Semangat Mahathir, Semangat Kosong Tanpa Erti
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Dua diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kagum dengan semangat juang dan ‘kedegilan’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjenamakan perang sebagai satu jenayah. Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dennis J. Halliday berkata, beliau mengenali Dr. Mahathir sejak 1970-an lagi semasa bertugas dengan Program Pembangunan PBB (UNDP) di sini.
“Ketika itu Dr. Mahathir merupakan Menteri Pelajaran. Kini beliau begitu komited dalam memastikan peperangan dianggap sebagai satu jenayah. “Ini satu perjuangan yang sukar untuk dijual namun saya percaya Dr. Mahathir mampu memainkan peranan kerana beliau merupakan seorang yang unik,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi hotel penginapannya di sini. Beliau merupakan salah seorang ahli panel dalam Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang yang bermula kelmarin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tambah Halliday, beliau turut kagum dengan blog Dr. Mahathir yang sudah dikunjungi 23 juta orang dalam masa yang singkat. Halliday tidak menafikan perjuangan Dr. Mahathir dalam menjadikan peperangan satu jenayah bukan tugas mudah. “Ini kerana negara anggota Majlis Keselamatan PBB gemar menggunakan perang. Dr. Mahathir juga sedar beliau akan mengambil masa yang panjang. “Apa yang penting ialah semangat perjuangan berterusan yang dimiliki beliau. Itu yang kita perlukan. Semangat Dr. Mahathir tidak akan hilang,” katanya. Sementara itu, seorang lagi bekas Penolong Setiausaha PBB yang turut menjadi ahli panel persidangan, H.C. Graf Sponeck turut berkongsi pandangan dengan Halliday. Katanya, beliau sering mengikuti aktiviti Dr. Mahathir dari jauh dan baginya ‘kedegilan’ beliau adalah sesuatu yang mengagumkan. “Jika kita tidak ada semangat untuk mengulangi perkara yang sama berkali-kali kita tidak akan berupaya melihat sebarang kesan dari apa yang kita perjuangkan. “Dr. Mahathir sudah memberikan seluruh hidupnya kepada hak asasi manusia dan keselamatan manusia,” tambahnya. Kata Sponeck, Dr. Mahathir tidak keseorangan dalam perjuangan ‘menjenayahkan perang’ kerana terdapat banyak suara yang menentang peperangan di seluruh dunia.
Sumber: Utusan Malaysia 30/10/09
“Perjuangan” Mahathir Sebenarnya Telah Menafikan Jihad Sebagai Penyelesaian Yang Diberikan Oleh Islam. Dunia Barat melalui PBB dengan manisnya bersuara memuji tindakan Mahathir dalam perjuangannya untuk menyelesaikan persoalan perang yang berlaku di dunia hari ini. Mereka mengangkat Mahathir sebagai “pejuang” yang dilihat sebagai tokoh yang memperjuangkan keamanan dunia. Tetapi jika kita lihat apa yang dilakukan oleh Mahathir semada beliau sedar ataupun tidak sebenarnya telah menjadi penyambung kepada apa yang diinginkan oleh Barat supaya umat Islam melupakan penyelesaian yang diberikan oleh Islam iaitu jihad terhadap isu perang yang membabitkan pertembungan di antara Islam dengan kufur. Wahai umat Islam! Apakah perjuangan Mahathir selama ini berjaya menundukkan keegoan Amerika sebagai kuasa perang dunia? Firman Allah SWT“ orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)”. [TMQ Al Baqarah (2) :120]. Yakinlah wahai umat Islam! Amerika sebagai kuasa dunia Kapitalis tidak akan mengenal istilah damai dengan dunia Islam sehinggalah umat Islam tunduk kepada mereka. Satu-satunya jawaban kepada kebiadaban Amerika terhadap umat Islam seperti di Iraq dan di Afghanistan hanyalah jihad samada ianya disukai atau tidak oleh Mahathir. Wahai Mahathir! Kamu cuba menyelesaikan isu perang dengan acuan Barat. Dalam masa yang sama, secara sedar ataupun tidak Mahathir telah cuba memadamkan cahaya Allah SWT dengan hawa nafsu Barat. Apakah Mahathir sedar tentang kekeliruan dan kesalahan yang telah dilakukannya? Yakinlah hanya dengan kembali kepada penyelesaian Islam sahajalah dunia ini akan selamat dan aman. Terlalu banyak ayat-ayat jihad terdapat di dalam al-Quran, apakah Mahathir tidak beriman dengannya?“ Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. [TMQ At Taubah (9) :111]. Hanya Khilafah sahajalah yang berani dan bersedia mengisytiharkan jihad ke atas Amerika dan sekutu-sekutunya.