Ucapan Amir Hizbut Tahrir, Ulama Terkemuka, Atha’ Bin Khalil Abu ar-Rashtah kepada Pengunjung Lamannya Sempena Idul Fitri yang Diberkati 1445 H Bersamaan 2024 M

(Terjemahan)

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam (semoga tercurah) ke atas Rasulullah, keluarga dan sahabat baginda, dan orang-orang yang mengikuti baginda.

Kepada umat Islam, umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia:

﴿كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” [Ali-Imran (3): 110].

Kepada para pengembang dakwah yang suci hati dan bertakwa, “Dan kami tidak memuji sesiapa pun di hadapan Allah,” yang selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal yang soleh. Allah (swt) telah memuji mereka yang memiliki sifat-sifat ini.

﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” [Fussilat (41): 33].

Kepada pengunjung laman yang dihormati, yang mengunjunginya dengan tulus dan ikhlas, dan yang mencari kebaikan yang terkandung di dalamnya, semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan.

Saya mengucapkan selamat menyambut Idul Fitri yang penuh barakah…dan semoga Allah (swt) menerima segala ketaatan kalian (kepada-Nya). Sesungguhnya Allah (swt) memelihara orang-orang yang soleh.

Saudara dan saudari yang dihormati:

Hari raya tiba dengan entiti-jenayah Yahudi melakukan kekejaman terhadap manusia, pepohonan dan bebatuan di Gaza dan di seluruh Palestin. Ia melakukannya dengan dukungan Amerika, yang membekalkannya dengan segala jenis bom, peluru berpandu dan pesawat-pesawat. Sesungguhnya tidak pelik apabila entiti Yahudi, dengan dukungan Amerika melakukan semua itu, kerana mereka adalah musuh Islam dan musuh kaum Muslimin, tetapi apa yang pelik ialah apabila tidak ada seorang pun penguasa di negeri kaum Muslimin, terutama di sekitar Palestin, yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan tentera untuk membantu Gaza, penduduknya, al-Aqsa dan sekitarnya, serta mencabut entiti Yahudi daripada akarnya, dan kemudian mengembalikan seluruh Palestin kepada warganya. Bukankah orang yang menduduki negeri umat Islam dan mengusir penduduknya daripadanya, layak diperangi oleh tentera Muslim dan diusir daripadanya sebagaimana mereka mengusir penduduknya?

﴿وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ

“Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat di mana mereka telah mengusir kamu” [Al-Baqarah (2): 191].

Bagaimana mungkin para penguasa tersebut tidak sedar akan hal ini?! Kebinasaan menimpa mereka, kerana ketaatan mereka dicurahkan kepada kafir penjajah, terutama Amerika. Para penguasa ini tidak menolak apa jua arahan Amerika, demi mengekalkan kerusi (kekuasaan) mereka yang bengkok.

﴿قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai berpaling (dari kebenaran)?” [Al-Munafiqun (63): 4].

Saudara dan saudari sekalian:

Sesungguhnya perang ini telah mendedahkan dua hal penting:

Pertama: Kelemahan dan kehinaan kaum Yahudi, sebagaimana yang telah disebut oleh Allah (swt) di dalam Kitab-Nya:

﴿ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia” [Ali-Imran (3): 112].

Mereka telah memutuskan tali Allah selepas (kewafatan) Nabi-nabi mereka, dan tidak ada lagi yang tinggal buat mereka kecuali tali manusia, tali Amerika dan pengikut-pengikutnya. Kaum seperti ini bukanlah kaum yang layak untuk menang dalam pertarungan. Sudah lebih enam bulan berlalu sejak serangan kejam mereka terhadap penduduk Gaza, tanpa mereka mencapai matlamat mereka, walaupun mereka memerangi kumpulan yang jauh lebih kecil dari segi bilangan dan peralatan.

Kedua: Pengkhianatan para penguasa negeri-negeri umat Islam. Para penguasa ini hanya sekadar memerhati apa yang berlaku. Orang yang terbaik dalam kalangan mereka ialah orang yang menghitung jumlah yang syahid dan yang terluka. Mereka tidak menggerakkan tentera untuk membantu Gaza dan penduduknya, seolah-olah perkara itu tidak ada kena mengena dengan mereka! Atau seolah-olah mereka adalah pihak yang berkecuali, atau lebih dekat dengan musuh.

﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

“Mereka pekak, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)” [Al-Baqarah (2): 18].

Kedua-dua hal ini seharusnya mendorong orang-orang yang ikhlas dan berkuasa dalam kalangan tentera Muslim untuk mengisytiharkan mobilisasi umum demi menunaikan kewajipan kepada Allah dalam memerangi Yahudi yang menduduki Palestin.

﴿وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ

“Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (juga), sebagaimana kamu menderitanya, sedangkan kamu mengharap daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan” [An-Nisa’ (4): 104].

Oleh itu, kalian (wajib) menyingkirkan entiti mereka, kerana mereka itu tidak bernilai pun di sisi Allah (swt) berbanding tercapainya kemenangan dalam pertarungan, dan seterusnya janji Allah akan pasti terlaksana.

﴿فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai” [Al-Isra’ (17): 7].

Oleh itu, bersegeralah untuk mendukung saudara-saudara kalian di Gaza, dan jika rejim-rejim zalim di negeri-negeri kaum Muslimin menghalang kalian, maka singkirkanlah mereka dengan segala cara…dan gantikannya dengan pemerintahan yang berhukum dengan hukum Allah, al-Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, sebagai penyempurnaan khabar gembira dari Rasulullah (saw):

«ثمَّ تكون ملكا جبرية ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ، ثُمَّ سَكَتَ»

“Kemudian akan ada pemerintahan yang zalim (ملكًا جبرية) selama yang Allah kehendaki, kemudian Dia akan mencabutnya apabila Dia menghendaki, dan kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian. Kemudian baginda (saw) diam” [Musnad Imam Ahmad].

Seterusnya Khalifah, para Mu’awin (pembantu)nya dan tentera kaum Muslimin, dari pangkat tertinggi hingga yang terendah, akan bergerak meraih kemenangan demi kemenangan sambil melaungkan “Allahu Akbar” yang akan disahut oleh umat Islam, dengan kekuatan pertolongan Tuhan mereka dan kebanggaan terhadap agama mereka, yang dengan itu, tidak akan ada lagi musuh yang berani mendirikan sebuah entiti di wilayah Islam.

﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللهِ

“Dan pada hari itu orang-orang yang beriman akan bergembira * dengan pertolongan daripada Allah” [Ar-Rum (30): 4-5].

Sebagai penutup, saudara dan saudari sekalian, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, dengan memohon kepada Allah (swt) agar puasa dan qiyam yang telah kita jalani pada bulan yang penuh kemuliaan, diredhai oleh Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw). Saya juga memohon kepada Allah (swt) agar Idul Fitri ini menjadi permulaan kepada kebaikan, keberkatan dan kemuliaan buat Islam dan umatnya.

﴿وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” [Yusuf: 21].

Wassalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Saudaramu,

Atha’ Bin Khalil Abu ar-Rashtah

1 Syawal 1445 H

10/4/2024 M