Gelora Seruan Revolusi dari Masjid Al-Aqsa

hizbuttahrir-alaqsaGelora Seruan Revolusi dari Masjid Al-Aqsa untuk Seluruh Negeri kaum Muslimin & Para Tenteranya agar Bersegera Menegakkan Khilafah

Dalam suasana angin perubahan yang tertiup di negeri-negeri kaum Muslimin , termasuk di kawasan Arab, kaum Muslimin Palestin menyahut seruan Hizbut Tahrir Palestin menyerukan kaum Muslimin melakukan perubahan yang mendasar melalui seruan yang berlangsung pada hari Jumaat 18 Februari 2011, seusai Solat Jumaat di kompleks Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis, Palestin.

Di salah satu pintu gerbang di hadapan ‘Dome of the Rock’  terpampang sepanduk besar bertuliskan “Umat Menginginkan Khilafah Islamiyyah”. Ribuan kaum Muslimin bersama para pemuda Hizbut Tahrir mengibarkan panji-panji hitam dan putih bertuliskan kalimah tauhid serta beberapa poster yang menyampaikan mesej “Tidak untuk Demokrasi, Ya untuk Khilafah”.

Kerumunan ribuan kaum Muslimin di hadapan Masjdi Al-Aqsa, bergemuruh menyerukan penggantian sistem dan menegakkan Khilafah. Seruan pada hari Jumaat tersebut menegaskan seruan dan tangisan Masjid Al-Aqsa agar kaum Muslimin bersegera membebaskan Palestin dan negeri-negeri kaum Muslimin lainnya serta melepaskan diri dari cengkaman penjajah.

“Wahai kaum Muslimin, wahai para tentera! Kami menyeru kalian dari Masjid Al-Aqsa,” seru mereka melakukan perubahan secara keseluruhan di negeri-negeri kaum Muslimin dengan menegakkan Khilafah.

“Sesungguhnya umat Islam ini kehidupannya tidak mati, kekuatannya tidak lemah, tidak ada ketundukkan selain kepada Allah.”

Masjid Al-Aqsa menyeru kaum Muslimin dan para tentera mereka di seluruh dunia untuk menghentikan segala kezaliman para penguasa yang jahat termasuk penjualan Palestin oleh PLO serta mendesak umat bersegera menegakkan Khilafah.

“Wahai umat Islam, wahai para tentera-tenteranya, wahai penduduk Mesir dan tentera-tentera Mesir, wahai penduduk Tunisia dan tentera-tetara Tunisia, wahai penduduk Syria, Turki, Pakistan, wahai tentera-tentera Syria, Turki, dan Pakistan, wahai penduduk Jordan, Maghribi dan Indonesia, wahai tentera-tentera Jordan, Maghribi, dan Indonesia, wahai umat Islam di mana pun kalian berada, wahai tentera-tentera kaum Muslimin di mana pun kalian berada…” … seruan Al-Aqsa kepada kaum Muslimin seluruh dunia serta para tentera mereka untuk menolong Islam hingga tertegak kembali di muka bumi.

Sejak tahun 1953, seruan penegakkan Khilafah telah digelorakan dari Masjid Al-Aqsa. Di tahun tersebut  Hizbut Tahrir sebuah parti Islam antarabangsa  yang bertujuan melanjutkan kehidupan Islam dengan menegakkan semula Khilafah Islamiyah, didirikan. Saat itulah, beberapa ulama setempat di salah satu sudut masjid menyerukan umat untuk membebaskan Palestin dan negeri-negeri kaum  Muslimin lainnya dengan mendirikan Khilafah Islamiyah. Dari sini pula, panji-panji Rasulullah Saw. berkibar hingga tersebar luas di seluruh penjuru dunia.

Sumber: www.syabab.com