Serangan Gaza: HTM desak Mesir dan Turki hantar tentera

KUALA LUMPUR 18 Julai – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) hari ni melakukan demonstrasi aman di dua kedutaan di sini iaitu Mesir dan Turki bagi mendesak kedua-dua negeri Muslim tersebut menghantar tentera ke Gaza bagi menyelamatkan umat Islam yang sedang dibantai oleh Zionis di sana. 

Lebih 200 peserta demonstrasi mula berhimpun di Jalan Ampang sekitar jam 10.00 pagi dan mereka mula berarak ke  kedutaan Mesir dengan membawa liwa’ dan rayah (bendera dan panji) Rasulullah SAW yang juga bendera dan panji umat Islam, diiringi dengan laungan takbir.

Peserta demonstrasi tidak dibenarkan menghampiri pagar kedutaan oleh sepasukan anggota polis yang berkawal. Bagaimana pun, dua orang wakil HTM dibenarkan menyerahkan memorandum.

Setelah menunggu seketika, pihak kedutaan akhirnya keluar bagi menerima memo tersebut. Ustaz Abdul Hakim Othman yang juga Jurucakap HTM, menjelaskan kepada wakil kedutaan yang memperkenalkan diri sebagai Dr Aliah, akan desakan HTM ke atas kerajaan dan tentera Mesir untuk melakukan jihad fi sabilillah ke atas Israel yang sedang mengganas di Gaza. Itulah satu-satunya cara yang tuntas untuk menyelesaikan masalah Palestin. Hakim turut menegaskan yang kerajaan Mesir seharusnya memalingkan muncung senjata mereka daripada rakyat mereka sendiri dan menghalakannya ke arah Israel kerana Israel adalah musuh sebenar umat Islam. Dr Aliah berjanji akan menyampaikan mesej itu kepada kerajaannya.

Setelah lebih setengah jam berada di kedutaan Mesir, para peserta demonstrasi bergerak ke kedutaan Turki bagi membawa mesej yang sama. Pihak polis yang berkawal membenarkan dua orang wakil HTM untuk menyerahkan memorandum. Ustaz Hakim sekali lagi mewakili HTM dalam penyerahan ini dan mesej yang tegas disampaikan kepada wakil kedutaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad. HTM menuntut agar Erdogan berpaling dari menjadi ejen Amerika dan tidak hanya beretorik dalam isu Gaza, tetapi wajib menghantar sepasukan tentera ke sana. Jihad wajib dilancarkan oleh para pemimpin Muslim dalam rangka menyelamatkan Gaza dan menghapuskan entiti haram Yahudi yang merampas Palestin. Inilah satu-satunya penyelesaian kepada masalah Gaza, tegas Jurucakap HTM itu.

Perhimpunan aman itu kemudiannya ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar Hussein yang juga merupakan Pimpinan Pusat HTM.
 

 Kedutaan Mesir
 

Kedutaan Turki

Sumber :rakyatnews.my