Ucapan Tahniah daripada Amir Hizbut Tahrir, Ulama yang Tersohor, Atha’ Bin Khalil Abu ar-Rashtah, kepada para Pengunjung Laman Beliau sempena Kedatangan Bulan Ramadan al-Mubarak 1447 H bersamaan 2026 M

بسم الله الرحمن الرحيم

Ucapan Tahniah daripada Amir Hizbut Tahrir, Ulama yang Tersohor, Atha’ Bin Khalil Abu ar-Rashtah, kepada para Pengunjung Laman Beliau sempena Kedatangan Bulan Ramadan al-Mubarak 1447 H bersamaan 2026 M

[Terjemahan]

Kepada sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk umat manusia…Umat Islam yang telah dimuliakan oleh Allah (swt) dengan ketaatan kepada-Nya…

Kepada para pemikul dakwah yang mulia, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan mahupun jual beli daripada mengingati Allah; Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana…

Kepada para pengunjung laman yang mulia, yang mengunjunginya demi kebaikan yang dibawanya..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah (saw), keluarga baginda, para sahabat baginda, dan siapa sahaja yang mengikuti baginda.

Saya memohon kepada Yang Maha Kuasa agar Dia menerima ibadah puasa dan qiyam umat Islam, dan semoga Allah (swt) mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu, sebagaimana sabda Rasulullah (saw) yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah (ra) yang berkata: Rasulullah (saw) bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا،غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Siapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”

dan dalam riwayat lain daripada Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang mendirikan qiyam (solat sunat malam) di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

Saudara dan saudari yang dihormati, pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijrah, Allah (swt) telah mewajibkan puasa pada bulan Ramadan. Ramadan merupakan bulan di mana Allah (swt) menurunkan al-Quran:

﴿شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ﴾

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)” [Al-Baqarah (2): 185].

Ramadan juga merupakan bulan di mana Allah memuliakan umat ini dengan kemenangan-kemenangan dan pembukaan-pembukaan (futuhat) yang gemilang. Sebagaimana Perang Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadan apabila golongan Musyrikin Mekah ditewaskan sepenuhnya…Kemudian terdapat peperangan-peperangan penentu yang lain pada bulan yang penuh berkat ini, bermula dengan Pembukaan Kota Mekah pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah, sehinggalah kepada Perang al-Buwaib (kini berhampiran bandar Kufah) yang merupakan ‘Yarmuk Parsi’ apabila umat Islam beroleh kemenangan di bawah pimpinan al-Mutsanna pada 12 Ramadan tahun ke-13 H, kemudian diikuti dengan Pembukaan Amuriyah yang dipimpin oleh al-Mu’tasim pada 17 Ramadan tahun 223 H, dan Perang Ain Jalut apabila umat Islam menewaskan tentera Tatar pada 25 Ramadan tahun 658 H, sehinggalah kepada kemenangan-kemenangan yang lain pada bulan yang mulia ini.

Demikianlah, puasa disertai dengan al-Quran al-Karim yang tidak didatangi oleh kebatilan dari depan mahu pun belakangnya…Puasa disertai dengan penaklukan dan kemenangan…Puasa disertai dengan jihad…Puasa disertai dengan penerapan hukum-hukum Allah…

Setiap orang yang memiliki mata dan penglihatan mengetahui bahawa hukum-hukum Allah (swt) tidak pernah terpisah antara satu sama lain, baik ibadah, jihad, muamalah, akhlak dan perilaku, ataupun hudud dan jinayat…Semuanya dari sumber yang sama. Siapa saja yang mentadabbur ayat-ayat al-Quran al-Karim dan nas-nas hadis yang mulia, nescaya dia akan mendapati hal itu dengan sangat jelas.

Justeru, Islam adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisah-pisahkan, dan seruan kepadanya adalah seruan agar ia diterapkan secara kaffah (menyeluruh) di dalam negara, kehidupan, dan masyarakat. Maka, sesiapa yang memisahkan antara ayat-ayat Allah (swt), dan menyeru kepada pemisahan ad-Deen (agama) daripada kehidupan, atau pemisahan ad-Deen daripada politik, dia telah melakukan satu dosa dan jenayah besar yang akan menjerumuskan manusia itu ke lembah kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat kelak.

Wahai kaum Muslimin! Saya mengingatkan anda tentang semua ini pada hari-hari di mana pencerobohan kejam tentera Yahudi ke atas Tebing Barat, selain Gaza, masih berterusan, seterusnya pencerobohan Yahudi merebak pula ke Lubnan dan Syria…di mana mereka berkeliaran bebas di negara-negara umat Islam tanpa menghadapi sebarang tentangan yang hakiki. Para penguasa Muslim sepatutnya mengerahkan bala tentera umat Islam untuk memerangi entiti Yahudi, mengusir penaja di belakang mereka, dan membebaskan Tanah Suci…namun sebaliknya, kita melihat para penguasa ini menandatangani perjanjian demi perjanjian dengannya, malah si zalim Trump mengumpulkan mereka semata-mata untuk menghina mereka, tanpa mereka ada rasa malu sedikit pun kepada Allah, Rasul-Nya, atau kepada orang-orang yang beriman!

Wahai kaum Muslimin! Sungguh, perang dan pembunuhan ke atas kaum Yahudi dan pelenyapan entiti mereka pasti tiba di bawah kepemimpinan seorang Khalifah yang berpetunjuk, dan seorang mujahid, setelah (berakhirnya) kekuasaan diktator dan para penguasa-agen ini. Khabar gembira Rasulullah (saw) tidak akan tertunda waktunya dengan izin Allah (swt) sebagai merealisasikan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada hadis Rasulullah (saw):

ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ. ثُمَّ سَكَتَ

“Kemudian akan ada kekuasaan diktator dan akan tetap ada selagi Dia menghendakinya. Kemudian Dia akan mengangkatnya jika berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian”, kemudian baginda diam”.

Dan juga sebagai membenarkan hadis Rasulullah (saw) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ

“Kalian pasti akan memerangi Yahudi dan kalian pasti akan membunuh mereka…”

Kesimpulannya, sebagaimana kita mesti bersungguh-sungguh dalam ibadah puasa agar Allah (swt) redha kepada kita dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu, kita juga wajib bersungguh-sungguh berusaha untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah Rasyidah.

Dengan itu, kita akan masuk dalam golongan mereka yang beroleh kemenangan di dunia ini dengan tertegaknya hukum-hukum Allah, bernaung di bawah panji Rasulullah (saw), panji al-Uqab, iaitu panji La ilaha illallah Muhammad Rasulullah, dan begitu juga masuk dalam golongan yang menang di akhirat kelak, insya-Allah – iaitu golongan yang memohon perlindungan di bawah naungan-Nya pada hari di mana tiada naungan melainkan naungan-Nya, agar kita meraih kejayaan di kedua-dua alam. Sesungguhnya itulah kejayaan yang sangat agung.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudaramu,

Atha; Bin Khalil Abu ar-Rashtah

1 Ramadan 1447 H bersamaan 18/02/2026 M

 

Sumber:

https://www.facebook.com/AtaAboAlrashtah/posts/122123434461129051

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=122123440539129051&id=61583871555976&mibextid=wwXIfr&rdid=yHUphcaX400IyUT3#

#أمير_حزب_التحرير

(#Amir_Hizbut_Tahrir)