Tatarstan: 12 Aktivis Hizbut Tahrir Dipenjara Sehingga 8 Tahun

Mahkamah Agung Tatarstan telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap 12 orang aktivis kerana terlibat dengan gerakan Hizbut Tahrir. Enam orang daripadanya adalah warga Rusia, kesemuanya dihukum antara empat hingga lapan tahun penjara. Pihak berkuasa tempatan berusaha dengan pelbagai cara termasuk menangkap para pengembang dakwah kerana berasa khuatir terhadap seruan untuk menegakkan Khilafah Islamiyah.

“Tujuh orang, seorang warga Tajik Dhurayev dan enam orang warga Rusia telah menerima hukuman empat  hingga lapan tahun penjara,” kata setiausaha hakim, Natalya Loseva, yang dipetik daripada pejabat berita Interfax Jumaat lalu.

 

Manakala empat orang yang lain yang merupakan warga Kazan telah menerima hukuman tiga tahun setengah sehingga lima tahun penjara.

 

Demikianlah keimanan para pengembang dakwah yang menyeru kepada syariah dan Khilafah diuji di Negara Tatarstan. Mereka terpaksa berdepan dengan hukuman penjara. Namun, semua itu tidak membuatkan seruan terhadap Khilafah terhenti. Seruan dakwah terhadap Islam di pelbagai negara semakin meningkat.

 

Di kebanyakan negara, perkembangan ini telah memaksa para penguasa diktator mengerahkan segala kekuasaannya untuk menghentikan seruan tersebut. Tapi sekali lagi, semuanya semakin menunjukkan kejelekan para penguasa diktator tersebut, sehingga kelak akan berdirinya Khilafah Rasyidah tanpa keraguan.

Sumber: syabab.com