2 Parti Bertarung di Bawah Mahkamah Sekular

 

Terima keputusan mahkamah

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan menumpukan kepada usaha memberi khidmat bakti terbaik kepada rakyat negeri itu. Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman negara, sekali gus memuktamadkan isu berkenaan dan tidak patut dibangkitkan sesiapa lagi.

Serentak itu, beliau meminta rakyat Perak tidak terbabit dalam sebarang kegiatan politik sehingga boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati keputusan mahkamah.

“Alhamdulillah… dengan keputusan itu, bererti isu dan saga siapa yang patut menjadi Menteri Besar dan membentuk kerajaan Perak sudah muktamad.

“Saya berharap keputusan ini sudah selesai sepenuhnya dan tidak wajar serta tidak patut sesiapapun membangkitkan apa-apa lagi pertikaian berhubung kesahihan kerajaan Perak,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian loji aluminium antara GIIG Holdings Sdn Bhd (GIIG) dan Aluminium Corporation of China Limited (CHALCO), di sini semalam.

Najib berkata, walaupun pihak yang kalah dalam kes berkenaan ada pandangan berlainan, keputusan mahkamah tertinggi negara adalah hakikat perlu diterima.

“Sekarang saya harap semua rakyat Perak menumpukan usaha pembangunan negeri dan tidak lagi terbabit dalam sebarang bentuk kegiatan politik yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah,” katanya.

Sumber : Berita Harian, 10/02/2010

2 Parti Bertarung di Bawah Mahkamah Sekular

Semakin hari semakin terserlah kejahilan serta kekeliruan kedua-dua buah parti yang jauh tersasar dari amanah untuk berkhidmat kepada rakyat dengan melaksanakan hukum Islam. Hakikatnya, ini merupakan tuntutan ke atas sesiapa sahaja orang Islam yang memimpin. 

Namun apa yang kita perhatikan, mereka malah bertengkar, bertikam lidah dan menghentam sesama sendiri dalam mempertahankan sistem sekular dan mereka mengembalikan persengketaan mereka bukannya kepada Allah dan RasulNya, tetapi kepada mahkahmah sekular!

 “….Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang fasik”  [TMQ al-Maidah (5):47]

Tidak takutkah mereka akan azab Allah? Tidak terdetikkah dalam jiwa mereka bahawa tindak tanduk mereka pasti akan dipersoalkan oleh Allah kelak? Adapun bagi umat Islam, sikap  membisu tanpa menasihati (memuhasabah) pemimpin merupakan sikap yang hanya akan membawa kepada kemurkaan Allah dan melepas diri dari syurgaNya!

“Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berhadapan dengan pemerintah yang zalim, lalu dia mengingatkan penguasa tersebut (kepada kemakrufan) dan melarangnya (dari kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.”
[HR Al-Hakim].

Sudah terang lagi bersuluh, sesiapapun yang menang dalam keputusan mahkamah kufur tersebut tetap juga tidak menjalankan perintah Allah, malah mereka sombong dan tetap mengatakan cara mereka itu adalah benar dan mengikut kebenaran!

…Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran…” [TMQ Al-Maaidah : 48]