HTA Meningkatkan Lagi Promosi Melalui Rangkaian Sosial, Pemerhati Mula Ketakutan

Menjelang Konferens Khilafah yang akan diadakan di Chicago, Amerika Syarikat, para pemerhati dan penganalisis telah mula merasa kegelisahan. Ini disebabkan oleh promosi Konferens Khilafah tersebut terus bergelora ke pelbagai pelosok dunia, lebih-lebih lagi pihak jawatankuasa penganjur menerbitkan video promosi khas tentang konferens tersebut. Madeleine Gruen, salah seorang pemerhati, kembali menulis di The Huffington Post, menyatakan bahawa Hizbut Tahrir Amerika menggunakan media rangkaian sosial untuk mempromosikan Konferens mereka.

Menurutnya, Hizbut Tahrir Amerika akan mengadakan sebuah konferens di Chicago pada 11 Julai. “Ini satu contoh utama bagaimana ekstrimis dapat mendedahkan ideologi mereka dalam arus perdana,” dalam tulisannya.

Menurutnya lagi, HTA pernah mengadakan konferens yang sama di pinggiran Chicago, yang telah  dihadiri lebih kurang 500 orang peserta. Tahun ini, kempen untuk mempromosikan konferens tersebut  lebih komprehensif dan kumpulan itu mengharapkan lebih ramai lagi peserta yang akan hadir. Jawatankuasa penganjur telah menyediakan dewan  di Chicago Marriot Oak Brook yang mampu menampung lebih daripada seribu orang [baca: Khilafah Kembali Akan Menggoncang Jantung Peradaban Kapitalisme Amerika].

Gruen mengakui HTA sebagai sebahagian daripada organisasi HT di seluruh dunia yang bekerja untuk mendirikan kembali Khilafah Islam di negeri-negeri kaum Muslimin. Apabila pemerintahan telah tertegak, Islam akan disebarkan ke seluruh dunia.

Namun demikian, Gruen cuba untuk melemparkan tuduhan untuk mengaitkan HT dengan tragedi 11 September 2001.Walhal, seluruh dunia mengetahui bahawa gerakan ini tidak  pernah menggunakan kekerasan dalam mencapai tujuannya, dan perkara itu pun diakui oleh Gruen sendiri.

Menurut Gruen, media rangkaian sosial lebih hangat dari sebelumnya. Laman web tidak lagi hanya papan statik untuk selebriti dan perniagaan yang tidak memungkinkan untuk interaksi dua arah.

Pada 5 Jun yang lalu, HTA telah melakukan promosi melalui penerbitan video konferens “Emerging World Order”. Di samping itu, HTA juga membuat laman facebook untuk mempromosikan konferennya. Laman ini menurut Gruen telah memiliki lebih daripada 2000 ahli. Bahkan HTA meminta supaya ahli-ahli tersebut menggunakan gambar informasi promosi konferens tersebut untuk dijadikan sebagai gambar profil mereka sehingga 11 Julai. Jumlah ahli yang menggunakan gambar tersebut sebagai profil terus meningkat sehingga membuatkan lebih ramai orang mendapat informasi tentang konferens tersebut. Ini berpotensi membuatkan jumlah penyokong HTA berkembang.

Selain itu, HTA meminta kaum Muslimin agar  mengubah “pandangan politik” pada profil facebook mereka dengan “Khilafah Islam” (sebagai lawan kepada demokrasi contohnya) untuk menunjukkan dukungan mereka terhadap matlamat HTA.

Berkembangnya seruan Khilafah di Amerika rupa-rupanya telah benar-benar menghantui bangsa Amerika.Contohnya adalah Gruen, ia terus menerus menyalahkan kewujudan HTA dan kegiatan-kegiatan dakwah mereka. Ia cuba untuk melemparkan tuduhan palsunya dengan mencuba mengaitkan HT pada isu pengganas.

Ia menyatakan, bahawa radikalisasi telah terjadi, dilihat dari bagaimana kelompok ekstrimis yang disebut Gruen mempegaruhi penonton. “HTA menyebarkan informasi konferennya, itu sekaligus membuka ideologi baru pada khalayak umum dan menjalankan strategi untuk mengasingkan umat islam Amerika dari seluruh masyarakat”.

Demikianlah, khabar yang menakutkan bagi orang-orang yang menentang islam tentang kebangkitan Islam di Barat. Hingga suatu saat, Islam akan meliputi seluruh penjuru dunia, seperti yang telah dikabarkan oleh Rasulullah Saw. InsyaAllah, Khilafah akan membuktikannya.

Sumber : www.syabab.com