Kami Bukan Bodoh!
“Saya tahu ketegangan wujud di banyak tempat yang mengamalkan agama Islam. Jadi, biar saya katakan dengan sejelas-jelasnya: Amerika tidak pernah dan tidak akan berperang dengan Islam,” katanya, semalam. Obama yang sedar ketegangan masih kuat kerana tindakan negaranya ke atas Iraq kelmarin, menekankan umat Islam tidak ada persamaan dengan pengganas seperti al-Qaeda dan tahu faedahnya menentang pergerakan seperti itu selain merujuk kepada latar belakangnya memahami agama itu dengan melawat Masjid Biru yang terkenal di Istanbul semalam, hari kedua lawatannya.
Ketika berucap di Parlimen Turki, beliau berkata: “Hubungan kita dengan dunia Islam penting, bukan hanya untuk menolak ideologi ganas yang ditolak penganut semua agama, tetapi juga mengukuhkan peluang kepada semua orang.”
Obama juga menyifatkan kumpulan pengganas tidak mendapat sokongan majoriti umat Islam serta merujuk kepada kehadiran ramai orang Islam di Amerika. Di WASHINGTON, tinjauan akhbar Washington Post dan stesen ABC News mendapati lebih separuh rakyat Amerika berpandangan negatif mengenai agama Islam dan menganggapnya menyokong keganasan.
“Ramai jahil mengenai agama kedua terbesar dunia apabila 55 peratus responden berkata mereka tidak tahu dan tidak memahami asas ajaran Islam. Kebanyakannya juga tidak mengenali walau seorang pun Muslim,” akhbar itu merumuskan. – Agensi
Sumber : Berita Harian, 08/04/09
Obama Cuba Memperbodohkan Umat Islam
Ucapan Obama ini sebenarnya tidak mampu menutup bau busuk kebencian rejim kufur AS terhadap Islam dan umat Islam. Ya, memang benar! AS tidak akan memerangi umat Islam yang sanggup tunduk kepadanya seperti yang ditunjukkan oleh kemunafikan pemimpin-pemimpin di dunia umat Islam saat ini yang bersedia menjadi boneka kepada AS. Mana-mana umat Islam yang merangkul nilai-nilai kehidupan Barat seperti demokrasi, idea hak asasi manusia, idea kebebasan, pluralisme dan yang sejenis dengannya dianggap sebagai orang Islam tetapi sesiapa yang tidak menerima nilai-nilai kehidupan yang dibawa oleh Barat akan dianggap sebagai ekstremis dan pengganas. Inilah kayu ukur AS dalam menentukan siapakah umat Islam dan siapakah ekstremis dan pengganas. Inilah sebenarnya yang diinginkan oleh AS agar umat Islam tunduk kepada mereka. Oleh itu janganlah kita umat Islam tertipu dengan apa yang digula-gulakan oleh AS. Renungilah firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. [TMQ a-li-‘Imraan(3):118].
Allah SWT juga berfirman:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”. [TMQ AL-Baqarah(2):120]