Yakinkan si Kuffar dengan Khilafah!

altKUALA LUMPUR 26 Sept. – Perbalahan antara Pas dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud mendedahkan pembohongan pakatan pembangkang bahawa mereka boleh bersatu dan bekerjasama erat dalam usaha membentuk sebuah kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, Pas dan DAP sudah tidak dapat menutup kelemahan sendiri apabila mulai menunjukkan sikap dan pendirian yang tidak sepakat dalam isu itu.

“Maka, mereka mula bersandiwara, menjadikan pihak lain iaitu Utusan Malaysia sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan yang sebenarnya sudahpun terdedah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perbalahan antara Pas dan DAP yang semakin memuncak dalam isu pelaksanaan hukum hudud apabila pemimpin kedua-dua parti tetap berkeras dengan pendirian masing-masing. DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengugut bahawa pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan undang- undang Islam itu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tidak mempedulikan tentangan keras DAP itu, malah kerajaan negeri Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariah. Mohd. Puad berkata, pertelingkahan mengenai pelaksanaan hudud juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang terutama Pas dan DAP sememangnya mempunyai masalah untuk bekerjasama.

Sumber : Utusan Online, 27/09/2011
 

Hudud Hak Allah, Bukan Hak Manusia


Sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk melaksanakan hukum hudud di dalam ruang lingkup amalan demokrasi (sistem barat) akan gagal. Bahkan ia menjadi bahan sandiwara ahli-ahli politik di dalam sistem pemerintahan sekular pada hari ini. Jika benar, DAP berkata demikian, itu sudah maklum kerana mereka tidak memahami dan melihat keadilan yang wujud di dalam syariat Islam.

 “Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”
[TMQ Ali Imran (3):118].

Disebabkan itulah, langkah pertama yang seharusnya dilakukan adalah berusaha dengan mewujudkan sistem pemerintahan Islam iaitu Sistem Khilafah dan seterusnya melaksanakan syariat Islam termasuk hukum hudud dan sudah tentu keadilan yang benar di dalam Islam dapat dilihat dan diyakini oleh orang-orang bukan Islam, selagi hukum hudud atau syariat Islam tidak dilaksanakan, bagaimana mereka hendak melihat dan meyakini kebaikan ajaran Islam?