Pembunuh Nombor Satu Umat Islam Terus Bersandiwara

Obama terus bersandiwara dan bermanis mulut dengan cuba menonjolkan kebaikannya yang penuh penipuan melalui ucapan salam Aidilfitrinya kepada umat Islam di seluruh dunia.

Bagi umat Islam yang mempunyai kesedaran politik yang baik, mereka sudah pasti dapat membaca dan memahami sandiwara yang dilakukan oleh pembunuh nombor satu umat Islam ini. Ketika mulutnya mengucapkan salam Aidilfitri, pada masa yang sama tangannya masih terus berlumuran dengan darah umat Islam yang menjadi mangsa kepada keganasan yang dilakukan oleh Amerika sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Seluruh dunia dengan jelas mengetahui dan dapat menyaksikan sendiri apakah polisi Amerika terhadap dunia Islam secara khususnya dan dunia amnya. Apa yang berlaku di Mesir saat ini menjadi bukti yang cukup jelas wajah sebenar Amerika.

Justeru, tidak sewajarnya umat Islam tertipu dengan sebarang sandiwara yang dilakukan oleh musuh Islam ini. Terkini, diberitakan bahawa Obama dijangka akan datang ke Malaysia bersempena dengan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 (GES) 2013 di  Kuala Lumpur pada 11 Oktober ini. Jika berita ini menjadi kenyataan, sudah sewajibnya umat Islam di Malaysia bersatu untuk menolak kedatangan pengganas utama umat Islam ini. Apabila Obama menjejakkan kaki ke Malaysia kelak, maka kita akan dapat melihat dengan terang lagi nyata siapakah yang benar-benar beriman dan siapakah yang benar-benar munafik. Wahai umat Islam, tolak kedatangan Obama ke Malaysia!

Artikel Penuh: kosmo.com.my, sinarharian.com.my, sinarharian.com.my