Wahai Mereka yang Berkuasa! Tutup Segera Kilang Arak Sebelum Kain Kafan Menutupi Kalian
![]()
Kenyataan Media
Wahai Mereka yang Berkuasa! Tutup Segera Kilang Arak Sebelum Kain Kafan Menutupi Kalian
Untuk ke sekian kalinya satu lagi nyawa yang tak berdosa melayang disebabkan oleh pemandu mabuk. Kemalangan kali ini memang menyayat hati kerana video dari dashcam memaparkan mangsa, seorang penunggang motosikal, terpelanting dan berpusing beberapa kali di udara sebelum jatuh ke atas sebuah kereta, lalu meninggal serta-merta. Semuanya gara-gara seorang pemandu mabuk yang memandu dengan laju dan merempuh mangsa secara berhadapan ketika memotong beberapa buah kenderaan. Sudah ratusan kejadian seumpama ini berlaku, dan mungkin sahaja ribuan jika termasuk yang tidak dilaporkan, namun malangnya sehingga kini kerajaan tidak pernah melihat hal ini secara serius, apa lagi untuk menyelesaikannya secara tuntas!
Arak masih sahaja boleh dibeli secara terbuka di kedai-kedai serbaneka serta pusat-pusat hiburan. Kilang-kilang arak masih berdiri kukuh, dengan lesen yang sentiasa diperbaharui oleh pihak kerajaan. Apabila ada suara-suara yang menentang agar menutup kilang-kilang arak dan menghentikan penjualannya secara terbuka, maka ahli-ahli politik kerajaan menyatakan bahawa meminum arak itu merupakan hak non-Muslim yang tidak boleh disekat kerana Malaysia bermasyarakat majmuk. Lebih buruk dari itu, terdapat Mufti yang mempertahankan kilang-kilang arak atas alasan para pekerja kilang tersebut tidak ada mata pencarian jika ia ditutup. Di atas semua ini, kerajaan telah lama mengaut keuntungan yang tinggi dari hasil cukai atas perniagaan arak, dan terdapat pihak-pihak yang kelihatannya kebal undang-undang yang berada di sebalik kilang-kilang arak ini, yang tidak membenarkannya ditutup.
Semua fakta ini menjadikannya hampir mustahil untuk pihak kerajaan menutup kilang-kilang arak mahu pun menghentikan penjualannya secara terbuka. Hatta di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini yang mengaku sebagai kerajaan Melayu-Islam pun, kilang arak dan penjualan arak tetap sahaja berjalan seperti biasa, padahal sebelum berkuasa, mereka begitu lantang menentangnya. Justeru, track record berbicara bahawa selama Malaysia diperintah oleh parti-parti di bawah demokrasi, ditambah dengan sifat semulajadi sistem demokrasi yang memang menghalalkan semua itu, arak akan terus merosakkan negara ini.
Sesungguhnya kewujudan kilang-kilang arak dan penjualan arak secara terbuka inilah yang menyebabkan kewujudan pemandu-pemandu mabuk yang menjadi “pembunuh” di jalan raya. Tidak syak dan tidak ragu bahawa “pembunuh” tersebut sememangnya bersalah apabila menyebabkan kecederaan, kematian atau kemusnahan harta benda akibat pengaruh minuman syaitan itu. Namun, di atas semua itu, tindakan kerajaan yang mengeluarkan lesen untuk kilang-kilang arak beroperasi mahupun lesen untuk penjualan arak secara terbuka, sesungguhnya lebih besar lagi kesalahannya! Kerajaanlah yang menjadi sumber atau punca sebenar kepada tragedi yang berlaku!
Tidak dapat dibayangkan bagaimana sebuah negara yang majoriti pemerintahnya Muslim, majoriti penduduknya Muslim, dan mendakwa bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, tetapi mempunyai kilang-kilang arak yang berdiri megah, dan mempunyai kedai-kedai yang menjual arak yang bersepah di sana sini. Lebih tidak dapat dibayangkan sebuah negara yang mengaku sebagai Negara Islam, penjaga Islam, bahkan mengaku sebagai negara terpaling Ahlu Sunnah Wal Jamaah, tetapi membenarkan minuman syaitan “terhidang” secara skala industri dalam negara ini! Sunnah manakah agaknya yang membenarkan semua itu?
Kami di Hizbut Tahrir, sudah lama memuhasabah kerajaan untuk menutup kilang arak dan menghentikan serta-merta penjualannya secara terbuka, bukan sahaja kerana keharamannya, bahkan kerana kerosakan yang diakibatkan olehnya. Kami sudah lama mengingatkan kerajaan akan laknat daripada Rasulullah (saw) ke atas sepuluh golongan yang terlibat dengan arak. Biar pun kami yakin yang kerajaan ini akan terus membutakan mata dan memekakkan telinga, namun kami akan terus memberikan peringatan demi peringatan kepada mereka, kerana kami tidak akan pernah jemu untuk memetik ayat-ayat Al-Quran dari Rabb kami, dan Hadis-hadis dari Rasul kami, agar di hari kiamat kami mempunyai hujah bahawa kami telah pun menyampaikan. Firman Allah (swt):
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan” [Al-Ma’idah (5): 90].
Dari Anas bin Malik yang menuturkan:
»لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ«
“Rasulullah (saw) melaknat dalam hal khamar (arak) sepuluh golongan: yang memerahnya, yang diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang dibawakan untuknya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang memakan harganya, yang membelinya dan yang dibelikan untuknya” [HR at-Tirmidzi dan Ibn Majah].
Wahai mereka yang berkuasa! Ingatlah bahawa kalian adalah kepala dan penjaga kepada sepuluh golongan yang dilaknat Rasulullah (saw) ini. Sampai bila kalian akan terus memilih untuk berada dalam keadaan ini? Ingatlah bahawa syaitan menghendaki kalian menuruti jejak langkahnya, yang akan membawa kalian kepada kebinasaan, tetapi Allah menghendaki kalian mematuhi perintah-Nya yang akan membawa kalian kepada kebahagiaan dan redha-Nya. Jika masih ada sekelumit keimanan dan ketakwaan di hati kalian, maka patuhilah perintah Rabb kalian dan Rasul kalian, dan hapuskanlah kesemua rantaian yang terkait dengan amalan keji syaitan yang telah dilaknat ini.
Wahai mereka yang bakal jatuh dari kekuasaan! Tutuplah segera kesemua kilang minuman syaitan dan hentikan segera penjualannya, dan bertaubatlah kepada Rabb kalian. Ingat! Saat ini Dia masih memberi peluang kepada kalian tatkala kuasa yang Dia pinjamkan kepada kalian masih dapat digunakan; tatkala mata yang Dia pinjamkan kepada kalian masih dapat dibuka; tatkala telinga yang Dia pinjamkan kepada kalian masih dapat mendengar; dan tatkala nafas yang Dia pinjamkan kepada kalian masih dapat dihela. Sebentar sahaja lagi, ya memang sebentar sahaja lagi Dia akan menarik balik semua itu daripada kalian! Maka, sekali lagi kami mengingatkan, tutuplah segera kesemua kilang arak sebelum mata kalian ditutup oleh-Nya, dan sebelum kain kafan menutupi seluruh jasad kalian! Pada waktu itu segalanya sudah tertutup buat kalian dan penyesalan sudah tidak lagi berguna.
Ya Allah! Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami telah menyampaikan.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
Ruj: HTM 1447 / 07
Rabu, 14 Syawal 1447 H
01/04/2026 M
MUAT TURUN DISINI
Press Release
O Those in Power! Shut Down the Alcohol Factories Immediately Before the Burial Shroud Envelops You
For the umpteenth time, yet another innocent life has been lost due to a drunk driver. This recent accident is truly heart-rending, as dashcam footage shows the victim, a motorcyclist, being flung and spinning several times in the air before landing on a car, dying instantly. This was entirely the fault of a drunk driver who was speeding and crashed head-on into the victim while overtaking several vehicles. Hundreds of such incidents have occurred – and perhaps thousands if unreported cases are included – yet, tragically, the government has never viewed this matter with due seriousness, let alone resolved it definitively!
Alcohol remains freely available for purchase in convenience stores and entertainment centres. Alcohol factories still stand firm, with their licenses routinely renewed by the government. When dissenting voices demand the closure of these factories and the cessation of open sales, government politicians argue that consuming alcohol is a right of non-Muslims that cannot be restricted due to Malaysia’s pluralistic society. Worse still, there is a Mufti who defends these alcohol factories under the pretext that the factory workers would lose their livelihoods if they were to be shut down. Above all this, the government has long reaped immense profits from alcohol tax revenues, and there appear to be entities seemingly above the law behind these factories who refuse to allow their closure.
All these facts render it nearly impossible for the government to close the alcohol factories or halt their open sale. Even under the previous administration, which proclaimed itself a Malay-Islamic government, the operation of alcohol factories and the sale of alcohol continued as usual, despite their vehement opposition to it prior to assuming power. Therefore, the track record demonstrates that as long as Malaysia is ruled by political parties under a democracy, compounded by the inherent nature of the democratic system that legally permits such matters, alcohol will continue to ravage this country.
In truth, it is the very existence of alcohol factories and the open sale of alcohol that breeds the drunk drivers who become “murderers” on the road. It is beyond doubt that these “murderers” are unequivocally guilty when causing injury, death, or property destruction under the influence of this devil’s drink. However, above all, the government’s action in issuing licenses for alcohol factories to operate and for alcohol to be sold openly is a far greater transgression! It is the government that serves as the root source or true cause of these unfolding tragedies!
It is inconceivable how a country whose leaders are predominantly Muslim, whose population is predominantly Muslim, and which claims Islam as its official religion, possesses alcohol factories standing proudly and stores selling alcohol scattered everywhere. It is even more inconceivable that a country claiming to be an Islamic State, a guardian of Islam, and even asserting itself as the truest adherent of Ahlu Sunnah Wal Jamaah, permits the devil’s drink to be “served” on an industrial scale within the country! Which Sunnah, one might wonder, permits all of this?
We, in Hizb ut Tahrir have long called the government to account, urging them to close alcohol factories and immediately halt their open sale, not only due to its strict prohibition (Haram) but also because of the devastation it wreaks. We have long reminded the government of the curse of Rasulullah (saw) upon the ten groups involved with alcohol. Although we are certain that this government will continue to turn a blind eye and a deaf ear, we will persistently issue reminder after reminder; for we will never tire of quoting the verses of the Quran from our Lord (swt), and the Hadiths from our Prophet (saw), so that on the Day of Judgment, we shall have the argument that we have indeed delivered the message. Allah (swt) decrees: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾ “O you who have believed, indeed, intoxicants (khamr), gambling, [sacrificing on] stone altars [to other than Allah], and divining arrows are but defilement from the work of Satan, so avoid it that you may be successful” [Al-Ma’idah (5): 90]. Narrated by Anas bin Malik, who said: «لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ» “The Messenger of Allah (saw) cursed ten people in connection with intoxicants: the one who squeezes it, the one for whom it is squeezed, the one who drinks it, the one who carries it, the one to whom it is carried, the one who pours it, the one who sells it, the one who consumes its price, the one who buys it, and the one for whom it is bought” [Sunan at-Tirmidhi and Ibn Majah].
O those in power! Remember that you are the heads and guardians of these ten groups cursed by the Messenger of Allah (saw). How long will you continue to choose to remain in this state? Remember that Satan desires you to follow in his footsteps, which will lead you to ruin, but Allah (swt) desires you to obey His commands, which will lead you to ultimate success and His pleasure. If there remains even a sliver of faith (Iman) and piety (Taqwa) in your hearts, then obey the commands of your Lord and your Prophet, and sever all chains linked to this accursed, despicable work of Satan.
O those who will soon fall from power! Immediately shut down all factories producing the devil’s drink, halt its sale at once, and repent to your Lord. Remember! At this moment, He still grants you a respite while the power He has lent you can still be wielded; while the eyes He has lent you can still be opened; while the ears He has lent you can still hear; and while the breath He has lent you can still be drawn. In just a short while – yes, indeed, in just a short while – He will retract all of this from you! Thus, once again we remind you: immediately close all alcohol factories before your eyes are closed by Him, and before the burial shroud envelops your entire body! At that time, all things will be sealed for you, and regret will be of no avail.
O Allah! Bear witness that we have indeed delivered the message.
Abdul Hakim Othman
Official Spokesperson of Hizb ut Tahrir
in Malaysia
Ref: HTM 1447 / 07
Wednesday, 14th Shawwal 1447 AH
01/04/2026 CE