10 anggota Hizbut Tahrir dibebaskan

Staff Correspondent, Rajshahi (Ahad 05/10/08)

10 orang pemimpin dan aktivis Hizbut Tahrir yang ditangkap pada 18 September lalu dibebaskan dari Penjara Pusat Rajshashi pada malam Selasa lepas.
Mereka ditangkap di Rajshashi kerana disyaki terlibat di dalam aktiviti militan dan mencetus rasa antikerajaan. Pembebasan dilakukan setelah pihak polis menyerahkan repot pelepasan (discharge report) kepada mahkamah. Berdasarkan repot tersebut, Hakim Mahkamah Daerah dan Sesyen Rajshashi terus membenarkan mereka diikat jamin. Hizbut Tahrir telah mengancam untuk melakukan gerakan untuk menyingkirkan kerajaan.

Dalam repot pelepasan tersebut, pihak polis berkata tidak ada apa-apa alasan pun untuk mendakwa mereka. Baru dua minggu lepas polis memberitahu media bahawa mereka akan melancarkan satu siasatan dan akan mendapatkan lampu hijau dari orang atasan kerajaan untuk membawa dakwaan hasutan ke atas Hizbut Tahrir.

Sejumlah aktivitis Hizbut Tahrir yang datang ke Rajshashi dari ibu negara menyambut rakan-rakan mereka yang dibebaskan di hadapan pintu pagar penjara pada lebih kurang jam 8.00pm

“Mereka dibebaskan kerana kami menerima arahan mahkamah untuk berbuat demikian” kat Harun-ur Rashid, Superintenden Kanan Penjara Rajshashi. “Dokumen yang diperlukan (untuk pembebasan) sampai tepat pada masanya ke penjara, tetapi prosedur penjara mengambil sedikit masa” ujarnya berkenaan kelewatan membebaskan tahanan.

Pada Selasa lepas, polis telah pun menyerahkan repot pelepasan kepada mahkamah menamatkan siasatan, kata Ramjan, pegawai in-charge di Balai Polis Boalia. “Tidak ada bukti atau alasan didapati untuk memfailkan kes terhadap mereka” katanya ketika merujuk kepada repot berkenaan.

“Tidak ada apa-apa campur tangan kerana kami menyiasat perkara ini dan mendapati tiada sebab untuk kami meneruskan” katanya semasa menjawab satu soalan.

Koordinator Hizbut Tahrir dan pensyarah Universiti Dhaka, Syed Golam Mowla dan Jamal Iqbal, pensyarah South East Universiti dan seorang anggota senior gerakan Islam itu, telah ditangkap bersama lapan yang lain pada 18 September sebelum mengadakan satu sidang media yang telah dijadualkan di Rajshashi.

Dengan menggunakan seksyen 54 Criminal Procedure Code (CrPC), polis membuat tahanan kerana disyaki menggunakan sentimen agama untuk menimbulkan aktiviti antikerajaan dan terlibat di dalam kegiatan militan. Polis merampas banyak risalah dan selebaran yang mengandungi kenyataan antikerajaan.

Mahkamah kemudian menghantar mereka ke penjara setelah menolak petisyen ikat jamin mereka. Semua tertuduh merayu kepada Mahkamah Daerah dan Sesyen setelah mahkamah rendah menolak petisyen ikat jamin tersebut. Mereka akhirnya dibenarkan ikat jamin pada 30 September.
 
Bagi membantah penangkapan tersebut, pada 19 September Ketua Koordinator Hizbut Tahrir, Mohiuddin di Dhaka mengancam melakukan gerakan untuk menyingkirkan kerajaan. Katanya “Hizbut Tahrir akan menggegarkan jalan-jalan di bandar dan tidak ada seorang pun akan hidup aman di bumi Bangladesh jika pemimpin kami tidak dibebaskan di dalam masa 48 jam. [U/P : Hizbut Tahrir Bangladesh telah pun menjelaskan putar belit media terhadap kenyataan ini. Sila klik di sini]

Polis Metropolitan Rajshashi, Komisioner Mahbub Mohsin pada awalnya memberitahu Daily Star bahawa penangkapan pemimpin Hizbut Tahrir bukanlah mengejutkan. “Kami telah lama mencari pemimpin dan aktivis organisasi ini berhubung pengedaran risalah di Masjid Baro,” katanya.
  
Orang-orang Hizbut Tahrir telah mengedarkan risalah di hadapan Masjid Baro di Rajshashi pada 9 September.

Ayat-ayat dalam risalah tersebut dan aktiviti Hizbut Tahrir tidak boleh diterima dan jelas-jelas bersifat antikerajaan dan kandungan risalah yang mereka sebarkan berbentuk provokatif dan menyeru kepada kegiatan militan dan menjatuhkan kerajaan,” katanya terdahulu.

Risalah itu berbunyi, “Kerajaan kita telah meninggalkan Quran dan Sunnah…Mereka telah menyerahkan kita kepada musuh-musuh kita. Di dalam bulan Ramadhan yang suci ini, kita mesti berikrar untuk menjatuhkan kerajaan dan menubuhkan Khilafah.”

Hizbut Tahrir juga mengkritik penghantaran pasukan tentera ke misi pengaman PBB kerana tindakan ini hanyalah bermaksud melindungi “musuh” bukannya “menjadikan mereka pembawa bendera-bendera Islam”.

[Sumber: Terjemahan dari The Daily Star]