amerika Syarikat yang membuat keputusan ini, sebaliknya dia menyokong entiti Yahudi dan memberikan segala bentuk bantuan untuk mengekalkan keberadaannya. Beliau juga menyeru penyelesaian dua negara sebagaimana cadangan Amerika, yang termasuk pemindahan 80% tanah Palestin kepada orang entiti Yahudi, dan dia menyeru Jerusalem Timur sebagai ibu kota Palestin, menyerahkan barat Jerusalem kepada orang-orang Yahudi.

Ini adalah tambahan kepada apa yang dilakukannya dan masih dilakukan di Syria, dan juga pengkhianatannya, yang telah memperkuatkan keberadaan musuh iaitu Rusia dan Amerika dan rejim Bashar Syria, samada dengan menyerahkan Aleppo atau membuka pengkalan tentera Amerika Syarikat untuk campur tangan urusan di Syria atau membuka ruang udara Turki untuk kapal terbang Rusia atau keputusan mesyuarat di Astana, dimana dia menekankan para pemimpin puak untuk menerima keputusan mereka dan menenteramkan barisan hadapan puak penentang, mengurangkan ketegangan serta konflik dan keluar dari kawasan-kawasan tertentu dan menyerahkannya kepada rejim yang kemudiannya telah mengelilingi Idlib dan banyak lagi kawasan. Seterusnya muncul pula episod baru dengan operasi “Olive Branch” untuk memudahkan kemaraan rejim ke daerah Idlib!

Akhir sekali, kami mengingatkan kepada semua puak supaya jangan tertipu dengan kata-kata mahupun tindakan Erdogan, dan tidak menyerahkan  kembali daerah Idlib kepada rejim… dan jangan lupa apa yang berlaku kepada mereka di Aleppo, namun ingatlah Hadis yang di riwayatkan oleh Bukhari daripada Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ

“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.” [TMQ Qaf: 37]

7 Jamadil awal 1439H

24 Januari 2018

Terjemahan dari: http://www.khilafah.com/qa-what-is-behind-the-turkish-operation-olive-branch-in-northern-syria/