Hala Tuju Erdogan Dipersoalkan
Perhatian positif yang ditujukan kepada Recep Tayyip Erdogan bukan sahaja diberikan oleh umat Islam secara umumnya tetapi organisasi keagamaan juga turut sama memuji beliau semata-mata merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataannya. Pemimpin Jamaat Al-Islami Pakistan, Qazi Hussain Ahmed dalam lawatannya ke Turki memuji Recep Tayyip Erdogan dan menganggapnya sebagai jurucakap umat Islam yang sebenar. Begitu juga dengan Hamas, sebuah parti di Palestin, memuji sikap Recep Tayyip Erdogan semasa Perdana Menteri Turki itu menunjukkan kemarahannya dengan melemparkan kata-kata pedas kepada pemimpin Israel di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Walau bagaimanapun, menurut sumber dari Israel, hubungan di antara kedua-dua negara tidak akan terjejas tetapi hubungan secara individu dengan Erdogan akan menjadi sebaliknya. Ini bermakna ketegangan antara kedua-dua pihak tersebut hanya terhad kepada ‘perang mulut’.
Ia bukanlah perkara baru apabila para pemerintah Muslim mengeksploitasi Islam untuk memenuhi kehendak politik mereka atau menerima bantuan/campurtangan kuasa asing. Hal ini disebabkan oleh hakikat bahawa umat Islam sentiasa berhati-hati untuk memberikan kepimpinan kepada mana-mana personaliti yang asing bagi Islam. Pervez Musharraf pernah suatu ketika mengeksploitasi perjanjian Hudaibiyah semasa menukar pandangannya mengenai Taliban di Afghanistan. Walau bagaimanapun, tidak seperti perjanjian Hudaibiyah, Pervez Musharraf secara tidak sedar telah menerima bantuan/campurtangan AS tanpa apa-apa syarat dan jangka masa tertentu. Umat Islam mudah ditipu/dikelirukan dengan konsep-konsep asing yang dibalut dengan pakaian Islam sepertimana mereka terpengaruh dengan sistem perbankan berasaskan faedah atau riba yang kelihatan indah dibalut dengan label perbankan Islam. Begitu juga, apabila konsep sosialisme yang diberikan kepada Umat Islam, istilah sosialisme Islam dicipta untuk hal tersebut. Ini sebenarnya membuktikan bahawa umat Islam di belahan dunia sememangnya mahukan Islam dan disebabkan itulah idea-idea asing memerlukan pembalut Islam untuk menarik kepercayaan umat Islam di atas muka bumi ini.
Walaubagaimanapun, Islam adalah deen yang diterapkan untuk seluruh kehidupan. Firman Allah SWT;
“Dan hendaklah engkau memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diputuskan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka. Dan terhadap mereka, janganlah sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”. [TMQ Al Ma’idah (5):49].
Dalam pengertian ayat dan kategori surah dalam Al-Quran, Allah yang maha berkuasa telah menetapkan bahawa sistem kehidupan bagi seseorang muslim itu adalah sistem Islam dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya atau ada sebarang konsep yang bertentangan dengannya di dalam jiwa seseorang muslim walaupun sedikit.
Di dalam ayat ini, Rasulullah SAW bukan sahaja diberi amaran supaya berhati-hati dengan kemasukkan idea/anasir/pengaruh asing ke dalam Islam, baginda juga diingatkan agar memerhatikan niat dan nafsu jahat yang sentiasa menentang Islam. Oleh kerana hukum ini tidak hanya terhad kepada Nabi (SAW), ia juga terkena kepada semua umat Islam secara amnya. Oleh yang demikian, adalah amat berbahaya untuk mengikuti seorang pemimpin Islam itu tanpa terlebih dahulu mendalami dan menyelidiki pemikiran dan sikapnya yang sebenar dengan Islam.
Recep Tayyip Erdogan telah berkali-kali menyatakan dengan jelas bahawa partinya tidak mempunyai agenda Islam. Apabila dia menjadi pemimpin pada tahun 2003, beliau mengisytiharkan dengan berkata; “AK Parti bukanlah sebuah parti politik dengan berpaksi agama.” Dan beliau juga mengatakan bahawa penyelarasan dengan doktrin demokrasi liberal sebagai; “Kami akan mula mengatur perlembagaan baru dan dengan segera untuk menyokong demokrasi dan kebebasan,”. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa Erdogan, dalam kata-katanya sendiri, mempunyai agenda liberal, demokratik dan sekular. Jadi, mengapa beberapa kumpulan Islam masih menganggapnya sebagai wira.
Turki adalah sebuah negara Demokrasi Berparlimen, yang berasaskan kepada undang-undang majoriti daripada lima ratus lima puluh ahli Dewan Perhimpunan Agung Kebangsaan (Grand National Assembly) di Turki, dan bukannya Al-Quran dan As Sunnah. Ini terbukti apabila Grand National Assembly meluluskan pembukaan pantai bogel pertama di bawah kepimpinan kerajaan AKP. Malah lebih dari itu, meminum arak, kelab-kelab malam, pelacuran dan pelbagai lagi kemaksiatan telah dibenarkan di Turki. Sesiapa yang menyimpan simpati kepada parti AKP dan menyatakan bahawa AKP perlu diberi masa untuk membuktikan kejaguhan dan keislamannya, maka mereka itu sebenarnya adalah orang-orang yang mempunyai pemikiran dan ideologi yang lemah.
Baru-baru ini, Erdogan mengakui bahawa beliau adalah seorang pendokong dan pembela fahaman sekularisme. Ikhwanul Muslimin sendiri mengkiritik Erdogan kerana menganuti sekularisme walaupun mereka sebelumnya begitu mengalu-alukan kedatangan Erdogan ke Turki. Perdana Menteri Turki itu juga menyatakan kepada rakyat Mesir supaya mengamalkan perlembagaan sekular dan cuba untuk mempengaruhi mereka dengan menyatakan bahawa menerimapakai sekularisme tidak semestinya meninggalkan agama. Dia berkata,”Jangan takut pada sekularisme, saya berharap akan ada negara sekular di Mesir.” Erdogan telah menekankan sekularisme tidak salah disisi agama.
Terdapat beberapa pemimpin dan orator dalam dunia Islam, yang menyokong sekularisme dan cuba untuk memberikan keserasiannya dengan Islam. Persoalannya adakah mereka benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme? Atau adakah mereka sekadar bermain-main dengan emosi dan nilai-nilai yang ada pada umat?
George Jacob Holyoake, seorang tokoh barat yang memperkenalkan istilah “sekularisme,” menakrifkan sekularisme dengan maksud yang sebenar di dalam bukunya “English Secularism”: ‘Sekularisme adalah suatu tatacara yang berkaitan dengan kehidupan ini, diasaskan kepada pertimbangan kepada manusia semata-mata, dan tujuan utamanya untuk manusia yang mendapati teologi/agama tidak boleh memuaskan hati, atau tidak mencukupi, atau suatu yang tidak boleh dipercayai.’ Daripada definisi tersebut, adakah kita perlu percaya kepada orang yang pertama memperkenalkan sekular? Atau para intelektual dan pemimpin kaum muslimin yang masih kabur tentang hala-tuju mereka sendiri? Atau jika mereka faham, persoalannya adakah mereka melihat Islam itu sesuatu yang tidak pasti, tidak mencukupi, tidak boleh diyakini atau tidak boleh dipercayai??
Rujukan : www.hizb.org.uk