Tentera Umat Islam Perlu Ada Syakhsiah Islam Dalam Diri Mereka

altEnjin F-5E TUDM dijual kepada syarikat di Amerika Selatan
BAGAN DATOH 19 Dis. — Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.  Beliau berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.  “Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.  “Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini hari ini. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 19/12/09

Tentera Umat Islam Perlu Ada Syakhsiah Islam Dalam Diri Mereka

Apabila pemikiran sekular dan ideologi sekularisme menjadi asas dalam kehidupan seseorang maka inilah hasilnya – boleh wujud pihak yang sanggup melakukan  tindakan khianat yang boleh memdedahkan keselamatan umat Islam kepada musuhnya gara-gara sejumlah wang. Inilah akibatnya apabila negara tidak menjadikan Islam sebagai asasnya. Para pemimpin sekular hari ini tidak melihat persoalan Islam dan takwa sebagai asas untuk mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara. Begitu mudah peralatan tentera (TUDM) boleh terlepas ke luar negara kerana adanya kakitangan yang khianat kepada.

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Wahai Menteri Pertahanan! Sudah saatnya kamu kembali menerapkan Islam di dalam kehidupan umat ini termasuklah kepada para tentera yang kamu ketuai. Sudah sampai saatnya tentera-tentera umat Islam itu dibina untuk memiliki syahksiah Islam sebagaimana panglima-panglima perang Islam dahulu seperti Muhammad Al-Fatih, Tariq bin Ziyad, Khalid al-Waalid dan yang lainnya. Mereka inilah panglima-panglima Islam yang mengetuai tentera-tentera Islam yang sanggup mati kerana Islam. Umat Islam saat ini merindukan para tentera yang sanggup dan bersedia untuk berkorban jiwa dan hartanya demi menegakkan kekuasaan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Ansar di Madinah.

Wahai para tentera umat Islam! Sudah masanya kamu memberikan nusrah kepada para pejuang Islam yang berusaha untuk menegakkan Islam dengan tertegaknya kembali Khilafah. Rebutlah peluang ini wahai para tentera umat Islam. ”dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”. [TMQ At Taubah (9) : 100].