Pengkhianat kini berlakon menjadi hero
Tatkala darah saudara-saudara kita membasahi bumi yang penuh berkat itu dek kekejaman Israel laknatullah, apa yang dilakukan oleh para pemimpin ini hanyalah berada di rumah mereka yang mewah, bersandar di kerusi empuk yang mahal dan menikmati hidangan yang lazat-lazat sambil menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan yang disiarkan di kaca TV.
Kini setelah gencatan senjata, Raja Saudi, Abdullah bin Abdulaziz mengumumkan ‘bantuan’ sebanyak I bilion dollar (RM3.6 bilion) kepada Gaza. Setelah perang terhenti seketika, maka muncullah hero yang menjadi pelakon handalan.
Sekali lagi, di samping bantuan berbilion ringgit yang disumbangkan, hero ini menyeru kepada ‘keamanan’ dengan pihak berkuasa Palestin menyambung perundingan dengan Israel bagi menyerahkan tanah Palestin kepada Yahudi laknatullah. Alangkah hinanya perbuatan mereka ini!
Sudahlah mereka ini menjadi pengkhianat umat, menyembah Barat, bacul dan kini, setelah ribuan nyawa umat Islam di Gaza melayang, mereka masih lagi ingin berbaik dan berpihak kepada Yahudi.
Dahulu, Rasulullah SAW terus menggerakkan tentera hanya apabila seorang Muslim meninggal dan seorang Muslimah dicabul kehormatannya. Khalifah Mu’tasim mengikuti sunah ini di mana beliau telah menggerakkan bala tentera hanya kerana seorang Muslimah disakiti oleh kuffar. Hari ini, Raja Abdullah dan pemimpin umat Islam lainnya telah mencipta satu ‘sunah’ baru dengan hanya duduk menyaksikan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam, kemudian setelah perang berhenti, bantuan kewangan disalurkan untuk membina semula kemusnahan, bagi membolehkan Israel menyerang dan menyebabkan kemusnahan sekali lagi.
Jika ada yang bertanya, apakah gunanya Arab Saudi membelanjakan US 20 billion setahun untuk ketenteraan, apakah gunanya jet pejuang F-15 dan helikopter Apache yang dimiliki Saudi? Jawapannya, itu semua hanyalah untuk perhiasan dan pertunjukan! Dan lebih buruk, itu semua digunakan untuk mempertahankan kewujudan Israel dan Amerika!!!
Pemimpin Arab dan pemimpin umat Islam lainnya, kesemuanya telah melakukan maksiat besar kepada Allah dengan melanggar terang-terangan perintah Allah di dalam Al-Quran,
“…dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya…” [TMQ Al-Anfal (8):72].
Pengkhianatan para pemimpin umat Islam ini sesungguhnya telah disaksikan oleh seluruh umat Islam, dan umat Islam telah bangkit menyeru agar mereka ini disingkirkan, kerana selama mana mereka berkuasa, selama itulah, darah, harta dan nyawa umat Islam tidak akan terbela.
Mereka mesti diganti dengan seorang Khalifah yang mana Rasulullah telah menjelaskan kepada kita bahawa,
“Sesungguhnya iman (Khalifah) itu laksana perisai, di belakangnya umat berperang dan berlindung”
Sesungguhnya Khalifah nanti akan menggerakkan bala tentera untuk membebaskan Palestin, membuka sempadan-sempadan, mengurus dunia dengan Al-Quran dan Sunah dan akan menyatukan keseluruhan umat Islam di bawah satu bumbung pemerintahan.