Strategi Perdagangan di Masa Khilafah Abbasiyah
Will Durant, seorang sejarawan Barat, dalam bukunya The Story of Civilisation, menukilkan dasar perdagangan Khilafah Abbasiyyah di era Harun ar-Rasyid sebagai berikut:
“Perdagangan domestik ketika itu sangat luas. Bergerak melewati sungai dan terusan. Harun ar-Rasyid berfikir untuk menggali terowong, yang boleh menghubungkan dua lautan, iaitu Laut Tengah dan Laut Merah di kawasan Terusan Suez. Beliau pun telah merancangnya, namun Yahya al-Barmaki tidak memberinya dukungan untuk menggali terowong tersebut, kerana beberapa alasan yang kami tidak tahu. Boleh jadi kerana alasan kewangan. Tetapi di atas sungai Dajlah di Baghdad, di mana lebarnya mencapai 750 kaki, telah berhasil dibangunkan tiga jambatan.. “
Dia melanjutkan:
“Ketika itu perdagangan besar telah melalui jalur-jalur ini. Di antara keistimewaan ekonomi yang dinikmati oleh wilayah Asia Barat (Timur Tengah) adalah kewujudan satu pemerintahan yang menguasai kawasan ini, di mana sebelumnya telah terbelah menjadi empat negara. Dampak daripada kesatuan wilayah ini adalah hilangnya semua halangan tarif dan cukai, serta halangan-halangan perdagangan yang lain di dalam negeri. Ini ditambah dengan fakta, bahawa bangsa Arab tidak seperti bangsawan Eropah yang selalu mengganggu pedagang dan memeras mereka..
Perbatasan seperti Baghdad, Bashrah, Aden, Kairo, dan Iskandariah telah mengirim ekspedisi perdagangan untuk mengharungi lautan luas. Perdagangan Islam pun menguasai negeri-negeri di Laut Tengah hingga terjadinya Perang Salib. Bergerak dari Syam dan Mesir di satu sisi, ke Tunisia, Shaqliyah, Marakesh (Maroko) hingga Sepanyol di sisi lain. Perdagangan tersebut melintasi wilayah-wilayah Greece, Itali dan Gala.
Dominasi atas Laut Merah tersebut telah dipindahkan dari wilayah Ethopia, meninggalkan Laut Khazar hingga Mongolia, naik di Sungai Volga; Finland, Skandinavia dan Jerman. Di sana, ia meninggalkan jejak beribu keping wang Islam…Aktiviti perdagangan ini terus berlanjutan, dan berhasil menghembuskan kehidupan yang kuat di seluruh penjuru negara hingga puncaknya pada abad ke-10. Di saat Eropah masih mengalami kemunduran hingga pada tahap terendah. Ketika perdagangan ini telah tiada, jejak-jejaknya masih tersisa dan nampak jelas dalam sejumlah bahasa Eropah, di mana sejumlah kosakata telah masuk di dalamnya. Seperti Tariff, Magazine, Cravan dan Bazaar.”
Tariff dan Magazine, sebenarnya berasal dari bahasa Arab. Masing-masing adalah, Ta’rifah dan Makhzan. Sedangkan Cravan dan Bazaar berasal dari bahasa Farsi. (Will Durant, The Story of Civilisation, Juz XIII, hal. 109-110)
[Disunting dari: http://hizb-indonesia.info/2014/02/26/strategi-perdagangan-di-masa-khilafah-abbasiyah/]