Analisis : Isu Periuk Api Di Sempadan Syria-Turki Kini Menguntungkan Yahudi
Apakah penjelasan kepada isu penanaman periuk api di sempadan Syria-Turki? Bila dan bagaimanakah ia dilakukan? Sejauh manakah isu ini meninggalkan kesan pada konflik antarabangsa umat Islam? Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda di atas penjelasan ini. Terima kasih.
1. Keputusan untuk menanam periuk api di persempadanan Syria-Turki telah dibuat pada tahun 1956 dan pelaksanaan keputusan ini dilakukan antara tahun 1957 hingga 1959 di sepanjang sempadan sejauh 513 kilometer daripada 877 kilometer panjang keseluruhan sempadan kedua negara ini mengikut peta yang dibina di bawah perjanjian pihak kolonialis selepas kejatuhan kerajaan Khilafah manakala lebarnya pula adalah 350 meter. Keluasan kawasan ini adalah 216 kilometer persegi yang mana 186 kilometer persegi daripadanya dimiliki oleh negara dan bakinya dimiliki oleh syarikat keretapi negara dan lain-lain agensi termasuklah pemilikan persendirian. Periuk api yang dirujuk sebagai kod ”615145” ditanam di bahagian atas wilayah tersebut selain periuk api kod “75115” yang ditanam di sempadan Turki dan Iraq. Kemudian untuk jarak sejauh 109 kilometer bagi sempadan Turki-Iran, periuk api “191428” telah digunakan dan periuk api “21984” telah ditanam di persempadanan Turki-Armenia. Persempadanan Turki dengan Bulgaria dan Greece juga turut ditanam periuk api, tetapi ia telah dihapuskan sebelum negara-negara ini menyertai pakatan NATO.
2. Bahkan, kekhuatiran merebaknya konflik persaingan kuasa dan pengaruh di antara British dengan Amerika (Anglo-American Conflict) di rantau ke wilayahnya itulah telah memaksa Turki untuk memasang periuk api di sepanjang sempadannya dengan Syria. Syria ketika itu telah menyaksikan beberapa siri rampasan kuasa yang membawa kepada perubahan pemimpin. Pemerintah agen Amerika dan British silih berganti menaiki kerusi pemerintahan bermula dari tahun 1949 sehinggalah tahun 50-an. Situasi begini memberikan kesan kepada Turki terutamanya setelah Amerika begitu serius berusaha untuk masuk campurtangan ke dalam kerajaan Turki untuk mendirikan pengaruhnya di situ. Pihak British dan agen-agennya bimbang kalau-kalau Turki terutamanya ‘tentera’ mereka akan dieksploitasi oleh Amerika dan ini akan memberi kesan kepada Syria dan membawa kepada penyusupan ‘musuh’ mereka ke dalam wilayah Turki.
Usaha Amerika untuk masuk ke dalam Turki ketika itu amat jelas dan ianya adalah semasa era Jamal Abdul Nasser, iaitu seorang agen Amerika yang sedang amat popular. Dia dengan terang-terangan berkonfrontasi dengan agen-agen daripada Turki dan British semasa mengambil-alih Pakatan Baghdad. Pakatan Baghdad telah dibentuk oleh British untuk menguatkan pengaruhnya dirantau tersebut dan Turki adalah pengasasnya. Turki pada ketika itu dipimpin oleh Jalal Bayar dan telah mendominasi Pakatan Baghdad di rantau itu sambil berusaha untuk memasukkan dengan Raja Hussein, pemerintah Jordan dan Camille Chamoun, pemerintah Lubnan. yang mana kedua-duanya adalah agen British, ke dalam Pakatan tersebut.
Walaupun Perdana Menteri Turki ketika itu, Adnan Mondreas merupakan seorang yang Pro Amerika, namun kuasa dan pengaruh sebenarnya di dalam negara tersebut berpusat di tangan pihak tentera yang mempunyai ikatan pengaruh yang sangat kuat dengan pihak British. Hal ini diiringi dengan peristiwa kekalahan pihak British dalam serangan mereka ke atas agen Amerika di Mesir yang di mulakan pada tahun 1956 dan akibatnya penguasaan pihak British ke atas Suez telah dicabut sehingga menyebabkan ia kehilangan semua pangkalan tenteranya di wilayah Mesir. Iraq, yang dahulunya telah dijajah oleh pihak British, juga turut diancam akan kejatuhannya ke tangan pihak Amerika. Sebagai tambahan kepada situasi ini, golongan nasionalis Arab turut menuntut supaya pengembalian semula wilayah Iskenderoun yang sebelumnya telah digabungkan kepada kerajaan Turki pada tahun 1929 di bawah syarat-syarat bagi satu perjanjian yang dicapai antara Britain dan Perancis yang telah menjajah Syria sebelum itu yang sebagai pertukarannya, Turki yang telah menyerahkan 12 kepulauan di lautan Aegean kepada Greece.
Merujuk kepada ancaman-ancaman ini, pihak British dan angkatan bersenjata Turki memandang bahawa penyelesaian terbaik untuk melindungi Turki daripada potensi bahaya yang datang dari sempadan Syria adalah dengan menanam periuk api di kawasan tersebut. Mereka mulai secara serius mencari justifikasi dan alasan yang sesuai untuk projek ini. Jalal Bayar telah menggunakan banyak alasan tentang pentingnya mencegah anasir-anasir komunis daripada menyusup masuk melalui Syria dengan tujuan untuk mensabotaj rejimnya di Turki. Dalam hal ini, Jalal berupaya membesar-besarkan usaha Soviet Union untuk mendekati Syria dan ini digunakan untuk mengelirukan rakyatnya. Oleh kerana pada waktu itu pengaruh Soviet Union ke atas Syria masih jauh, jadi mereka boleh memburukkan lagi suasana ketegangan di sana. Mereka juga turut mengeksplopitasi sentimen berkenaan wilayah Iskenderoun yang telah dicipta oleh Jamal Abdul Nasser untuk tujuan ini.
Pihak Tentera Turki melihat alasan itu sangat sesuai digunakan untuk menjustikasi kerja-kerja penanaman periuk api tersebut yang mana kebanyakan daripadanya ditanam di kawasan berhampiran wilayah Liwa Iskederoun. Mungkin boleh dikatakan bahawa semenjak wilayah Liwa Iskenderoun dicantumkan dengan Turki, mereka telah mula berasa takut dengan ancaman dari Syria kerana Ismat Inounou yang menjadi President Turki pada tahun 1939 selepas kematian Mustafa Kamal Pasha dalam ucapannya pada tahun itu menyatakan, Turki menghadapi dua ancaman: satu dari Syria dan satu lagi dari golongan “revisionist”. Yang dimaksudkan dengan revisionist itu adalah agama fitrah iaitu Islam. Ucapan Inounou yang masyhur ini dianggap bersejarah kerana di dalam ucapan ini juga beliau telah menetapkan garis panduan ke atas dasar luar negara Turki. Dia mengaskan bahawa dasar luar negara Turki adalah berdasarkan kepada perjanjian persahabatan dengan pihak British pada tahun 1939. Ucapan ini telah dibangkitkan kembali pada tahun 1998 apabila Turki mula mengumpulkan kekuatan ketenteraannya di sepanjang sempadannya dengan Syria serta bersekutu dengan pihak Israel dan Jordan sambil bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Syria untuk menjatuhkan rejim keluarga Assad dan juga sekutunya yang merupakan agen-agen Amerika.
3. Periuk api ini telah ditanam untuk satu jangka masa yang lama dan telah membunuh dan mencederakan ramai orang, samada tentera Turki dan juga orang awam sepanjang dekad yang lalu. Statistik rasmi menunjukkan bahawa selama sepuluh tahun antara 1993-2003, seramai 299 orang tentera dan 289 orang awam telah terbunuh dan jumlah kecederaan pula adalah seramai 1524 orang bagi tentera dan 739 orang awam. Sebagai tambahan, ia turut memusnahkan haiwan ternakan yang berada di sekitar kawasan tersebut. Telah banyak protes dan pengaduan dibuat oleh penduduk dan permintaan untuk menghapuskan peiuk api ini telah dibangkitkan dengan disertai hakikat bahaya yang didatangkan oleh periuk api tersebut lebih besar daripada manfaatnya malahan, namun tuntutan dan protes tersebut tidak membawa hasil. Di samping itu, sempadan periuk api ini juga telah memutuskan banyak ikatan persaudaraan di antara kedua bangsa dan memutuskan ikatan silaturrahim dan ikatan kekerabatan yang berlaku antara masyarakat sekitarnya. Penduduk sempadan Syria-Turki khususnya di wilayah Iskandariah dan sekitarnya disambungkan oleh ikatan darah dan kekerabatan melalui hubungan pernikahan di antara mereka yang telah tersebar luas melangkaui sempadan tersebut. Periuk api itu juga telah menghalang kegiatan perdagangan yang berlaku di antara mereka atas alasan untuk mencegah penyeludupan dan pelarian.
Kerajaan Turki bagaimanapun masih tetap meneruskan justifikasi dan alasan mereka terhadap pengekalan kawasan periuk api tersebut atas isu kebangkitan dan serangan dari Parti Rakyat Kurdistan (Kurdistan Workers Party – PKK) yang memperjuangkan kemerdekaan bangsa Kurd di Turki. Kebanyakan serangan PKK datangnya dari kawasan sempadanan Syria. Alasan untuk mengekalkan periuk api tersebut adalah supaya PKK dapat disekat dan dihentikan serangannya. Alasan ini bagaimanapun dilihat terlalu lemah kerana periuk api ini tidak mampu mencegah penyusupan anggota gerakan PKK mahupun serangan mereka. Malah ia semakin berkembang lanjutan bertambahnya rekrut baru ahli-ahli mereka dari dalam wilayah Turki sendiri.
4. Orang pertama atau satu-satunya pemimpin Turki yang pernah menyuarakan pandangan dan membangkitkan resolusi untuk menghapuskan periuk api di sepanjang sempadan Turki-Syria ini adalah Turgat Ozal yang menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1983 dan beliau adalah seorang pemimpin yang pro-Amerika. Bagaimanapun angkatan bersenjata Turki telah menghalang beliau dari melaksanakan hasratnya. Jalal Hassan Jazal yang pernah bekerja sebagai penasihat Ozal semasa penggal pertama pemerintahannya, dan juga sebagai jurucakap rasmi kerajaan dipenggal keduanya, dalam tulisan di akhbar Turk Time pada 26 Mei 2009 beliau mengatakan: “semenjak 1980-an, kita telah memulakan beberapa inisiatif untuk menutup kawasan periuk api tersebut dan menukarnya menjadi kawasan pertanian. Saya telah diberi tugas khusus pada masa pemerintahan Ozal untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akan tetapi oleh karena projek itu tidak menepati syarat-syarat teknikal dan kehendak pihak tentera, maka usaha itu dihentikan. Adalah amat penting di sini untuk kita ketahui bahawa perkara ini hanya boleh dipertimbangkan oleh pihak tentera sahaja”. Dan perkara ini masih lagi tidak dapat dilaksanakan sehingga ke hari ini. Beliau menambah ”pasukan tentera telah diberikan tanggungjawab untuk menghapuskan kawasan periuk api tersebut oleh jemaah menteri pada tahun 1992 (pada masa pemerintahan Ozal) dan aktiviti permulaan telah dilakukan sehinggalah pada tahun 2003.” Ungkapan mantan menteri itu juga turut menegaskan bahawa di belakang penanaman periuk api itu adalah pihak tentera tanpa mengambil kira (peranan) Mondreas dan tentu saja dibelakang tentera itu adalah British
Pada 1 Mac 1999, satu perjanjian antara 146 buah negara telah dimeterai di Ottawa Canada untuk memansuh dan menghentikan penggunaan, penyimpanan, pengeluaran dan pengedaran periuk api anti-personnel serta memusnahkan kawasan yang ditanam periuk api tersebut. Perjanjian ini bertentangan dengan hakikat penggunaannya yang telah meluas di serata dunia. Perjanjian itu antara lain menyebut “…setiap negara bertanggungjawab memusnahkan semua periuk api anti anti-personnel yang ditanam di kawasan/negara masing-masing dalam tempoh masa tidak lebih dari 10 tahun dari tarikh perjanjian ini ditandatangani”.
Pada 12 Mac 2003, Semua syarat-syarat Perjanjian Ottawa ini telah disahkan oleh Parlimen Turki dan ia telah ditetapkan untuk dilaksanakan bermula pada 1 Mac 2004.
Kemudian pada 1 Mac 2008, kerajaan Turki telah membuat resolusi untuk menghapus semua kawasan periuk api tersebut sebelum 1 Mac 2014 iaitu dalam tempoh 10 tahun seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian Ottawa.
5. Erdogan kemudiannya menggunakan perjanjian ini dan menyediakan satu rang undang-undang penghapusan kawasan periuk api tersebut yang mana ianya telah dibentangkan dan diperdebatkan dengan sengit dalam beberapa sesi selama dua minggu dan ianya seterusnya telah diterima dengan undian majoriti setelah mengambil pakai beberapa pindaan pada draft asal yang dibentangkan oleh parti presiden memerintah pada 4 June 2009. Dengan 255 undian menyokong, 91 menentang, 204 berkecuali dan tidak hadir, Parlimen Turki telah meluluskan rang undang-undang untuk menghapuskan periuk api yang ditanam di sepanjang sempadan Turki-Syria dan ia telah diterbit dan digazetkan secara rasmi pada 17 Jun 2009 yang lalu. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Turki telah mengeluarkan kenyataan arahan kepada Kementerian Pertahanan pada 30 jun 2009 berkenaan projek untuk memusnahkan periuk api ini untuk dilaksanakan dalam 4 fasa. Perlaksanaannya akan dipantau oleh NAMSA (NATO Maintenance and Supply Agency) atau Agensi Penyelenggaraan dan Pembekalan di bawah NATO. Sesuai dengan undang-undang yang telah diluluskan, Ketua Turus Angkatan Tentera, Kementerian Pertahan, dan Kementerian Luar Negeri diberikan kuasa untuk menetapkan proses penghapusan periuk api ini dan mereka berkuasa memberikan kelulusan kepada mana-mana syarikat dilantik yang melakukan kerja pembersihan periuk api di sepanjang sempadan itu hak untuk memajukan atau menyewakan kawasan itu selama 44 tahun.
Hakikatnya, kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah firma milik kerajaan Israel dan Duta Israel ke Turki, Gabby Levy yang mengunjungi bandar Urfa ketika perdebatan sengit berkenaan rang undang-undang baru ini sedang berlaku antara kerajaan dan pembangkang—walhal pendapat umum dan masyarakat mengabaikannya—kemudiannya menyatakan: “adalah sangat penting bagi setiap orang Yahudi untuk melawat tanah ini yang mana ianya dahulu didiami dan dilawati oleh nenek moyang kita”. (Liberties Journal: 26/5/09). Beliau kemudiannya melawat Parlimen Turki—ketika perdebatan ini masih berlansung—dan lawatan ini menjelaskan peranan mereka (Israel) di sebalik semua keputusan berkaitan kontrak tersebut.
Parti pembangkang di Turki kemudiannya telah mengambil kesempatan isu ini dan seterusnya menuduh kerajaan Erdogan menjual tanah Turki kepada “Israel” yang telah menghancurkan bandar Gaza dan ini telah memalukan pihak kerajaan, tambah pula kenyataan balasnya mengesahkan tuduhan ini. Erdogan membalas tuduhan pihak pembangkang bahawa kerajaan memberikan tanah ini kepada pihak “Israel” secara percuma dan menyatakan dalam ucaptama di persidangan parti beliau, AKP, yang di adakan di Duzce bahawa sekarang ini Global Investment Company ini bersedia untuk melabur dalam negara kita tetapi apabila melihat keputusan ini dicabar, rakyat menyatakan “perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana syarikat tersebut Yahudi….,” beliau seterusnya menyatakan “dengar sini sahabatku, syarikat ini akan membawa pelaburan dalam negara kita ini, mereka akan melabur sebanyak 500 juta dan 1 billion dolar US. Dengar, anda selalu mengeluh tentang masalah pengangguran! Lihat, jika mereka mahu melabur di sini dan apabila mereka melabur, siapa yang akan mendapat pekerjaan? Bukan Yitzaq, tetapi Hassan dan Ahmad, dan ramai lagi, kita akan menyelesaikan masalah pengangguran, apakah anda tidak suka jika perkara itu berlaku! Adakah anda mahu sesebuah syarikat dari luar hanya kerana ia berasal dari agama tertentu! Wang itu tidak mempunyai agama dan bangsa! (Sumber: Radical Journal: 25/5/09)
Beginilah bagaimana Erdogan mengelirukan rakyatnya dengan janji peluang pekerjaan walaupun jika syarikat tersebut merupakan musuh kepada ummat ini. Pada ketika Islam itu telah dirahmati Allah dengan Islam dan dianugerahi limpahan kurnia Jihad Fi Sabilillah semenjak ratusan tahun yang lalu, presiden republik ini sekarang mahu mereka kembali menjadi hamba kepada sesiapa sahaja di dunia ini.
Erdogan membalas tuduhan pihak pembangkang dengan mengatakan: “Sebelum kami mendapat kekuasaan ini, telah terdapat tiga pakatan parti yang terdiri dari Parti Pergerakan Nasionalis Devlet Bahceli, Parti Democratic Sosialis Bulent Ecevit, dan Parti Ibu Pertiwi Yilmaz, dan mereka telah pun mencapai banyak persetujuan dengan “Israel”. Mereka tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan menyatakan bahwa sebelum ini mereka tidak pernah melakukan sebarang kesepakatan”. (Sumber: Radical Journal: 7/6/09) Dalam erti kata lain apa yang cuba dimaksudkan oleh Erdogan adalah kesemua parti ini adalah kegemaran entiti Yahudi, Israel, yang telah menghancurkan Palestin!!
6. Merujuk kepada situasi begini, amat penting untuk umat Islam mengingati kembali kata-kata Khalifah Abdul Hamid kepada Yahudi berkenaan tanah Palestin yang sekarang ini hampir berulang kembali terhadap tanah-tanah di Turki. Pada masa isu Palestin menjadi isu antarabangsa dan pihak Yahudi ingin mendapatkan tanah Palestin dari Khilafah melalui kesepakatannya dengan pihak barat khususnya British. Mereka berupaya memanfaatkan krisis kewangan yang dideritai Khilafah Utsmaniyah untuk merealisasi harapan mereka. Jadi mereka telah menawarkan sejumlah besar wang yang cukup untuk menutup defisit hutang Khilafah sebagai pertukaran ke atas tanah Palestin. Walau bagaimana pun Khalifah Abdul Hamid telah menolak tawaran mereka itu dan menyatakan kepada Hertzel, utusan organisasi Yahudi Zionis, Khalifah menyatakan: “Dengar sini Dr. Hertzel! Tiada satu pun yang dapat merubah situasi ini, saya tidak dapat memberikan walau sejengkal pun tanah Palestin, ia bukan milik saya tetapi ia adalah milik umat Islam yang mana kami telah berhempas-pulas memperjuangkannya dan darah kami telah membasahinya…biarlah Yahudi dengan duit mereka itu, dan apabila Khilafah pada suatu masa nanti telah berpecah, kamu boleh mengambilnya secara percuma. Tetapi selama mana saya masih hidup, perkara begini pasti tidak akan berlaku…”
Sesungguhnya Khalifah Abdul Hamid (semoga Allah merahmatinya) adalah seorang yang berpandangan jauh, dan apa yang dijangkakannya telah dan sedang berlaku sekarang. Selepas Khilafah diruntuhkan, tanah Palestin telah diberikan kepada Yahudi tanpa satu sen pun! Dan kini, kejadian yang sama kembali berulang ke atas tanah Turki. Mereka mahu memberikan tanah sempadanan Syria-Turki untuk selama 44 tahun atas alasan mahu membersihkan periuk api dalam kawasan itu. Sungguh mereka sebenarnya telah menikam pisau yang tajam di dada umat Islam keseluruhannya.
7. Berkenaan dengan kempen dan sentimen yang dimainkan oleh parti pembangkang utama kerajaan Erdogan iaitu Parti Demokratik Rakyat (CHP), kita sudah jelas dengan pendiriannya. Sekiranya mereka berkuasa di saat ini, pastinya mereka akan menjaga kepentingan Yahudi tanpa sebarang keraguan lagi. Parti ini adalah warisan Mustafa Kamal Pasha yang telah menghancurkan Khilafah dan kepentingan Yahudi sentiasa di dalam hati mereka. Jadi, berdasarkan fakta ini, adakah patut CHP berasa marah dengan keputusan Erdogan untuk memberikan tanah itu kepada syarikat Yahudi dalam tempoh selama 44 tahun atas alasan mahu membersihkan periuk api? Bukankah merekalah yang sepatutnya bergembira? Sebenarnya CHP sengaja memainkan isu ini untuk mendapatkan sokongan masyarakat dan bukannya untuk menghalang ia daripada berlaku tetapi hanyalah demi merealisasikan objektif politik mereka menjatuhkan parti AKP. CHP telah berkempen ke bahagian selatan negara itu dan dengan bersungguh-sungguh menonjolkan isu itu kepada orang ramai untuk mendapatkan sokongan umum. Mereka menyedari hakikat umat Islam di Turki mempunyai sentimen kebencian dan kemarahan kepada pembunuh-pembunuh umat (Israel) Islam di Palestin. CHP cuba mengeksploitasikan emosi dan kemarahan umat Islam itu dengan menghalakannya kepada pihak AKP dan telah memperolehi sokongan sehingga yang ramai yang menyukainya dan malah beberapa akhbar yang pro-AKP turut memuji CHP!
Kebocoran laporan kerajaan yang menyatakan tiada bantahan terhadap pemberian tanah itu untuk dieksploitasi oleh syarikat Israel merupakan sebab mengapa parti pembangkang mengeksploitasi sentimen kekecewaan umat Islam terhadap Israel kepada AKP. Umat Islam di Turki mempunyai kemarahan yang mendalam yang cukup kuat terhadap entiti Yahudi yang telah menghancurkan Palestin. Pada dasarnya kedua-dua parti CHP dan AKP telah melayani kepentingan Yahudi dan kedua-duanya pada dasarnya bersaing untuk melayani kehendak Yahudi lebih dari yang lain, dan jika tiadanya persaingan antara mereka pastinya tiada bangkangan yang akan muncul berkenaan perkara ini.
8. Meletakkan periuk api di antara dua negara umat Islam adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan Turki dahulu. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab utama pemerintah masa kini untuk tidak mengulanginya dengan kesilapan yang lebih besar iaitu menyerahkan tanah Turki kepada pihak Israel untuk dieksploitasi selama 44 tahun atas alasan untuk membersihkannya. Penyelesaian yang sepatutnya seperti yang telah digariskan oleh syarak adalah kerajaan atau agensi dalam kerajaan khususnya pihak tentera wajib memusnahkan periuk api tersebut dan memanfaatkan sepenuhnya keseluruhan tanah milik negara dan umum serta memulangkan kembali tanah persendirian kepada pemiliknya setelah ianya dibersihkan daripada periuk api.
Malahan, segala perbelanjaan yang bakal dikeluarkan kerajaan Turki untuk membersihkan periuk api ini sebenarnya akan dapat hasil pulangan lebih dari apa yang digunakan kerana tanah ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk kegunaan pertanian dan juga hasil petroleum yang tedapat di dalamnya.
Tanah ini yang telah ditinggalkan tanpa sebarang perusahaan selama 50 tahun yang lalu sangat berguna untuk pertanian organik, iaitu satu sektor yang sedang memberikan pulangan yang menguntungkan sejak tahun-tahun kebelakangan ini terutamanya daripada tanah keluasan 216 kilometer persegi kawasan periuk api ini, 80% daripadanya iaitu seluas 186 kilometer persegi adalah milik negara Turki dan agensi di bawahnya, sementara yang lainnya adalah milik persendirian dan juga sangat sangat subur untuk pertanian.
Ia turut mempunyai potensi simpanan petroleum yang mengeluarkan sebanyak 2500 tong minyak mentah sehari dari 10 telaga minyak yang dieksploitasi oleh Syarikat Minyak Turki (TPAO) dalam kawasan tersebut. Begitu juga di sempadan sebelah Syria, mereka mempunyai keupayaan pengeluaran sebanyak 450,000 hingga 500,000 tong minyak mentah sehari dari 560 telaga dan menurut rekod dari Parlimen Turki, sumber rasmi TPAO menyatakan, jikalau mereka berjaya menggali sebanyak 12 telaga baru di sekitar kawasan tersebut, mereka mampu untuk mengeluarkan lagi 2500 tong minyak sehari.
Oleh yang demikian, dengan tidak memanfaatkan tanah-tanah ini dan memberikannya kepada pihak asing untuk hampir setengah abad selepas ini adalah merupakan satu jenayah besar dalam Islam. Tambahan pula syarikat tersebut dimiliki oleh entiti Yahudi yang telah merampas Palestin yang merupakan kiblat pertama kita umat Islam dan merupakan tanah haram yang ketiga. Ianya menjadi jenayah berat bagi mereka yang terlibat dan bekerjasama untuk menjayakan dosa besar ini.
Sumber asal: www.khilafah.com