Hinanya Apabila Muhyiddin Termakan Kata-kata Sihir Hillary
Sumber : Utusan Malaysia, 21/01/2011
Tidakkah umat Islam di Malaysia merasa hina apabila pemimpin mereka begitu mudah ditundukkan dengan kata-kata sihir yang keluar dari mulut seorang musuh Islam. Sebagai umat Islam apakah kita boleh mempercayai kata-kata beracun yang keluar dari mulut si kafir Hillary itu, yang kononnya memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh? Sedangkan faktanya Hillary adalah daripada para pemimpin tertinggi Amerika yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melakukan dan melancarkan makar Amerika Syarikat membunuh umat Islam sehingga ke saat ini. Bukankah Allah SWT telah mengingatkan umat Islam dengan firmanNya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [TMQ Ali ‘Imran (03) : 118].
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”. [TMQ Al Baqarah (2) : 120].
Apakah Muhyiddin selaku TPM menyedari akibat dan kesannya kepada Islam jika umat Islam termasuklah beliau sendiri termakan dan tertipu dengan kata-kata dusta yang keluar dari musuh Islam ini? Jika kita telusuri dengan lebih mendalam kita akan mendapati bahawa kata-kata Hillary itu sebenarnya adalah kata-kata yang menikam Islam dan umat Islam. , Sekiranya umat Islam termasuk para pemimpinnya terus terpedaya dengan pengiktirafan musuh Allah SWT dan RasulNya ini, kekeliruan mengenai apa yang dimaksudkan dengan negara Islam akan terus berleluasa. Secara rasionalnya, bagaimana mungkin musuh umat Islam ini boleh mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara Islam contoh, kalaulah tidak kerana mereka melihat bahawa negara ini sebenarnya telah mengikuti acuan dan rentak seperti yang Amerika inginkan?
Sesebuah negara itu akan hanya dikatakan sebagai negara Islam jika ia memenuhi dua syarat iaitu:- Pertama: Seluruh sistem kehidupan Islam diterapkan dalam kehidupan bernegara Keduanya: Keamanan itu mestilah milik umat Islam. Dan jika kita selidiki dengan teliti ternyata Malaysia tidak dapat dikatakan sebagai negara Islam apatah lagi negara Islam contoh kerana realitinya Malaysia tidak memenuhi syarat yang pertama dan syarat yang kedua. Hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang menjadikan manusia sebagai sumber hukumnya dan bukannya al-Quran dan as-Sunnah. Malaysia adalah negara sekular yang memisahkan Islam dari pemerintahan. Ketahuilah bahawa Amerika akan hanya mengiktiraf sesebuah negeri umat Islam itu jika ia adalah negara yang telah menerima idea-idea kufur seperti sekularisme, demokrasi, hak asasi manusia, globalisasi dan sebagainya. Inilah faktanya.