Deradikalisasi: projek menghalang penerapan Islam

diredlekerasi-zahidIslam sememangnya merupakan musuh kepada sekular. Kerana itu, pemerintah sekular yang menerapkan sistem sekular akan memastikan ideologi sekular ini terus menancap kuat di dalam negara. Ini kerana kebangkitan Islam pastinya akan menjadi ancaman kepada penganut ideologi sekular-demokrasi dalam mengekalkan pemerintahan mereka.

Oleh itu, sebarang usaha untuk menerapkan Islam secara kaffah oleh mana-mana gerakan Islam tanpa jalan demokrasi, akan dicop sebagai radikal. Bukan sekadar cop, malah akan diburukkan dan ‘diperangi’ atas alasan membendung extremism atau keganasan, walaupun hakikatnya ada dalam kalangan gerakan yang dilabelkan tersebut tidak pernah pun terlibat dengan kekerasan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sekarang ini dalam rangka lawatannya ke United Kingdom (UK) berkata, Malaysia akan berkongsi pengalamannya dengan UK dalam program deradikalisasi terhadap kumpulan pengganas dan pelampau Islam. Menurut laporan Bernama, deradikalisasi merujuk kepada tindakan mengubah kepercayaan ekstrem dalam kalangan anggota militan seperti mati syahid dalam perjuangan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu berkata UK tertarik dengan model program deradikalisasi yang diamalkan oleh Malaysia, yang terbukti menghasilkan 95 peratus kejayaan memulihkan pihak yang berkenaan.

Kita memang tidak setuju dengan sebarang bentuk keganasan atau kekerasan dalam usaha menerapkan Islam kerana ini bukanlah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Tetapi kita tidak boleh sekali-kali memburukkan mati syahid atau konsep jihad sekiranya jihad tersebut dilakukan dengan cara yang benar. Perlu difahami bahawa maksud jihad ialah mengerahkan segenap kemampuan dalam perang di jalan Allah, baik secara langsung berperang, mahupun dengan memberikan bantuan untuk perang, misalnya bantuan berupa harta, pendapat, memperbanyak pasukan perang dan lain-lain.” (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, 2/145).

Tidak dikatakan jihad jika memerangi pemerintah Muslim atau pun memerangi sesama Islam. Namun, jika ada kumpulan yang melawan Amerika atau entiti Yahudi dalam rangka ingin meninggikan kalimah Allah, maka itu adalah jihad, kerana hakikatnya Amerika dan entiti Yahudi adalah negara kafir harbi fi’lan (kafir yang sedang berperang dengan Islam).

Sungguh malang apabila pemerintah Muslim bukan sahaja tidak menjalankan kewajipannya untuk memerangi Amerika, entiti Yahudi dan sekutu-sekutu mereka, sebaliknya bersahabat dengan mereka dan menuduh pula kumpulan yang menentang musuh-musuh Allah ini sebagai pengganas atau radikal.

Projek deradikalisasi sebenarnya merupakan projek untuk menghalang kebangkitan semula Islam dan penerapan Islam secara kaffah di bawah bingkai sebuah Negara Islam (Khilafah). Itulah hakikatnya. Projek deradikalisasi juga dijadikan sebagai projek untuk melarikan makna sebenar jihad dan usaha untuk menakutkan umat Islam kepada mana-mana gerakan yang ingin menerapkan Islam secara kaffah tanpa mengambil jalan demokrasi.

Selain itu, projek deradikalisasi oleh kerajaan ini juga menjadi projek yang sangat disenangi dan diredhai oleh Barat sehingga mendapat sokongan dan dukungan penuh Barat. Kita semua maklum yang kuffar Barat tidak akan menyokong apa jua usaha jika tidak sejalan dengan keinginan mereka, sebagaimana firman Allah SWT,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang kepadamu sehingga engkau menurut milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

Sesungguhnya apa pun usaha pemerintah sekular dan kuffar Barat untuk menghalang kebangkitan Islam pasti akan menemui kegagalan kerana Allah pasti akan menyempurnakan janjiNya di mana Allah akan memberikan kekuasaan di muka bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sebagaimana Dia telah memberikan kekuasaan kepada generasi terdahulu.

Wallahu a’lam.

Sumber: astroawani.com