Tentera Zionis Yang Pengecut!
BAITULMAQDIS: Pesawat Israel menyerang sebuah skuad roket Palestin di Semenanjung Gaza semalam ketika satu sistem pertahanan baru bagi melindungi selatan Israel daripada roket militan bersedia untuk dilancarkan secara online selepas beberapa tahun dibangunkan.
Dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan terbabit dan seorang lagi parah, kata kumpulan tentera yang tidak menyebut sama ada mereka dalam proses melancarkan roket. Militan Gaza termasuk Jihad Islam dan pemerintah Hamas berkata, mereka akan menguatkuasakan gencatan senjata jika Israel berbuat demikian.
Serangan mortar dan roket yang berterusan selama beberapa minggu menimbulkan kebimbangan tercetus semula perang dan membawa gesaan baru di Israel supaya tentera menggunakan sistem antiroket Iron Dome bernilai AS$200 juta (RM700 juta).
Tentera Israel berkata, sistem terbabit akan memulakan operasi hari ini berhampiran Beersheba, selatan Israel. Satu bateri kedua anti peluru berpandu akan digunakan di satu lagi bandaraya besar di selatan, Ashdod, kata tentera tanpa memberikan tarikh. – AP
Sumber : Berita Harian Online, 28/03/2011
Tentera Zionis Yang Pengecut!
Tentera Zionis memang terkenal dengan sifat pengecutnya! Malahan, sudah banyak kali kita didedahkan kepada fakta yang menyokong pernyataan ini. Mereka ini memang terkenal dengan sifat takut berperang, hinggakan semua kelengkapan perang seboleh-bolehnya akan meminimumkan tenteranya berada di barisan hadapan, mahupun menjejak kaki di medan tempur. Peralatan seperti sistem pertahanan anti-roket yang boleh diaktifkan secara online ini merupakan salah satu buktinya. Malahan Israel sanggup membelanjakan ratusan juta dolar untuk mempertingkatkan sistem antiroket mereka yang akan digunakan hanya untuk menangkis roket para mujahideen yang rendah teknologinya. Ini hanya sebahagian daripada bukti akan lemahnya moral serta semangat juang tentera Israel jika dibandingkan dengan para mujahidin yang rindukan syahid seperti yang dijanjikan Allah.
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya” [TMQ Al Baqarah : 154].
Dari satu aspek yang lain pula, pemerintah kaum Muslimin sekarang sanggup membiarkan umat Islam di Palestin di ratah oleh tentera Zionis ini dan membiarkan mereka berseorangan berhadapan dengan entiti haram Israel ini. Mereka tidak memandang isu Palestin ini sebagai isu sejagat umat Islam yang perlu diselesaikan, tetapi hanya memandang isu ini sebagai masalah rakyat Palestin ataupun sesetengahnya hanya memandang ia adalah masalah bangsa Arab yang tiada kaitannya dengan umat Islam yang lain. Inilah kesan daripada bius nasionalisme yang telah ditanamkan oleh penjajah ke dalam jiwa setiap pemimpin di setiap negara bangsa yang mereka wujudkan. Sikap pemimpin kaum Muslimin yang sanggup bersekongkol dengan Barat dalam mempertahankan Zionis ini pastinya akan mengundang azab Allah di akhirat kelak. Sesungguhnya, kita mendambakan seorang pemimpin yang tidak akan membiarkan umat Islam di Palestin keseorangan, dan akan membebaskan bumi para anbia’ ini daripada cengkaman Zionis. Dengan Khilafah yang akan segera bangkit nanti, Sang Khalifah akan segera menyeru jihad untuk melenyapkan negara Israel dari peta dunia. Sesungguhnya pertolongan Allah itu semakin dekat!