Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) gesa Susilo Tegakkan Syariah Dan Khilafah

altSusilo digesa tegakkan Syariah tangani rasuah
JAKARTA 6 Dis. – Ribuan penunjuk perasaan berarak hari ini di Indonesia bagi bagi menggesa kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya melaksanakan undang-undang Syariah sebagai satu-satunya kaedah untuk menangani kegiatan rasuah yang berleluasa di republik itu.

Anggota Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di beberapa buah bandar termasuk di ibu negara Jakarta, sebagai membantah isu tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century berjumlah AS$700 juta (RM2.5 bilion).

Di Jakarta, ribuan penunjuk perasaan menguasai jalan raya bersama keluarga dan anak-anak mereka sambil membawa sepanduk yang mengecam sistem kapitalis sebagai punca kepada kegiatan rasuah.

“Skandal Bank Century merupakan bukti kegagalan sistem kapitalis,” menurut kenyataan pada sebuah daripada sepanduk.

“Dengan mengamalkan sistem Syariah di bawah khalifah Islam, Indonesia bebas daripada rasuah,” menurut satu lagi sepanduk.

Penggubal undang-undang kini sedang meneliti dakwaan rasuah yang berkaitan dengan tindakan menyelamatkan Bank Century tahun lepas selepas ketua juruaudit negara tersebut menemui tanda-tanda kukuh wujudnya ‘pencabulan’ undang-undang.

“Sistem kapitalis telah menghancurkan ekonomi kita. Itu merupakan punca kepada semua masalah di negara kita,” kata jurucakap Hizbut Tahrir, Muhammad Ismail Yusanto pada perhimpunan itu.

Presiden Susilo telah dipilih semula dalam satu kemenangan besar pada pilihan raya pada bulan Julai lalu yang mana beliau berjanji untuk membanteras rasuah yang sudah sebati di negara itu.

Namun popularitinya telah diuji dengan skandal yang membelenggu suruhanjaya anti-rasuah Indonesia dengan kira-kira AS$715 juta (RM2.6 bilion) jaminan kerajaan daripada bank. – Agensi

Sumber: Utusan Malaysia 7/12/09

Susilo digesa laksana syariah
 

alt
JAKARTA: Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengadakan beberapa tunjuk perasaan di bandar utama Indonesia bagi menggesa kerajaan pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melaksanakan undang-undang syariah bagi menangani rasuah yang berluasa.

Penyokong pergerakan Hizbut Tahrir melancarkan beberapa bantahan di kota utama termasuk Jakarta bagi menyuarakan kemarahan atas skandal rasuah membabitkan beberapa pegawai kanan berhubung bantuan AS$700 juta (RM2.4 bilion) kepada sebuah bank.

Mengikut indeks rasuah Transparency International, Indonesia berada pada kedudukan 111 daripada 180 negara.

Di Jakarta, penunjuk perasaan membawa anggota keluarga mereka membawa sepanduk mengutuk sistem kapitalis sebagai punca rasuah.

“Skandak Bank Century membuktikan kegagalan sistem kapitalis,” kata satu sepanduk. “Indonesia bebas rasuah jika laksana syariah,” kata sepanduk lain.

Anggota perundangan Indonesia kini menyiasat dakwaan rasuah berkaitan bantuan kepada bank berkenaan selepas ketua juru audit mengesan beberapa petanda ‘pencabulan’ serius.
“Sistem kapitalis memusnahkan ekonomi kita. Itulah punca semua masalah kita,” kata jurucakap Hizbut Tahrir, Muhammad Ismail Yusanto kepada penunjuk perasaan.

“Kami mahu kerajaan memenuhi janji menghukum semua pegawai awam yang terbabit dalam rasuah,” katanya lagi.

Bantahan turut diadakan di Surabaya dan Yog-yakarta yang berakhir dengan aman, kata penganjur.

Anggota pergerakan itu juga melakukan perarakan minggu lalu sempena Hari Aids Sedunia bagi menuntut pelaksanaan syariah sambil menolak penggunaan kondom bagi menyekat jangkitan virus HIV.

Sumber: Beritah Harian 7/12/09

Laksana Syariah

JAKARTA: Ribuan pengikut kumpulan Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di beberapa bandar raya Indonesia, termasuk Jakarta semalam dan menuntut kerajaan melaksanakan undang-undang Syariah yang dianggap satu-satunya cara membendung rasuah di negara itu.

Mereka memprotes suntikan AS$700 juta (RM2.367 bilion) kepada sebuah bank yang menjadi tumpuan skandal rasuah dan menyebabkan pemimpin dikecam.

Di Jakarta, ribuan penunjuk perasaan, termasuk keluarga dan kanak-kanak yang membawa sepanduk mengutuk sistem kapitalis yang dianggap punca berleluasanya rasuah di negara itu.

“Skandal Bank Century membuktikan kegagalan sistem kapitalis,” dakwa satu sepanduk.

Sumber: Harian Metro 7/12/09