UMNO Tak Perlu Janji Serah Semula Tanah Sebaliknya Wajib Minta Najib Terapkan Hukum Pertanahan..
KOTA BAHARU 30 April – Jika Barisan Nasional (BN) diberikan mandat untuk mentadbir Kelantan pada pilihan raya umum ke-13, UMNO Kelantan akan menyerahkan semula tanah yang diambil daripada rakyat oleh kerajaan Pas untuk projek Ladang Rakyat.
Janji itu diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
“Jika (BN) dipilih rakyat untuk terajui Kelantan, ambo (saya) janji akan ambil tanah ladang rakyat dan serahkan semula kepada rakyat yang hilang tanah mereka,” katanya semasa berucap melancarkan Gelombang Merah Penerangan UMNO Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Mustapa berkata pihaknya sudah mendengar rintihan rakyat di pedalaman yang mendakwa tanah yang mereka usahakan dengan tanaman selama berpuluh tahun dirampas dan diambil begitu sahaja oleh kerajaan negeri tanpa perundingan.
Sumber : Utusan Malaysia, 30/04/11
UMNO Tak Perlu Janji Serah Semula Tanah Sebaliknya Wajib Minta Najib Terapkan Hukum Pertanahan Dalam Islam.
Sebagai sebuah parti sekular tegar yang cuba merampas semula kerajaan negeri Kelantan dari PAS, sekali lagi UMNO menaburkan janji-janji manis yang penuh dengan racun kepada rakyat Kelantan. Kini giliran UMNO Kelantan beraksi sebagai hero. Semuanya dijanjikan dengan segala macam bentuk kebaikan. Kali ini berkenaan isu tanah yang melibatkan projek Ladang Rakyat, sesuatu yang sememangnya merupakan isu yang sensitif bagi pihak rakyat.
Keadaan menjadi bertambah panas apabila pihak media, samada media cetak mahupun elektronik yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan sekular yang ada, begitu licik memainkan peranannya untuk terus membakar emosi dan sentimen rakyat. Islam sebagai suatu mabda yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan kepada manusia berkenaan dengan hukum – hakam tanah ini semenjak 1400 tahun yang lalu. Tetapi malangnya umat Islam di Malaysia masih tertipu dengan undang-undang tanah yang diterapkan oleh pemerintah mereka sendiri. Hakikatnya secara jelas undang-undang tanah yang diguna pakai pada hari ini adalah hukum kufur yang diceduk dari Barat. Sudah masanya umat Islam hari ini tidak tertipu dan terpedaya dengan janji-janji manis yang keluar dari mulut UMNO sepertimana di atas, sebaliknya umat Islam wajib memahami bagaimana Islam menjawab persoalan tanah ini secara sempurna dan lengkap. Oleh kerana itu umat Islam di Malaysia amnya dan di Kelantan khususnya memerlukan Khilafah dan bukannya UMNO agar seluruh persoalan yang berlaku termasuklah isu tanah ini akan dipecahkan mengikut aturan dan hukum-hakam Islam. Baca: “ SN258 – HUKUM PERTANAHAN DALAM ISLAM ”