SN088 – POPE BENEDICT XVI : “TUNGGULAH JANJI ALLAH KE ATAS KAMU!

PDF

SN Keluaran 2006

Logo SN

[SN088] Di tengah umat Islam bergembira menantikan kedatangan bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak, ketua kristian sedunia, Pope Benedict XVI telah menunjukkan sikap biadab beliau terhadap Islam dan kaum Muslimin. Yang lebih menaikkan amarah kita ialah sikap kurang ajar beliau yang mengaitkan nama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam pernyataan yang beliau keluarkan. Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Selasa lepas (12/09/06) di Universiti Regensburg, Jerman di hadapan para penganut Kristian Roman Katolik. Benedict dilaporkan telah memetik satu kenyataan daripada sebuah teks Zaman Pertengahan, kurun ke-14 berkaitan dialog di antara Maharaja Kristian Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang intelektual Parsi berhubung Kristian dan Islam. Pope Benedict memetik kata-kata Maharaja tersebut yang berbunyi, “Jika engkau tunjukkan kepadaku apa yang dibawa oleh Muhammad, di sana kau akan mendapati bahawa ianya bersifat kejahatan dan tidak berperikemanusiaan, seperti seruannya kepada kebenaran dengan menggunakan pedang”. Kenyataan ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di serata dunia. Namun mengikut Benedict, teks yang dipetiknya tidak menggambarkan pandangan beliau sendiri“Saya sangat menyesal kerana reaksi yang timbul di sesetengah negara terhadap beberapa perenggan dalam ucapan saya di Universiti Regensburg yang dianggap menyinggung perasaan umat Islam.” katanya [Utusan Malaysia 18/09/06]. Persoalan yang timbul adalah, mengapa Pope Benedict memetik kenyataan tersebut? Adakah ianya menggambarkan dendam yang ada padanya seperti dendam para Salibiyyin di abad yang lepas kepada Islam? Ini adalah sebagaimana yang digambarkan oleh seorang ilmuan Perancis Count Henry Decastri yang menulis bukunya yang berjudul “Islam” tahun 1896 M:

“I cannot imagine what the Muslims would say if they heard the tales of the medieval ages and understood what the Christianorators used to say in their hymns; all our hymns even those which emerged before the 12th century emanated from one concept which was the cause of the Crusades, these hymns were filled with hatred towards the Muslims due to the total ignorance of theirreligion. As a result of those hymns and songs, hatred against that religion became fixed in the people’s minds and the erroneous ideas deeply rooted, some of which are still carried nowadays. Everyone used to regard the Muslims as polytheists, disbelievers, idol worshippers and apostates.” (“Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan dikatakan oleh orang-orang Islam seandainya mereka mendengar kisah-kisah di abad pertengahan dan memahami apa yang terdapat di dalam nyanyian-nyanyian orangorang Kristian? Sesungguhnya seluruh nyanyian kami dari sebelum abad ke-12 M bersumber dari konsep yang satu – Perang Salib. Seluruh nyanyian dipenuhi dengan kebencian terhadap kaum Muslimin disebabkan kebodohan mereka. Kesan dari lagulagu ini, kebencian terhadap Islam telah melekat di fikiran mereka dan salah faham (terhadap Islam) terus mengakar, yang mana sebahagiannya kekal hingga ke hari ini. Setiap orang (Kristian) menganggap orang-orang Islam sebagai musyrik, tidak beriman, penyembah berhala dan murtad.”) [Dipetik dari kitab Daulah Islam, Syeikh Taqiuddin An-Nabhani].

Jika kita kembali ke zaman Rasulullah dan para sahabat serta zaman Pemerintahan Umayyah, kita akan dapati banyak sekali peristiwa di mana orang-orang Kristian hidup aman dan sentosa di bawah Daulah Islam. Mereka memiliki kefahaman yang benar tentang Islam dan menyaksikan bagaimana para Khalifah menjaga darah dan harta mereka. Tidak terhitung jumlah dari mereka yang memeluk Islam kerana terpesona dengan keindahan ajaran Islam dan sifat aqidah Islam itu sendiri yang bertepatan dengan fitrah dan memuaskan aqal. Mereka memeluk Islam tanpa melalui sedikit pun paksaan dari kaum Muslimin, kerana inilah apa yang diajar oleh Allah kepada kaum Muslimin. Walaubagaimanapun, dengan peristiwa Perang Salib dan kejahatan para agamawan Kristian pada ketika itu yang sering memburuk-burukkan Islam, maka kita mendapati kaum Kristian ini telah mula berubah. Pada masa inilah (Perang Salib dan selepasnya) kita mendapati banyak kenyataan yang bersifat menghina dan merendahkan Islam, hasil dari kebencian mereka terhadap Islam.

Jadi tidak hairanlah jika sekarang, Pope Benedict meluahkan kebusukan hatinya terhadap Islam yang hanyalah merupakan manifestasi kejahilannya tentang Islam dan kebencian yang ada pada dirinya. Jika kitab-kitab mereka sanggup mereka ubah, jika agama mereka sendiri sanggup mereka putar belitkan, jika Allah sanggup mereka dustakan (menyatakan bahawa Nabi Isa adalah anak Allah dan malaikat itu anak perempuan Allah), apatah lagi ajaran Islam, yang telah lama menjadi dendam kesumat mereka sejak Perang Salib. Sememangnya Islam telah lama menjadi puncak kebencian mereka dan apa yang berlaku sekarang hanyalah luahan kedengkian dan kebusukan hati yang tidak dapat dibendung lagi oleh pemuka Kristian ini. Apa yang jelas ialah Pope Benedict nampaknya berkongsi konsep dan kebencian yang sama terhadap Islam sebagaimana yang dibawa oleh si kafir Bush dan Blair. Apa pun dalih yang mereka nyatakan (di dalam menyembunyikan kebencian mereka), kita mengenal dan meyakini perangai jahat dan buruk mereka melalui firman Allah,

Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”
[TMQ Ali Imran (3):118].

Sautun Nahdhah pada kali ini ingin memaparkan Penjelasan (Bayan) Rasmi Dari Hizbut Tahrir Pusat yang diedarkan di seluruh dunia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pope ini (Artikel asal adalah di dalam bahasa Arab, dan ini merupakan terjemahan yang telah disunting ke dalam Bahasa Melayu).

MUNGKINKAH POPE BERANI BERSIKAP KURANG AJAR TERHADAP ISLAM YANG AGUNG JIKA NEGARA ISLAM, KHILAFAH RASYIDAH MASIH BERDIRI?

Penjajah Kufur Barat tidak pernah berhenti meniupkan api kebencian terhadap Islam dan kaum Muslimin. Sebelum ini Amerika telah memijak-mijak kitab suci kita, Al-Qura’nul Karim. Kemudian, beberapa surat khabar dari Denmark pula membuat karikatur menghina Nabi junjungan kita Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan sahabat-sahabatnya, dan penghinaan ini diikuti oleh beberapa media massa Eropah yang lain. Kini, Pope telah berbohong menghina Islam, dan menyerang puncak kejayaan Islam (jihad). Sebagaimana Amerika sebelumnya mengatakan bahawa tindakan mereka mengoyak dan memijak Al-Quran dengan kaki-kaki mereka tidak dimaksudkan untuk menghina Al-Quran, sama sebagaimana yang dikatakan oleh Eropah bahawa tindakan mereka menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sebahagian dari ‘kebebasan bersuara’, demikian pula Pope pada hari ini mendakwa bahawa pernyataan dustanya itu ‘tidak bermaksud apa-apa’. Namun yang sebetulnya menjadi masalah ialah pemahaman kaum Muslimin yang sebenarnya tidak faham dengan apa yang diucapkan oleh beliau!!! Dalam penjelasan ini, kami tidak bertujuan untuk mengutarakan dalil-dalil tentang kebenaran Islam dan pembohongan Pope ini. Ini adalah kerana ucapannya yang menyatakan bahawa ‘Islam adalah satu perkara yang menidakkan peranan akal, dan jihad yang menjadi puncak kepada ajaran Islam adalah kejam, penuh pertumpahan darah dan ganas’ hanyalah sampah semata-mata. Kita semua mengetahui bahawa akidah Islam adalah dibangun berlandaskan aqal yang rasional dan memuaskan. Begitu juga dengan jihad di mana ia adalah seperti nyawa di dalam badan, yang memancarkan kehidupan; jihadlah yang telah menyebarkan keadilan dan cahaya, menerangi segala kegelapan dan kezaliman dunia. Semua ini dapat dirasakan dan dinikmati oleh semua negara yang Islam masuk ke dalamnya di kala futuhat (pembukaan) Islam. Akan tetapi, dalam penjelasan ini kami hanya ingin mengajukan dua persoalan dan mengemukakan dua mesej. Kami akan meletakkan keempat-empatnya di hadapan setiap orang yang memiliki dua mata (penglihatan) agar nampak jelas kepadanya yang mana batil dan yang mana hak serta yang mana tuduhan dusta dan yang mana kejujuran.

Persoalan Pertama: Di dunia Islam yang begini luas saat ini, apakah yang menyebabkan penduduknya memeluk Islam? Sedangkan Al-Qur’anul Hakim telah menyatakan,

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)….” [TMQ al-Baqrah (2):256].

Dan Hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pun telah memaklumkan, “Siapa saja yang tetap dalam keyahudiannya dan kenasraniannya maka ia tidak akan dipaksa keluar dari (agama)nya”. Lalu apakah yang menjadikan penduduk negeri-negeri yang telah dibuka Islam itu melepaskan agama mereka dan malah memeluk agama para mujahid yang justru ‘menakluk’ mereka? Malah sebahagian mereka (yang memeluk Islam) bersabar di dalam agama mereka; mereka mengembang dan menyebarluaskan Islam serta membelanya lebih gigih daripada yang diperbuat oleh para mujahid yang ‘menakluk’ mereka? Kita telah melihat dan mendengar bahawa penjajah Barat, sewaktu berjaya menduduki sesuatu wilayah, mereka menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan mereka untuk memaksa manusia mengembangkan nilai-nilai dan pemikiran mereka. Namun, bukankah penduduk di wilayah tersebut malah mencaci maki mereka (penjajah) pagi dan petang sehingga negara-negara penjajah itu gagal dan sentiasa gagal untuk mengubah penduduk negeri-negeri yang mereka jajah beragama dengan agama mereka? Bukankah jawabannya, bahawa penduduk negeri-negeri yang berjaya dibuka Islam memeluk dan menjaga Islam, sebagaimana para mujahid yang membukanya kerana Islam sesuai dengan fitrah dan memuaskan akal?

Kami ingin menambahkan suatu perkara yang telah membuat ramai orang merasa ta’jub, iaitu bahawa Wali Maghribi, Muhammad Nashir, pada zaman kekhilafahan Abbasiyyah, pernah menolak kesedian Raja Inggeris, John Lackland pada tahun 1213M untuk masuk Islam kerana kekuasaannya. Hal ini berlaku kerana Wali Maghribi tersebut sedar bahawa kesediaan Raja Inggeris untuk masuk Islam adalah kerana terpesona dengan keagungan Daulah Islam, bukan karena kepuasan intelektualnya terhadap Islam!

Persoalan Kedua: Mungkinkah Pope berani menunjukkan kebiadaban beliau dengan melontarkan tuduhan keji terhadap Islam dan aqidahnya, sekaligus menyerang jihad sebagai puncak kejayaan Islam, jika Daulah Khilafah tegak berdiri? Sungguh kami ingin memperingatkan Pope ini tentang Islam dan kemuliaanya pada masa kekuasaannya dahulu. Kami ingin mengingatkan Pope dengan kisah Khalifah al-Mu’tasim dengan Kota Amuriyah, Khalifah Harun ar- Rasyhid dengan Nakfur Rom, Salahuddin al-Ayubi dengan King Richard, Sulaiman Al-Qanuni dengan King Louis Perancis, dan kisah pembayaran jizyah oleh Amerika kepada Daulah Khilafah (melalui Wali Algeria) pada tahun 1795 M. Tidak lupa juga kisah Sultan Abdul Hamid dengan Theodore Hertzl dan Britain yang berada di belakangnya pada tahun 1901M. Kami juga ingin mengingatkan Pope supaya dia mengetahui bahawa jika dia masih mempunyai maruah dan akal yang sihat, pasti dia tidak akan mengeksploitasi kelemahan kaum Muslimin (sekarang) dengan menyebarluaskan kebohongan serta menyerang Islam, akidah, peradaban dan puncaknya (jihad). Sedangkan mengenai dua mesej yang ingin kami sampaikan,

Mesej Pertama adalah ditujukan untuk kaum Muslimin, terutamanya mereka yang tertipu dengan seruan ‘dialog antara agama’ yang dilaungkan oleh Pope. Maka sesungguhnya telah jelas maksud seruan sebenarnya, iaitu bertujuan untuk menanamkan keraguan terhadap Islam di dalam jantung kaum Muslimin sekaligus menyerang akidah mereka. Dialog tersebut jelas bukannya bertujuan untuk berbincang dan mengenalpasti yang hak untuk kemudian mengikutinya dan mengenalpasti yang batil untuk kemudian mencampakkannya serta menjauhinya. Seruan kepada dialog antara agama adalah jelas seruan untuk melawan Islam dan pemeluknya dengan cara-cara yang keji dan menyesatkan (sila lihat SN bertajuk: Dialog Antara Peradaban – Umat Islam Terperangkap Agenda Kuffar). Meskipun mereka merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dan tenghidangkannya dengan segala penat-lelah, namun apa yang mereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.

“Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap, dan kecelakaanlah bagi kamu disebabkan apa yang kamu sifati
(mensifati Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagiNya)”.
[TMQ Surah al-Anbiya’ (21):18].

Sedangkan Mesej Kedua adalah ditujukan kepada Pope dan orang yang mengagungkan seruannya dari tokoh Barat, dan kepada setiap orang yang memburuk-burukkan Islam yang agung, sebagai risalah samawi terakhir yang mana Allah berjanji untuk memeliharanya,

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya….” [TMQ al-Hijr (15):9].

Tuduhan para pendusta, serangan para penjual agama, konspirasi, Dajjal dan penyesatan, serta berbagai jerat yang dirancang untuk melawan Islam sesungguhnya tidak akan pernah mampu meraih tujuannya. Bahkan dengan izin Allah, Islam tetap akan menyinari kegelapan dengan cahayanya yang tidak akan padam selamanya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah mengkhabarkan kepada kita akan hal ini,

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir membencinya…..” [TMQ ash-Shaff (61):8].

Kami ingin sudahi Penjelasan (Bayan) ini dengan 2 kalimat:

Pertama: Bahawasanya Hizbut Tahrir mencabar Pope untuk berhujah melakukan diskusi aqidah (teologi) berasaskan akal yang rasional (hanya akal yang rasional semata-mata) supaya jelas lagi terang bagi setiap orang yang mampu melihat. Sesungguhnya alamat Pejabat Penerangan Hizbut Tahrir di seluruh dunia sudah sedia termaklum, terdapat di mana-mana sahaja pelusuk dunia yang di dalamnya terdapat aktiviti Hizb. Pihak Pope boleh memilih masa dan tempat yang diinginkan, dan kami tidak akan menyalahi janji.

“….maka buatlah suatu waktu untuk pertemuan antara kami dan kamu, kami tidak akan menyalahinya dan tidak (pula) kamu di suatu tempat yang pertengahan (letaknya)”. [TMQ Thaha (20):58].

Kedua: Sesungguhnya kami tidak menghendaki permohonan maaf dari Pope, kerana Pope tidak mengucapkan perkataannya secara keliru tanpa maksud tertentu, atau kerana kebodohannya tanpa perhitungan. Akan tetapi, kata-katanya jelas merupakan satu kesengajaan dan disengaja, terlalu terang dan tidak mengandungi kesamaran sedikit pun. Terhadap semua itu, permohonan maaf tidak ada gunanya. Sesungguhnya adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja yang menghina Islam, Kitabnya dan RasulNya atau yang menyerang jihad sebagai kemuncak kejayaan Islam untuk menginjakkan kaki mereka di tanah Islam atau diterima di negeri-negeri Islam sehinggalah Daulah Islam kembali ke pangkuan Islam (berdiri kembali), yakni Daulah Khilafah ar-Rasyidah. Khilafahlah yang akan mengetahui bagaimana cara memperlakukan musuh-musuhnya serta menjaga bumi dan langit Islam; juga bagaimana cara menjaga/melindungi tanahnya sekaligus memuliakan akidah dengan peradabannya serta kemuncak kejayaannya.

Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
[TMQ Yusuf (12):21].

24 Sya’ban 1427 H
17/09/2006 M
HIZBUT TAHRIR

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian tentang kemuliaan yang telah kalian kecapi aewaktu Khilafah berdiri, berbeza dengan kedudukan sekarang yang mana agama Islam dengan begitu mudah dipermainmainkan oleh kaum kuffar tanpa sedikit pembelaan pun dari pemimpin kaum Muslimin.Yang ada hanyalah seruanseruan kosong yang sedikit pun tidak menggentarkan jantung-jantung musuh. Walhal dahulu, Islam benarbenar dijaga oleh para khalifah dari dihina oleh manamana pihak, khususnya kaum kuffar. Sedikit sahaja agama Allah dihina, maka berangkatlah satu pasukan jihad untuk mengajar kebiadaban musuh Islam, sedikit sahaja Rasulullah diperburukkan, maka hancurlah pemerintah dan kerajaan yang berbuat demikian. Inilah apa yang telah dilakukan oleh para khalifah demi menjaga kesucian dan kemuliaan Islam dan penganutnya.

Khalifah Harun Al-Rasyid dan Nakfur si anjing Rom:

Satu perjajian telah dibuat di antara Daulah Khilafah dan Rom, namun perjanjian ini telah dicabuli. Khalifah Al- Rasyid terus menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan berkata “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur si anjing Rom, jawapannya adalah apa yang kamu lihat bukan yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

Khalifah Mu’tasim dan Umuriyyah:

Pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’tasim, berlaku satu peristiwa di mana seorang perempuan Islam telah terungkap auratnya dan dilihat oleh pemuda-pemuda Rom. Mereka kemudian mengusik dan mempermain-mainkan perempuan tersebut. Perempuan itu kemudian menyebut “Ya Mu’tasim, Ya Mu’tasim!” Maka diperhatikan peristiwa itu oleh seseorang dan didengari akan kata-kata perempuan itu. Orang itu kemudian terus berangkat menuju Istana Khalifah yang perlu ditempuhi selama 2 bulan perjalanan semata-mata untuk menceritakan kepada Khalifah Mu’tasim tentang kejadian tadi. Sebaik mendengar kisah tersebut, maka Khalifah terus menghantar bala tenteranya ke jantung Rom iaitu Amuriyyah dan berjaya mengalahkannya. Seramai 30,000 tentera Rom terbunuh dan 30,000 lagi ditawan.

Amerika Membayar Jizyah kepada Daulah Khilafah:

Pada zaman Khalifah Salim III, Amerika telah membayar cukai tahunan kepada wali Khilafah di Algeria sebanyak 642,000 dolar emas dengan penambahan 12,000 lira emas Uthmani sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan memberi keizinan kepada kapalkapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean tanpa menghadapi tentera laut Uthmani di wilayah Algeria. Dan buat pertama kalinya Amerika terpaksa mengadakan perjanjian dalam bahasa selain bahasanya (perjanjian adalah di dalam bahasa Daulah Uthmaniyyah) pada 21 Safar, 1210 Hijrah – bersamaan 5 September 1795 Masehi. Inilah kemuliaan yang dicapai oleh kaum Muslimin dan kehinaan yang menimpa kaum kuffar semasa Daulah Khilafah memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah.

Kisah Sultan Abdul Hameed II dan Hertzl:

Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi kepada perbendaharaan Daulah. Beliau tidak gentar kepada tekanan antarabangsa agar ia mengizinkan mereka (Yahudi) untuk menduduki Palestin. Beliau menjawab dengan perkataannya yang masyhur,

“Sungguh aku tidak akan melepaskan bumi Palestin ini walau sejengkal…..bumi ini bukanlah milikku tetapi milik umat Islam keseluruhannya. Kaumku telah berjihad dalam mempertahankan bumi tersebut dan telah menyiraminya dengan darah-darah mereka. Jika Negara Khilafah satu hari nanti hancur, maka sungguh mereka (Yahudi) akan dapat mengambil Palestin secara percuma. Namun selama aku masih hidup, tertancapnya pisau bedah pada tubuhku adalah lebih ringan bagiku daripada aku menyaksikan Palestin terlepas dari Daulah Khilafah, dan hal itu tidak akan terjadi. Sungguh aku tidak setuju untuk mencabik-cabik tubuh kita sendiri, padahal kita masih hidup”.

Wahai kaum Muslimin! Ini hanyalah secebis dari kisahkisah keagungan Islam dan pemerintahnya. Walaubagaimanapun, kisah ini berakhir dengan begitu pilu apabila Daulah Khilafah telah berjaya ditumbangkan. Kata-kata Sultan Abdul Hamid itu telah menjadi kenyataan saat ini, di mana hasil dari hancurnya Daulah Khilafah, maka kaum Yahudi la’natullah telah berjaya menduduki Palestin. Setelah jatuhnya Daulah juga, maka kehinaan terus-menerus menimpa kaum Muslimin. Kaum Muslimin telah kehilangan perisai (Khalifah) yang selama ini telah menjaga darah dan harta mereka. Perisai inilah dahulunya yang telah menjaga kemuliaan Islam dan umatnya. Perisai inilah yang dahulunya ‘mengajar’ segala kebiadaban yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah ke atas umat Islam. Kaum kuffar menyedari bahawa perisai ini masih belum dijumpai oleh kaum Muslimin, justeru mereka mengambil kesempatan untuk menyerang Islam dan kaum Muslimin habis-habisan. Mereka sedar dan amat-amat sedar bahawa apabila perisai ini kembali ke tangan kaum Muslimin, maka itulah saat mereka akan dihancurkan, sebagaimana Allah telah menghancurkan nenek moyang ereka dahulu kerana kejahatan dan kezaliman mereka.

Ya Allah! kembalikanlah Daulah Khilafah kepada kami yang mana dengannya Engkau akan menghancurkan musuh-musuhMu melalui tangan-tangan kami, yang mana dengannya Engkau akan mengembalikan kemuliaan kepada kaum Muslimin dan mencampakkan kehinaan kepada kaum kafirin. Amin ya Rabbal ‘alamin.