Tayangan Perdana Filem “Jejak Khilafah di Nusantara” Terima Sambutan Hangat

Ratusan ribu penonton dilaporkan menyaksikan tayangan perdana filem dokumentari “Jejak Khilafah di Nusantara” (JKDN) yang disiarkan secara langsung oleh Khilafah Channel semalam. Tiket dokumentari yang julung-julung kali disiarkan secara online di dunia itu mendapat sambutan luar biasa daripada umat Islam di rantau ini semenjak ia mula dijual sehinggalah penayangannya pada pagi semalam.

“Dari pagi sudah ada 250,000 orang dalam premiere (tayangan perdana) ini,” ungkap hos tayangan dokumentari tersebut, Akhmad Adiasta pada Khamis (20/8/2020) secara online.

Beberapa orang tokoh pendakwah turut menyampaikan pesanan dan ucapan pembakar semangat buat umat Islam sebelum tayangan dokumentari dimulakan.

Dalam pada itu, hos juga mengambil peluang untuk menyampaikan pesanan agar para peserta yang menonton secara beramai-ramai di luar rumah agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi mencegah penularan virus SARS-CoV2 di saat pandemik COVID-19 sedang melanda dunia.

“Tetap pakai masker (pelitup muka), jaga jarak dan laksanakan semua protokol kesihatan,” ujar beliau.

Sementara itu, hashtag yang berkaitan dengan filem ini turut menjadi trending di media sosial, rentetan sambutan memberangsangkan daripada netizen sempena penayangan dokumentari tersebut.

#jejakkhilafahnusantara

#jejakkhilafah

#jejakkhilafahdinusantara

[Sumber: mediaumat.news Fatih Shalahudin (https://bit.ly/3hfiLMa)]