Wanita UMNO Ingin Menjadi Pembela Perlembagaan Kufur
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini. “Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat iaitu Melayu, Cina, India serta kaum lain. Sebagai pencinta negara serta srikandi berjasa, Wanita UMNO tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan dicemari. ‘‘Saya mewakili lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO akan mempertahan dan menjadi perisai serta benteng kepada Perlembagaan Malaysia terutama Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 daripada sebarang tentangan dan penghinaan,” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia 21/10/10
Wanita UMNO Ingin Jadi Perisai Mempertahankan “Ibu” Kufur?
Apalah ertinya Wanita Umno bersungguh-sungguh kononnya sanggup menjadi perisai mempertahankan “ibu” kufur itu sedangkan secara jelas “ibu” inilah yang menjadi punca dan penyebab berlaku kerosakan kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. “Ibu” inilah sebenarnya yang mengundang murka besar Allah SWT. Perlembagaan Persekutuan yang ada hari ini adalah perlembagaan yang dilahirkan oleh Suruhanjaya Lord Reid. Apakah Wanita Umno yang diketuai oleh Shahrizat begitu jahil mengenai ini? [Lihat: Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. – http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia].
Jika kita menganologkan masyarakat Jahiliyyah dahulu yang mencipta patung-patung yang mereka sembah dengan tangan-tangan dan akal mereka semata-mata lalu mereka agung dan puja sebagai sembahan mereka maka kedudukan Perlembagaan Persekutuan itu juga memiliki kemiripan yang sama. Suruhanjaya Lord Reid juga telah menggunakan tangan-tangan dan akal-akal mereka untuk melahirkan Perlembagaan Persekutuan dan kemudian ianya ditaati dan diikuti oleh umat Islam di Malaysia sejak merdeka sehinggalah hari ini. Bukankan keadaan ini sesuatu yang amat hina? Firman Allah SWT:
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah”. [TMQ Al-Maeda (5) :50].
Sedangkan sebagai seorang Muslim kita hanya diwajibkan untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang Islam semata-mata. Firman Allah SWT:
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [TMQ An- Nisa (4) : 65].
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” . [TMQ Al-Ahzab (33) : 36].