Solat tarawih di Masjidil Aqsa perlukan permit tentera Israel!




BAITULMAQDIS 1 Sept. – Dalam umat Islam di Malaysia berpesta dengan kemerdekaan Malaysia, dan dengan tenang menyambut Ramadhan, nun jauh di Palestine, Israel dilapor ‘membenarkan’ sebahagian penduduk Palestin mengunjungi Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis Timur bagi menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Inilah akibatnya bila Sistem Khilafah yang menjaga tempat suci umat Islam telah tiada. Umat Islam ingin mengunjungi Tanah Suci ketiga mereka ini terpaksa mendapat kebenaran khas terlebih dahulu dari tentera Yahudi Laknatullah.

 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Israel berkata, lelaki Palestin berusia antara 45 dan 50 tahun serta berkahwin, boleh mengunjungi masjid itu, iaitu tempat suci ketiga bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Kebenaran turut diberikan kepada lelaki berusia lebih 50 tahun dan wanita berusia lebih 45 tahun. Bagi penduduk Palestin di Tebing Barat yang berusia 30 hingga 45 tahun pula, hanya mereka yang mempunyai permit khas yang dikeluarkan oleh tentera Israel dibenarkan mengunjungi masjid itu. Pihak berkuasa Israel dilaporkan turut bercadang melanjutkan masa operasi di pusat-pusat pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

 

Selain itu, pihak berkuasa Zionis juga akan membenarkan kaum keluarga menyerahkan bungkusan kepada 11,000 rakyat Palestin yang ditahan di beberapa penjara di Israel. Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas ketika menghadiri satu pertemuan di sini semalam. Ia sebahagian daripada usaha kedua-dua pihak untuk mewujudkan perjanjian damai dengan Israel yang diharap dapat dimeterai menjelang hujung tahun ini. Palestin sebelum ini menuntut wilayah Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara mereka. [Sumber AFP]

 

Masalah konflik Israel-Palestine ini bukannya masalah perjuangan setempat dan kebangsaan, tetapi ia adalah perjuangan antara kuasa kuffar dan Islam. Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam (bukan tanah suci bagi bangsa Palestin sahaja) yang telah dinodai oleh Rejim Isreal laknatullah. Dengan persekongkolan politik oleh PBB, negara Isreal yang tidak pernah ada di dalam peta dunia telah diwujudkan dan umat Islam telah dirampas tanahnya dan tempat suci ketiga mereka telah dikuasai oleh tentera Yahudi. Penyelesaian kepada masalah Isreal ini bukannya di meja perundingan, tetapi dengan jihad terhadap negara naram Israel ini oleh negeri-negeri Islam yang berjiran dengan mereka, kemudian kalau mereka tidak mampu barulah negara-negara yang paling hampir dengannya dan kemudian seterusnya.


Sebelum tanah Palestin jatuh ke tangan Yahudi dahulu, Theodore Herzl (Zionist) telah bertemu dengan Sultan Abd Hamid II, Khalifah kaum Muslimin di Turki, dan telah memujuk Sultan agar menjual tanah kosong di Palestin kepada Yahudi. Sebagai bayaran, Zionis akan membayar pada Sultan abd Hamid:-


1. 150 juta wang emas Inggeris

2. Melangsaikan segala hutang kerajaan Khalifah Utsmaniyyah

3. Menubuhkan pasukan armada laut untuk kerajaan Khalifah

4. Membina Universiti Utsmaniah di Baitul Maqdis

5. Memberi sokongan politik kepada Sultan di Eropah dan Amerika


Namun, dengan keimanan yang mendalam dan ketaqwaan yang kukuh, Khalifah Abdul Hamid telah memberi jawapan,

 

“Aku tidak boleh bertolak ansur walau sejengkal pun daripada bumi Palestin kerana ia bukan milikku. Tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah dan nyawa mereka untuk mendapatkannya. Sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di muka bumi ini sekalipun, aku tidak akan benarkan kamu mengambil bumi Palestin.”


Namun ternyata setelah kematian sang Khalifah, akhirnya tanah Palestin diduduki juga oleh Yahudi laknatullah ini, hasil pengkhianatan oleh para pemimpin Arab. Telah berlalu berbagai generasi umat ini yang cuba mempertahankan tanah suci Palestin. Namun sayangnya, umat Islam ini berjuang tanpa kekuatan seorang pemimpin yang boleh menjaga dan melindungi mereka. Para pemimpin negara-negara Arab hingga kini masih lebih mementingkan assobiyyah mereka sendiri dari membebaskan tanah suci ketiga milik umat Islam ini. Namun, Hizbut Tahrir yakin bahawa Insya Allah apabila Khilafah kedua kalinya berdiri sedikit masa lagi, maka Khalifah pasti akan membebaskan bumi suci ini dari tangan-tangan kotor Yahudi laknatullah.