Takziah daripada Hizbut Tahrir kepada para Syuhada’ Gempa Bumi di Turki dan Syria
بسم الله الرحمن الرحيم
Takziah daripada Hizbut Tahrir kepada para Syuhada’ Gempa Bumi di Turki dan Syria
(Terjemahan)
﴿الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ * أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ﴾
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” [Al-Baqarah (2): 156-157].
Kepada saudara dan saudari yang dikasihi, kepada para pengembang dakwah di Turki dan Syria, dan kepada para pengembang dakwah secara umumnya…
Kepada keluarga yang bersabar dan berterusan dalam kesabaran di Turki dan Syria, dan kepada umat Islam umumnya…
Hizbut Tahrir mengucapkan takziah kepada para syuhada’ gempa bumi yang melanda Turki dan Syria. Hizbut Tahrir memohon ke hadrat Allah (swt) agar mencatat mereka, di sisi-Nya, sebagai syuhada’ akhirat, membenarkan hadis yang telah disepakati dari Abu Hurairah (ra), bahawa Rasulullah (saw) bersabda,
«الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ»
“Syuhada’ (orang-orang yang mati syahid) itu ada lima: Orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati kerana sakit perut, orang yang mati lemas (tenggelam), orang yang tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” [HR Bukhari dan Muslim]
Orang yang tertimpa runtuhan bermaksud orang yang mati akibat terkena robohan bangunan.
Kami berdoa kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala agar memberikan kesembuhan kepada mereka yang tercedera dan terkesan akibat gempa, dengan kesembuhan yang segera dan sempurna, yang tidak lagi meninggalkan kesan kecederaan atau apa jua penyakit sesudahnya.
Kami memohon kepada Allah (swt) agar mereka yang selamat dari musibah, meneruskan kehidupan yang baik, memanfaatkan kehidupan dalam ketaatan kepada Allah (swt) dan dalam ketaatan kepada Rasul-Nya (saw), dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya.
Musibah gempa ini mendedahkan bahawa Islam tetap berada dalam lubuk hati umat ini. Ketika mereka sedang menyelamatkan saudara-saudara mereka di bawah runtuhan, orang-orang Islam melaungkan Takbir. Malah, kalimah Takbir tidak putus-putus keluar dari lisan mereka, terutamanya ketika mereka menyelamatkan bayi-bayi, yang ibunya telah melahirkannya, dan kemudian mati di bawah runtuhan, di Gaziantep, di Daerah Afrin…atau semasa mereka berusaha mengeluarkan seorang wanita daripada bawah bangunan yang runtuh di Jindires, wanita itu meminta agar kepalanya ditutup, sebelum dibawa keluar, agar rambutnya tidak kelihatan…atau apabila seorang mangsa menyeru dari bawah runtuhan di kota Kahramanmaraş untuk mengeluarkannya, dia terlebih dahulu meminta air untuk berwuduk agar tidak terlepas waktu solat…dan di sepanjang proses penyelamatan itu, Takbir Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar terus bergema.
Orang yang beriman tidak seperti orang lain, kerana dia tahu bahawa qadha’ Allah (swt) tidak boleh ditolak dan ia berlaku kerana hikmah yang Allah (swt) sahaja yang mengetahuinya. Oleh itu, orang yang beriman akan bersabar terhadap apa sahaja yang menimpanya, akan mencari keredhaan Tuhannya, sebagaimana sabda Rasulullah (saw) yang diriwayatkan oleh Suhaib (ra),
»عَجَباً لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ«
“Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Seluruhnya urusannya adalah baik. Hal ini tidaklah terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika ia mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu baik baginya. Jika ia mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya” [HR Muslim].
Musibah berdatangan menimpa negeri-negeri kaum Muslimin. Tidak ada negeri-negeri kita yang tidak ditimpa musibah – gempa bumi, banjir, kemarau, peperangan, pertempuran, kemiskinan dan kebuluran…Walaupun bencana memang dimaklumi berada dalam wilayah qadha’, namun negara bertanggungjawab mengambil langkah berjaga-jaga dan segenap langkah yang sewajarnya dalam mengurus umat Islam, tanpa adanya kelalaian. Seandainya umat Islam mempunyai Negara Khilafah, ia sudah pasti akan mempersatukan mereka dan juga urusan mereka (di bawah satu pengurusan). Khilafah akan menenangkan mereka di saat tertimpa musibah. Khilafah akan meringankan beban mereka dan menjaga hal ehwal mereka. Khilafah akan menggapai tangan mereka ke arah kebaikan. Khilafah akan melaksanakan kewajipannya, tanpa memerlukan bantuan daripada orang-orang bukan Islam.
Semoga Allah (swt) merahmati mereka yang telah terkorban, dan menyembuhkan mereka yang tercedera. Semoga Dia (swt) menjadi Penjaga kepada mereka yang terselamat daripada musibah ini. Kami akhiri dengan apa yang telah kami mulakan…Allah (swt) berfirman,
﴿الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ * أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ﴾
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” [Al-Baqarah (2): 156-157].
Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nyalah kita kembali.
Saudaramu,
Atha’ bin Khalil Abu ar-Rashtah
Amir Hizb ut Tahrir
18 Rajab 1444 H
9 Februari 2023 M