Sampai Bilakah Umat Islam Ingin Terus Terpedaya Dengan Helah Bangsa Hina Yang Sering Memungkiri Janji?
Jelaslah betapa hinanya tindakan tersebut yang secara terang-terangan mencabuli perjanjian gencatan senjata yang dibuat. Namun lebih hina lagi apabila para penguasa kaum Muslimin, termasuklah yang berjiran dengan Palestin, enggan bertindak tegas dalam mengajar kebiadapan entiti haram Yahudi ini. Insiden pencabulan ini jelas menunjukkan betapa rejim Yahudi ini tidak sedikitpun menghormati sebarang usaha diplomasi dan perdamaian yang diusahakan selama ini, apatah lagi gencatan senjata yang bersifat sementara ini.
Sungguh menyedihkan apabila masih ada lagi segelintir pihak yang terus bergantung kepada harapan palsu melalui jalan diplomasi dan perjanjian damai dengan entiti haram tersebut. Tidakkah mereka belajar daripada kegagalan demi kegagalan rundingan damai yang telah berlangsung selama ini? Apakah mereka tidak belajar daripada amaran demi amaran yang diberikan Allah kepada kita dalam al-Quran serta melalui catatan-catatan sejarah hidup bangsa Yahudi yang khianat itu sehingga ke hari ini? Adakah mereka sudah dibutakan daripada melihat hakikat keangkuhan dan kebiadapan entiti haram Yahudi yang dibela oleh kuasa kuffar khasnya Amerika Syarikat serta takut kepada kekuasaan mereka? Mengapakah mereka masih lagi ingin menurut jejak langkah para penguasa Muslim terdahulu yang akur kepada telunjuk rejim Yahudi-Zionis serta sekutunya Amerika Syarikat? Sejarah manusia telah lama membuktikan bahawa betapa kaum Yahudi ini seringkali memungkiri janji dalam hidup mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. (Iaitu) orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian daripada mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janji mereka pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akan akibat-akibatnya).”
[TMQ al-Anfal (8): 55-56].
Wahai kaum Muslimin, sampai bila kita ingin terus membiarkan saudara-saudara kita terus dijajah, ditindas, dibunuh dan dihina? Sesungguhnya kebiadapan Yahudi ini hanya akan dapat diajar dengan jalan jihad oleh Khilafah di atas manhaj kenabian dan bukannya melalui perjanjian-perjanjian damai dengan bangsa yang pernah menjadi kera yang dilaknat ini. Wallahua’lam.
Sumber: [1] “Israeli forces breach the truce, again”, Middle East Monitor; akses pada 17/8/2014.