HTI Gesa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono Merintis Penghantaran Tentera Perang
Jurucakap HTI, Ismail Yusanto dalam menyatakan pendiriannya mengatakan bahawa SBY sepatutnya berani memulakan langkah penting itu. Sebagai sebuah negeri Muslim terbesar, tindakan ini akan memberikan pengaruh yang sangat besar ke atas negeri-negeri Muslim lain untuk mengambil langkah yang serupa.
Ismail menyatakan bahawa dunia boleh sahaja menyebut bahawasanya penjajahan Israel ke atas Palestin adalah sebagai peperangan merebut wilayah, isu kemanusiaan atau apa sahaja. Namun yang pastinya Islam telah memberikan penyelesaian yang sebenar untuk masalah ini. Di Semenanjung Gaza itu terdapat dua permasalahan yang utama iaitu korban nyawa dan kekejaman. Kecederaan dan korban nyawa sememangnya di bantu dengan ubat-ubatan, makanan dan lain-lain bantuan kemanusiaan. Manakala bagi kekejaman, penyelesaiannya adalah dengan menghantar pasukan perang.
Beliau menambah lagi, seandainya setiap negara kaum Muslimin menghantar sekurang-kurangnya 500 orang tentera dari setiap negara, sudah tentu mampu menghimpun paling kurang 25 ribu tentera dari lebih 50 buah negeri kaum Muslim. Apabila ini langsung tidak berlaku, bermakna tiada apa alasannya melainkan terbukti para pemimpin negeri-negeri kaum Muslimin ini bersubahat dalam membiarkan terjadinya kekejaman di Semenanjung Gaza dan seterusnya menyokong Israel untuk melakukan kebiadaban di Palestin. ” Ini satu pengkhianatan keji ke atas umat Islam di seluruh dunia!”, jerit beliau.
Sesungguhnya krisis di Palestin bukanlah sama seperti tsunami di Acheh, yang cukup dibantu dengan ubat-ubatan dan makanan. Namun reaksi terhadap pengganas yang biadap yang sering melanggar perjanjian aman ini sudah semestinya adalah jihad fi sabilillah. Salah seorang dari yang berucap dalam perhimpunan itu, Heru Binawan menegaskan bahawa tidak sepatutnya seorang pemimpin negeri Muslim yang terbesar di dunia ini bersikap seperti seorang pengecut apatah lagi pemimpin itu adalah seorang Jeneral.
Bersama-sama Ismail, beliau juga mendesak SBY supaya segera menghantar pasukan tenteranya ke Palestin untuk berperang. “Wahai General SBY, jadilah lelaki walaupun untuk sekali ini sahaja!” laung Heru mengakhiri seruannya.
Ahli-ahli gerakan Islam di Indonesia, Hizbut Tahrir membawa sepanduk tertulis “Hapuskan Israel dari Peta Dunia”, sambil melaungkan “Allahu Akhbar!” dalam satu bantahan terhadap serangan tentera Israel ke atas Semenanung Gaza, pada hari jumaat di hadapan Istana Presiden di Jakarta, Indonesia.
Sumber: Hizbut Tahrir Indonesia