SN295 – SERUAN DARIPADA HIZBUT TAHRIR SYRIA

SN keluaran 17 Februari 2012

  alt

SERUAN DARIPADA HIZBUT TAHRIR SYRIA
 

 
[SN295] Sautun Nahdhah kali ini menyiarkan dua nasyrah yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Syria yang berupa seruan kepada umat Islam, para ulama dan anggota tentera Syria khususnya dan umat Islam seluruh dunia amnya. Nasyrah ini disebarkan di Syria dan juga seluruh dunia.

Bismillahirrahmanirrahim

Wahai Kaum Muslimin di Syria!Jenayah Kejam Yang Dilakukan Oleh Rejim Syria Adalah Kerana Ia Telah Merasakan Ajalnya Semakin Hampir Dan Tidak Lagi Yakin Ia Akan Dapat Bertahan

Belum lagi Majlis Keselamatan PBB menyempurnakan komplot dan penipuannya terhadap kaum Muslimin di Syriadan bersempena dengan 13 tahun peringatan tragedi Hama yang menyayat hati pada tahun 1982, selepas pemberontakan berani yang penuh amarah terhadap rejim pada hari Jumaat sempena memperingati pembantaian Hama, rejim Assad yang dahagakan darah terus meningkatkan lagi kejahatan dan tekanannya pada malam 3/2/2012. Homs (yang senasib dengan Hama, Aleppo dan lain-lain kawasan pemberontakan di Syria) kehilangan lebih 245 nyawa dan lebih 700 cedera. Bashar dan talibarutnya nampaknya semakin hilang arah dengan operasi hebat yang dijalankan oleh Tentera Bebas (Free Army) di Homs dan juga penangkapan yang berlaku ke atas kumpulan talibarutnya terutama di Babamr dan Khalidiya.

Rejim yang sudah kehilangan fungsi ini telah menunjukkan bahawa ‘kaedah pembantaian’merupakan salah satu dari ‘prinsip’ rejimnya yang kejam. Bashar telah membuktikan bahawa dia adalah anak kepada bapanya, yang mana si bapa telah menyembelih bapa-bapa umat ini dan si anak telah menyembelih pula anak-anak umat ini. Penyembelihan, pengeboman dan kemusnahan yang telah dilakukan oleh Bashar menunjukkan bahawa rejimnya telah menghidu ajalnya yang semakin hampir, khususnya selepas bertambahnya perpecahan dalam tentera Syria dan selepas tangan-tangan pemberontakan berjaya mengetuk pintu Damsyik dan Aleppo. Pembantaian ini sebenarnya telah membawa banyak harapan di samping kesakitan yang amat perit. Namun, Insya Allah, masa kehancuran rejim ini akan tiba juga. Pada waktu ini, akan berakhirlah segala kuasanya, segala institusi keselamatannya, pasukannya dan juga sokongannya di peringkat antarabangsa.

Dengan meletakkan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk menyelesaikan krisis di Syria bermakna isu ini telah dirampas dari tangan kaum Muslimin dan diserahkan kepada musuh mereka dari kalangan kuasa besar, yang tentunya akan menundukkan isu ini kepada kompromi, konsesi dan konspirasi. Mereka juga akan menjadikan isu ini tunduk kepada syarat-syarat yang muncul dari identiti Barat yang kuffar dan bukannya dari Islam. Sesungguhnya kita tidak memerlukan Majlis Keselamatan untuk menghapuskan rejim Syria yang sedang terdesak sekarang. Kita juga tidak memerlukan pihak pembangkang yang hanya akan berdiri di depan pintu dengan menagih penyelesaian sebuah negara sivil demokratik sekular. Sebaliknya, kita hanya perlu meletakkankepada Allah Yang Maha Kuasa semata-mata di dalam mencari penyelesaian di mana kita perlu bersatu di dalam menegakkan agamaNya.

Revolusi ini perlu merebak ke seluruh Syria agar tidak ada sejengkal tanah pun yang tersisa yang membolehkan rejim Assad memijakkan kakinya yang kotor itu. Ahlul quwwah(golongan yang memiliki kekuatan) wajib berusaha menegakkan agama Allah dan membantu umat Islam. Jika ini berlaku, ia mungkin akan lebih menakutkan rejim berbanding ketakutannya terhadap Majlis Keselamatan. Mungkin inilah yang menyebabkan rejim ini menjadi tidak keruan dan bukan kerana kebimbangannya terhadap Majlis Keselamatan. Kalau tidak, mengapa pula rejim ini melakukan pembantaian pada malam di mana Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu Syria? Hakikatnya, rejim ini mempunyai beberapa penyokong kuat di dalam Majlis Keselamatan dan penyokong yang paling kuat adalah Amerika Syarikat – meskipun media memaparkan seolah-olah ia adalah yang sebaliknya.

Wahai kaum Muslimin yang akan mencapai kemenangan di Syria dalam masa terdekat dengan izin Allah! Keteguhan kalian tanpa henti keluar ke jalan-jalan dan laungan takbir kalian yang mencecah ke angkasa tatkala kalian sedang berhadapan dengan mesin pembunuh yang kalian tidak pedulikan sedikitpun, semua ini merupakan bukti nyata bahawa kalian telah mengambil keputusan berani (tanpa mempedulikan) hidup atau mati di dalam usaha kalian menjatuhkan rejim Assad. Hizbut Tahrir dengan ini berdoa kepada Allah Azza wa Jalla agar kalian menyertakan Allah di dalam membuat keputusan hidup dan mati kalian demi menegakkan Khilafah di bumi Syam, bumi yang merupakan jantung Islam, yang akan memberikan kalian kemenangan dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman,

“Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya danbagi orang-orang Mukmin dan orang-orang munafik itu tidak mengetahui” [TMQ al-Munafiqun (63):8].

Oleh yang demikian, pertimbangkanlah pegangan kalian, kesabaran kalian dan keberanian kalian. Jadikanlah segalanya untuk Allah semata-mata dan jangan sekali-kali jadikan Allah sekutu, baik (sekutu) itu adalah Majlis Keselamatan atau kuasa-kuasa besar atau pihak pembangkang yang palsu.Isytiharkanlah perjuangan syahid kalian untuk Allah, isytiharkannya dengan ikhlas dan keseluruhannya “Hanya Untuk Allah….Hanya Untuk Allah”.

Kepada para tentera di Syria yang ikhlas berdiri di jalan kebenaran dengan izin Allah!Sedarlah bahawa kalian mempunyai tanggungjawab kepada Allah SWT terhadap orang-orang yang lemah dan keluarga mereka yang menjadi sasaran sembelihan Assad. Kalian mungkin tidak mempunyai kesempatan walau satu hari untuk memohon maaf atau keampunan. Jadi, inilah masanya untuk kalian membuang segala ketakutan kalian. Sedarlah bahawa kekuatan kalian yang berasal dari kepercayaan kalian kepada Allah, sesungguhnya menjadikan kalian jauh lebih kuat dari kekuatan Assad, talibarutnya, mata-matanya dan pembulinya. Ketahuilah bahawa perjuangan yang benar, yang ikhlas semata-mata kerana Allah akan pasti dapat memecahkan kepala kejahatan dan akan menyelesaikan segala urusan dengan cepat, di mana mereka yang jahat akan lari ketakutan umpama tikus lari bersembunyi ke lubang-lubang yang sempit.

Sentiasalah ingatkan Allah di dalam memberikan sokongan terhadap agama kalian, jagalah ia sepenuhnya dan sebaiknya. Bantulah Hizbut Tahrir menegakkan Khilafah yang hanya dengan cara ini sahajalah dapat mengembalikan umat Islam kepada kekuasaannya yang sebenar, yang akan menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan, yang akan menyebarkan keadilan dan menghapuskan ketidakadilan, yang akan membuatkan orang-orang Islam dan bukan Islam sejahtera dan membuatkan orang-orang beriman bergembira dengan kemenangan dari Allah. Allah SWT berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah…” [TMQ al-Saf (61):14].

At-Tabrani meriwayatkan dari Muaz bin Jabal (ra) bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Ketahuilah bahawa roda Islam itu akan terus berputar, maka ikutilah roda Islam itu di mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawa Al-Quran dan kekuasaan akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah daripada Al-Quran. Ketahuilah bahawasanya kamu akan dikuasai oleh para penguasa yang memutuskan perkara hanya untuk kepentingan mereka sahaja dan bukan untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari perintah mereka, maka mereka akan membunuhmu dan jika kamu mematuhi mereka, maka mereka akan menyesatkan kamu. ‘Para sahabat bertanya, ‘Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab Nabi SAW, ‘Lakukanlah seperti para sahabat Isa bin Maryam as. Mereka telah digergaji dengan gergaji dan digantung di atas kayu (salib). Sesungguhnya mati kerana mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup dengan melakukan maksiat kepada Allah.”

HizbutTahrir
Wilayah Syria
12 RabiulAwal 1433
4Februari 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Kenyataan Daripada Hizbut Tahrir Syria Kepada Para Ulama
Pada 15 Rabiul Awal 1433 bersamaan 7 Februari 2012, seramai 107 ulama Islam mengeluarkan pengisytiharan berhubung apa yang berlaku di Syria. Pengisytiharanini termasuk fatwa berkenaan kesucian darah umat Islam yang tumpah di Syria dan hak-hak umat Islam serta ketidakbolehan para anggota tentera dan pasukan keselamatan untuk membunuh seseorang atau terus berada dalam pasukan tersebut. Mereka (para ulama tersebut) menyatakan sokongan kepada Tentera Bebas (Free Army) Syria dan menyeru kepada negara Arab dan negara Muslim lainnya agar mengambil pendirian serius terhadap rejim Syria dan negara yang menyokongnya seperti Rusia dan China. Mereka (para ulama tersebut) juga menyeru pihak pembangkang untuk turut serta agar mereka (pembangkang)  dapat membina negara atas asas keadilan, perlindungan hak, membangunkan kebebasan dan institusi yang akan menjaga negara dan kepentingannya. Mereka (para ulama tersebut) juga mengisytiharkan sokongan mereka kepada usaha-usaha yang menghalang pertumpahan darah rakyat Syria dan usaha-usaha ini hendaklah membawa kepada sebuah pilihan raya yang bebas, pengagihan kuasa yang adil dan pemberian pampasan terhadap mangsa kekejaman dan keluarga mereka.

Sesungguhnya adalah suatu yang baikapabilaulamadaripelbagai tanahumatIslamberpakat bersama-sama, yang menunjukkan bahawa masalah umat Islamadalah masalah yang satu. Namun, sungguh tidak dapat diterima apabila pengisytiharaninitidakmengandungi apa-apapenyelesaian dari perspektif Islam. Ia seolah-olahbertujuanuntuk memberi ‘kepuasan’kepada pihaktertentumeskipun Allah SWT tidak memperkenankan kita darimemuaskan negara KapitalisBaratyang kafirdan juga rejim-rejimyangtidakmemerintahdenganapa yang diturunkan oleh Allah dari mendominasi umat Islam. Pengisytiharan oleh para ulama tersebut seharusnya bersifat komprehensif, konklusif, jelas,beranidanharus meletakkanfakta yangbetuldi tempat yang betul sertamenyatakankedudukan sebenarmengenaiapa yang sedang berlakudi Syria dantanahumat Islamlainnya. Mereka harusmenghantarmesej yang sebenarkepadaseluruhumat Islam, agar (dengan itu)merekamengambil pendirianyangikhlaskepadaTuhan merekadanDeenmereka. Merekaseharusnya mengisytiharkan bahawaumatIslam, perjuangannya, keamanannyadan peperangannya, adalahumat yang satudania tidakboleh dipisahkanolehapa-apa tembokatausempadan. Umat Islam juga tidak boleh terus kekal berada dalam keadaan terpisah melalui pemerintahan rejim yangdicipta oleh kuffar Baratyang memecah-belahkan umat Islam mengikut kepentingan Barat. Kuffar Baratinilah yang kiniingin mencengkam tanahkitasepertimana serigalayang ingin mencengkam biri-biri.

Kami, HizbutTahrirSyriadengan ini mengingatkanpara ulama bahawa mereka adalah pewaris NabiSAWdan merekaadalahpemegangamanahDeenAllah SWT.Allah SWTtelah mengambiljanji darimerekabahawamereka mestimenyampaikan kebenaran kepada umatdantidakmenyembunyikannya sedikit pun.Kami juga mengingatkan bahawa Allah SWT sesungguhnya melihat dan mendengar mereka. Di antara alasan syarak bahawa mereka akan berdosa sekiranya menyembunyikan dan tidak menyampaikan kebenaran, adalah amat ketara dari penjelasan berikut:

●Adalah wajib secara syari’e bagi para ulama untuk mengisytiharkan dengan jelas tanpa berselindung bahawa bahawa umat Islam Syria bertanggungjawab untuk menumbangkan rejim Syria kerana dari asas lagi, ia adalah sebuah rejim yang tidak memerintah berdasarkan Islam.

●Adalah wajib secara syari’e bagi para ulama untuk menjelaskan bahawa thariqah (jalan) untuk perubahanmestilahmengikutthariqahRasulullah SAW.Ia mestilahsuatukerjayangbersih,yangdilaksanakan olehseluruh umat Islamtermasukdari kalangan para ulama, tokoh, rakyat jelatadanahlul quwwah, dengan tangan mereka sendiri, kerana merekaadalahorang-orang yangmempunyaikuasa untukmenukarsituasidi negeri mereka secara praktikal.

●Adalah wajib secara syari’e bagi para ulama untuk menjelaskan kepada ahlul quwwah di Syria bahawa mereka (ahlul quwwah) mempunyai dua kewajipan: melindungi umat Islam dan memberikan nusrah(pertolongan) terhadap agama Allah demi memastikan tertegaknya Khilafah, sebagaimana dilakukan oleh kaum Ansar yang menolong agama Allah, Rasulullah dan kaum Muslimin di Madinah.

●Adalah wajib secara syari’e bagi para ulama untuk menjelaskan bahawa seruan kepada pembentukan negara sivil dan sekular yang bertentangan dengan Islam, adalah seruan yang menyimpang kerana ia merupakan sistem kufur yang haram untuk diambil, diterapkan atau disebarluaskan.

●Adalah wajib secara syari’e bagi para ulama untuk menjelaskan bahawa campurtangan asing di tanah umat Islam adalah haram, tidak kira sama ada ia adalah campurtangan Amerika atau Eropah yang kononnya mendakwa bahawa mereka menyokong rakyat Syria, atau Rusia dan China yang secara terbuka memusuhi mereka (umat Islam). Kesemua negara ini sebenarnya bersatu di dalam permusuhan mereka terhadap Islam dan dalam memerangi Islam, cuma cara mereka sahaja yang berbeza.

●Adalah wajib secara syari’e bagi para ulama untuk menjelaskan bahawa campurtangan dari Majlis Keamanan PBB adalah haram, kerana undang-undang yang digunakan adalah undang-undang kufur dan objektif Majlis Keamanan adalah terikat dengan negara kuasa besar, khususnya Amerika.

Bersandarkan perkara-perkara di atas, jika para ulama ini ikhlas di dalam apa yang dilakukannya, mereka seharusnya mengisytiharkan bahawa kedudukan umat Islam di kesemua tanah umat Islam adalah sama, yakni sebagai satu kesatuan. Oleh yang demikian, penyelesaian secara syari’e untuk umat Islam juga adalah sama iaitu para pemerintah diktator yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, hendaklah dibuang dan diganti dengan sebuah Negara Islam (Khilafah) untuk keseluruhan umat Islam.

Wahai para ulama yang dihormati di kesemua negeri umat Islam!Sesungguhnya telah tiba masanya di mana kalian mesti bercakap benar, selepas sekian lama kalian berdiam diri dan kalian hendaklah berjuang untuk menegakkan Negara Khilafah yang telah dijanjikan, setelah sekian lama kalian hanya menunggu. Mungkin sahaja pusat Khilafah adalah di Syam, tanah yang diberkati oleh Allah. Rebutlah ganjaran kalian di masa yang amat sukar ini, di mana mungkin masa inilah yang akan menjadi penyebab kepada lahirnya Negara Khilafah. Allah SWT berfirman,

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”[TMQ an-Nur (24):55].

HizbutTahrir
Wilayah Syria
17RabiulAwal 1433
9 Februari 2012