Tragedi Tremseh Hina Penguasa Dunia

Pembunuhan beramai- ramai  di Tremseh adalah bukti kehinaan pemimpin- pemimpin dunia, terutamanya pemimpin dunia Islam.

Beberapa ketika sebelum usul dibentangkan oleh Majlis Keselamatan PBB untuk memberi tempoh selama 10 hari bagi menghentikan segala pembunuhan, rejim Syria seolah-olah mengambil peluang itu dengan sekali lagi meneruskan serangannya ke atas orang awam yang tidak bersenjata dengan memusnahkan bandar-bandar serta kampung-kampung. Kawasan yang menjadi sasaran telah dihujani dengan pelbagai jenis peluru dan bom. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera-tentera Bashar al-Assad ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka masih berkuasa di sana.

Salah satu serangan daripada pelbagai bentuk siri pembunuhan beramai- ramai telah dilakukan itu adalah pembunuhan lebih daripada 230 kaum wanita, ibu-ibu, kanak- kanak dan orang- orang tua yang tidak bersenjata dan tidak berdaya di kampung Tremseh, bersebelahan dengan Hama. Setelah para tentera mengepung kampung ini pada awal pagi Khamis, 12 Julai yang lalu, mereka mula melancarkan serangan dengan menembak mortar dan pelancar roket di rumah-rumah kediaman. Setelah itu, mereka melepaskan ‘anjing-anjing gila’ mereka iaitu satu unit yang dikenali sebagai Shabiha, untuk membunuh dan menyembelih dengan pisau siapa sahaja yang mereka temui masih hidup. Kemudian mereka membawa keseluruhan ahli keluarga yang cuba untuk melarikan diri daripada ancaman maut sebagaimana yang telah diluahkan oleh Bashar Assad semasa ucapannya pada 23/06/2012 lepas, dikumpulkan semuanya untuk dibunuh. Semasa ucapannya itu, beliau telah menegaskan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan haruslah dilakukan dengan satu tujuan, iaitu untuk memenangi peperangan yang sedang beliau hadapi. Inilah realiti seorang presiden, yang rakyat Syria pada satu ketika dahulu mengharapkan kebaikan daripadanya dan mereka berdiam diri dengan kekuasaannya sebelum ini sehinggalah sekarang, lihatlah apa yang telah sedang dilakukan terhadap rakyatnya yang selama ini hanya berdiam diri tentang kekuasaannya, mereka pula menjadi mangsa dan diperlakukan dengan penuh kejam. Inilah kekejaman yang ditunjukkan oleh Bashar sambil disaksikan oleh seluruh dunia dan apakah tindakan pemimpin umat Islam yang lain? Tiada apa yang boleh dibanggakan, apa yang dilihat hanya satu kehinaan di wajah mereka.

Adalah amat memalukan apabila sebahagian daripada mereka  meminta pertolongan daripada kuasa luar yang telah menguatkannya (Bashar) dan memberinya peluang di dalam kehidupan. Amerika sebagai negara  yang telah memberi kekuasaan Syria kepada ayah dan anak keluarga Al Assad, masih menyokong kuat di sebelahnya dan memberikannya talian hayat. Malahan mereka (Amerika) masih memberikan kebebasan kepadanya untuk bertindak ganas untuk menumpahkan darah suci anak-anak kaum muslimin Syria yang berjuang untuk menyingkirkannya daripada kekuasaannya yang pada masa ini sangat hampir untuk melakukannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Di dalam konflik ini, sama ada Amerika mahupun pesaingnya di Eropah, kedua-duanya tidak mampu untuk mencari alternatif  di kem pembangkang untuk menguasai konflik di Syria. Ini adalah kerana, para pembangkang yang menggerakkan usaha ini pada awalnya bermula dan bergerak cepat untuk mencabut rejim yang sudah tidak berfungsi. Mereka amat cepat di dalam setiap pergerakan  sehingga mengejutkan kuffar baik di Timur mahupun yang di Barat dari tidur mereka yang lena. Para pejuang daripada kelompok pembangkang pada ketika ini tidak mendapat apa-apa pertolongan daripada mana-mana pihak samada Amerika mahupun pesaingnya, Eropah. Para pejuang hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT semata-mata dan semoga mereka dapat meraih kemenangan yang sebenar. Para pemimpin dunia umat Islam yang lain pula hanya melihat dan memerhatikan mereka berjuang dan dibunuh, sungguh keji bagi mereka yang sekadar melakukan hal sedemikian.

Maka disebabkan itulah, pilihan yang ada pada Amerika adalah dengan membiarkan  Rusia dan sekutunya berdiri bersama dengan pembunuh, Bashar dan rejimnya secara terang- terangan. Sementara Eropah, yang telah lumpuh, berdiri secara terbuka menentangnya melalui ayat-ayat kosong yang tidak memberi apa- apa makna. Tetapi secara rahsia mereka masih lagi bersama Bashar mengharapkan sisa-sisa manfaat umpama anjing kurap yang mengharap sisa makanan daripada singa yang sedang membaham, dan dengan itu mereka masih memberi lampu hijau untuknya menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa. Pendirian pentadbiran Obama dalam mempertahankan lawatan kapal pemusnah Russia dan kapal perang yang lain ke pelabuhan Tartous sebagai suatu lawatan yang rutin dan normal adalah suatu yang jelas-jelas menjadi bukti dan asas kepada pandangan-pandangan di atas. Inilah wajah sebenar pembunuh dan inilah pengaruh yang perlu di hapus bersih daripada bumi Sham kelak apabila kemenangan Islam tiba. Bumi Sham adalah wilayah yang penuh bersejarah tetapi pada ketika ini sedang bermandikan darah para syuhada, akan dihapus bersih suatu masa nanti agar dengan itu musuh-musuh Allah ini nanti tidak akan berani untuk bermimpi lagi untuk kembali sama ada melalui agennya yang bermuka kacak, yang mana Amerika masih menunggunya sebagai alternatif, untuk mengekalkan sistem demokrasi sekular barat untuk mengekalkan pengaruh dan kepentingannya.

Tiang-tiang pendokong rejim penjenayah yang hampir muflis ini sedang terbakar dan elemen- elemen talian hayatnya sedang runtuh. Ianya setelah berlakunya perpecahan kalangan para pegawai tinggi angkatan tentera serta ahli diplomatik, dan setelah dua kawasan kubu kuatnya iaitu Damsyik dan Aleppo telah berjaya dimasuki para pejuang. Aleppo telah bangkit dengan segenap tenaganya untuk mengisytiharkan ketidaktaatannya. Sementara Damsyik telah bangkit untuk berperang dan peluru mortar mula jatuh dan meletup tidak jauh daripada bilik tidur Al Assad. Walaupun pada ketika ini Bashar masih mampu bertahan, hakikatnya Damsyik dan Aleppo telah pun berjaya dimasuki para pejuang. Setelah kegagalannya untuk mengekang revolusi Syam yang mulia ini, dimana ia telah secara jelas ditunjukkan melalui kebangkitan kalangan  ahli perniagaan yang dia rasakan sebelumnya mereka itu adalah sebahagian daripada golongan yang taat, maka si penakut itu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan dia telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai ke atas rakyat yang tidak bersenjata dan tidak memiliki kuasa mahupun kekuatan.

Sesungguhnya kekejaman melampau yang dilakukan oleh rejim Bashar Al Assad ini adalah suatu manifestasi betapa ketakutan telah menyelubunginya daripada segenap segi. Tidur dan jaganya sedang dihantui kehancuran diri dan kekuasaan yang sebelumnya dia bukanlah orang yang layak untuk menyandangnya. Dengan izin Allah, para pejuang akan berjaya. Allah Maha Melihat dan Mendengar segalanya dan Dia akan membantu mereka meskipun jika ia setelah beberapa daripada ini ketika sebagaimana Dia lakukanNya kepada Nabi Musa AS. Musa AS dan kaumnya bersabar terhadap kezaliman dan tekanan daripada Firaun dan tentera-tenteranya dan mereka berlari melalui jalan yang panjang tanpa mengeluh sehingga Allah menyelamatkan mereka dan menenggelamkan Firaun dan seluruh kekuasaannya. Allah akan menyelamatkan kamu wahai para pejuang sekalian sebagaimana setelah kamu bersabar atas semua kesengsaraan dan keperitan di dalam perjuangan ini.

Firman Allah:

“Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang merwarisi (bumi).
”[TMQ Al Qasas (28) : 5 ]

 Rujukan :

1.    Surat  daripada Hisham Al-Baba, Ketua Pejabat Media Hizbut Tahrir Syria bertarikh 13/7/2012

2.    www. aljazeera.com