Ucapan Tahniah dari Amir Hizbut Tahrir, Al-‘Alim Al-Jalil Atha’ Bin Khalil Abu ar-Rashtah, Sempena Idul Fitri 1447H bersamaan 2026 M

Ucapan Tahniah dari Amir Hizbut Tahrir, Al-‘Alim Al-Jalil Atha’ Bin Khalil Abu ar-Rashtah, Sempena Idul Fitri 1447H bersamaan 2026 M

(Terjemahan)

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga baginda, para Sahabat baginda dan siapa sahaja yang mengikuti baginda. Amma ba‘du:

Kepada umat Islam, sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia:

﴿كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ﴾

“Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kalian menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah” [Ali Imran (3): 110].

Kepada para pemikul dakwah yang bersih dan bertakwa — “dan kami tidak mensucikan siapa pun di sisi Allah” — yang baik ucapannya dalam menyeru kepada Allah (swt) dan melakukan amal soleh; maka Allah (swt) memuji mereka yang bersifat demikian:

﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين﴾

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang menyerah diri (kepada Allah)” [Fussilat (41): 33].

Kepada para pengunjung laman ini yang mulia, yang mengunjunginya dengan kebenaran dan kejujuran, serta berusaha mencari kebaikan yang dibawanya — semoga Allah (swt) membalas mereka dengan kebaikan.

Saya mengucapkan tahniah kepada kalian sempena Idul Fitri yang diberkati…Semoga Allah (swt) menerima siyam (puasa) dan qiyam (solat malam) kalian, serta mengurniakan kalian ganjaran yang baik, kerana Dia Maha Memiliki kurnia yang agung.

Wahai saudara-saudara yang dimuliakan! Idul Fitri ini datang dalam keadaan umat Islam yang tidak menceriakan kawan dan tidak pula menakutkan musuh! Malah, si diktator Trump dan anak didiknya Netanyahu sejak 28/2/2026 melancarkan serangan ganas ke atas Iran dan juga Lubnan…mereka melakukan kemusnahan, pengeboman dan pembunuhan…sebagaimana yang mereka telah lakukan dan terus lakukan di Gaza dan seluruh Palestin.

Walaupun pencerobohan ini terus-menerus berlaku, namun Trump berjaya mencegah para penguasa Muslim yang mengelilingi pihak yang diserang daripada mengambil sebarang tindakan yang berkesan terhadap pencerobohan ini; sebaliknya para penguasa ini hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku tanpa bergerak! Seolah-olah mereka berkecuali, atau sebenarnya lebih akrab dengan Trump dan Yahudi!!

Sesungguhnya kezaliman para penguasa di negeri-negeri umat Islam semakin meningkat, dan kesetiaan mereka kepada kafir penjajah khususnya Amerika semakin bertambah…dengan sangkaan bahawa kesetiaan ini akan mengekalkan mereka di kerusi kekuasaan mereka yang bengkok! Mereka tidak menyedari bahawa kesetiaan ini adalah jenayah besar yang akan mewariskan kehinaan dan kerendahan kepada mereka di dunia serta azab yang pedih di akhirat:

﴿سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِنْدَ اللَّهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُون﴾

“Orang-orang yang berdosa itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan azab yang keras disebabkan apa yang mereka rancang” [Al-An’am (8): 124].

Mereka lupa atau buat-buat lupa bahawa apabila perkhidmatan mereka kepada Amerika berakhir, maka Amerika akan mencampakkan mereka seperti biji kurma…Apa yang berlaku kepada para pendahulu mereka sebelum ini sudah cukup menjadi bukti kepada mereka yang berakal.

Sesungguhnya kesetiaan para pemerintah ini kepada kafir penjajah telah sampai ke tahap apabila salah satu negara mereka diserang, yang lain tidak akan bergerak untuk membantunya. Orang yang terbaik dalam kalangan mereka ialah yang mengira jumlah mangsa yang terkorban dan tercedera! Ini bukanlah posisi umat Islam. Posisi umat Islam ialah sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah (saw) dalam hadis riwayat Muslim (12/468), dari Nu’man bin Bashir yang berkata, bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

»مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى«

“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam kecintaan, kasih sayang dan tolong-menolong sesama mereka adalah seperti satu tubuh; apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasainya dengan berjaga malam dan demam.”

Namun, umat ini telah kehilangan Khilafah yang memerintahnya dengan apa yang diturunkan Allah (swt), berjihad dengannya melawan musuh-musuh Allah (swt), dan mengembalikannya dengan benar sebagai satu tubuh — jika satu anggota mengadu sakit, seluruh tubuh turut merasainya.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kemuliaan kalian adalah dengan kembalinya negara kalian – Khilafah Rasyidah – dan Hizbut Tahrir sebagai pelopor yang tidak menipu ahlinya telah mengabdikan dirinya untuk berjuang secara serius dan ikhlas, dengan izin Allah (swt), untuk mengembalikan kehidupan Islam melalui penegakan Khilafah Rasyidah.

Hizbut Tahrir benar-benar pelopor yang tidak menipu ahlinya; ia adalah parti yang bersih dalam kebaikannya, dan dijauhi oleh mereka yang tidak layak dengan kebaikannya…Beginilah kami melihat parti ini, dan melihat para pemudanya yang berjuang bersamanya – bersungguh-sungguh, rajin, ikhlas dalam amal, mengharapkan akhirat lebih daripada dunia, bekerja siang dan malam, mengharapkan rahmat Allah (swt) agar janji-Nya dan berita gembira Rasul-Nya (saw) terwujud melalui tangan-tangan mereka – dan sesungguhnya hal itu tidaklah sukar bagi Allah (swt).

Inilah (Khilafah) yang akan menyelamatkan umat dan mengembalikan kemuliaannya, menambah kekuatannya, serta membuatkan musuh-musuhnya berfikir seribu kali sebelum menyerangnya. Dengan kembalinya Khilafah, bumi akan bersinar dengan kebaikan dan keadilannya. Sebagaimana Khilafah dahulu menamatkan keangkuhan Kaisar dan Kisra, demikian juga Khilafah yang akan datang ini akan menamatkan keangkuhan pengikut mereka seperti si diktator Trump dan orang-orang yang sepertinya dari kalangan kafir penjajah.

Adapun entiti Yahudi, ia terlalu hina untuk diberi apa-apa nilai. Kedudukannya sebagaimana firman Allah (swt):

﴿لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ﴾

“Mereka tidak akan memudaratkan kalian kecuali sedikit gangguan, dan jika mereka memerangi kalian, mereka akan berpaling melarikan diri (kalah), kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan” [Ali Imran (3): 111].

Entiti Yahudi tidak mampu pun untuk berdiri sendiri, dan bukanlah ahli perang, melainkan jika dibantu oleh orang lain, sebagaimana firman Allah (swt):

﴿ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ﴾

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia” [Ali Imran (3): 112].

Mereka telah memutuskan tali dengan Allah dan yang tinggal hanyalah tali dengan manusia iaitu (tali) Amerika dan Eropah serta para agen mereka dari kalangan penguasa khianat di negeri-negeri umat Islam – yang terus berdiam diri terhadap pencerobohan ganas oleh kaum Yahudi…Jika tidak kerana pengkhianatan mereka, sudah lama entiti Yahudi ini berakhir dan lenyap tanpa jejak.

Justeru, masalahnya terdapat pada negeri-negeri-negeri umat Islam hari ini — para penguasanya taat kepada kafir penjajah, musuh Islam dan musuh umat Islam…Musibah umat Islam terletak pada para penguasa mereka; Mereka taat kepada kafir penjajah, tunduk kepada perintah dan larangan kafir penjajah, bukannya taat kepada Allah (swt), menegakkan hukum-Nya, berjihad di jalan-Nya dan mencontohi Rasul-Nya (saw), sehingga Islam dan umat Islam menjadi mulia dan kekufuran serta orang-orang kafir menjadi hina:

﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ﴾

“Dan pada hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang beriman dengan pertolongan Allah; Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [Ar-Rum (30): 4-5]

Sebagai kesimpulan wahai saudara-saudara sekalian, kita kembali kepada apa yang saya sebut di permulaan…Saya mengucapkan tahniah kepada kalian sempena Idul Fitri, memohon kepada Allah (swt) agar kita telah menunaikan siyam dan qiyam di bulan yang mulia dengan cara yang diredhai-Nya dan Rasul-Nya (saw)…Saya juga memohon kepada-Nya agar Idul Fitri ini menjadi pintu kebaikan, keberkatan dan kemuliaan bagi Islam dan umatnya:

﴿وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُون﴾

“Dan Allah berkuasa atas urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” [Yusuf (12): 21]

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudaramu,

Atha’ bin Khalil Abu ar-Rashtah

1 Syawal 1447 H

bersamaan 19 Mac 2026 M

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/108495.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/archives/ameer-webpage-on-cmo/29326.html