Perkembangan Politik di Kurdistan dan Iran

Soalan:

Pada 6/1/2018 Iran menuduh puak Kurd berada di sebalik tunjuk perasaan di Iran dan pada 07/01/2018 puak Kurd menafikan tuduhan ini. Laporan berita menyebutkan bahawa Iran memainkan peranan di sebalik demonstrasi besar-besaran yang berlaku di wilayah Kurdistan khasnya di wilayah Sulaimaniyah pada 19/12/2017. Wajarkah puak Kurd dituduh terlibat dalam protes di Iran pada 28/12/2017 sebagai langkah tindakbalasnya terhadap campurtangan Iran? Dalam perkataan lain:

1- Adakah kejadian yang berlaku di Iran dan di rantau itu adalah suatu reaksi ke atas sesuatu tindakan?

2- Adakah kejadian-kejadian itu berlaku serentak atau adakah terdapat tekanan luar yang menggerakkannya.

3- Jika benar siapakah yang memberi tekanan? Adakah protes ini bertujan untuk menukar rejim di rantau itu atau Iran? Semoga Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda.

Jawapan:

Kedua-dua peristiwa bukanlah suatu reaksi terhadap sesuatu tindakan dan tuduhan Iran ke atas Erbil (Kurd)  tidak lain hanyalah suatu bentuk kekeliruan politik akibat daripada peristiwa2 dalaman. Erbil sekarang sedang menghadapi krisis yang hampir menundukkan entitinya dan ia tidak berupaya dalam keadaan sekarang  untuk menggerakkan para penunjuk perasaan di Iran! Kekeliruan politik itu menjadi jelas ketika Iran menuduh beberapa pihak terbabit dalam protes tersebut. Pegawai-pegawai Iran menuduh pihak asing terbabit dalam protes itu.  Wakil Iran ke  PBB, Ghulam Ali Khoshro, pada hari Jumaat berkata: “bahawa Tehran memiliki bukti kuat bahawa para “penunjuk perasaan” jelas menerima panduan dari luar negara”… (BBC Arab 07/01/2018). Maka tuduhan Iran terhadap Erbil termasuk dalam kekeliruan ini: (Setiausaha Majlis Expediency Iran, Mohsen Rezai, pada 6/1/2018 mengatakan bahawa butiran terperinci tentang senario kejadian di Iran telah dirancang di Erbil, wilayah Kurdistan di Iraq … Akhbar Russia Today 07/01/01 2018). Kurdistan menafikan tuduhan itu melalui Sven Dzii, jurubicara wilayah itu (sumber terdahulu). Maka isu itu bukannya reaksi terhadap suatu tindakan tetapi setiap isu mempunyai matlamatnya dan syarat-syaratnya. Walaubagaimana pun kedua-dua peristiwa bermula serentak dan kemudian dikelilingi oleh motif-motif untuk mencapai matlamat-matlamat yang berkaitan dengan rantau itu dan Iran. Peristiwa-peristiwa yang berlaku boleh dijelaskan seperti berikut:

Pertama: Perstiwa-peristiwa di Rantau itu:

1- Berbagai agensi berita melaporkan bahawa pada 19/12/2017, demonstrasi berlaku di Sulaymaniyah dimulakan oleh para guru dan para pekerja yang tidak dibayar gaji mereka selama berbulan-bulan lamanya dan kemudian  demonstrasi itu disertai oleh sebahagian besar penduduk di wilayah Sulaymaniyah , dan kemudian merebak ke kawasan lain dalam wilayah itu termasuk wilayah Erbil. Penglibatan rakyat dalam demonstrasi itu dalam kadar yang cepat adalah akibat ketidakpuasan mereka terhadap masalah ekonomi rantau itu setelah kemerosotan sumber minyak utama  di kawasan itu akibat penguasaan Baghdad ke atas wilayah Kirkuk dan tekanan-tekanan lain yang dilakukan oleh Baghdad khasnya penutupan lapangan terbang Erbil dan Sulaymaniyah untuk penerbangan luar negeri, yang menambahkan kesukaran untuk perjalanan ke luar negara dan memaksa travelers untuk melakukan perjalanan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.Keadaan bertambah parah kerana ada tuduhan bahawa para pegawai pemerintah tempatan yang berpengaruh terlibat dalam rasuah dan pemilikan kekayaan di rantau itu.Demonstrasi itu merebak seperti api khasnya di kawasan-kawasan yang mana terdapat pengaruh besar parti-parti Kurd yang menentang Masoud Barzani dan Parti Demokratik Kurdistan pimpinannya. Perpindahan keluarga  Kurd daripada  Kirkuk dan kawasan-kawasan lain ke rantau itu menerukkan keadaan dan terdapat kekhuatiran wujudnya  gerakan-gerakan yang menentang perkara ini. Kesemuanya menunjukkan pergerakan-pergerakan itu berlaku serentak.

2- Protes itu diarahkan khususnya terhadap pemerintahan Erbil yang dikuasai oleh Parti Demokratik Kurdistan, pimpinanBarzani, yang sedang bersembunyi setelah beliau meletakkan jawatan presiden wilayah itu di belakang anak saudaranya NechirvanBarzani, dan ini difahami dalam berbagai cara termasuk :

A – Demonstrasi bermula diSulaymaniyah yang dikuasai oleh pergerakan2 dan parti2 yang menentang agen British agen MassoudBarzani. Pengkalan Pergerakan Untuk Mewujudkan Perubahan adalah diSulaymaniyah, dan pengaruh kuat Talabani dalam parti Kesatuan Patriotik adalah di Sulaymaniyah juga. Parti-parti ini mampu memprovokasi dan mengatur peristiwa2 itu walaupun mereka tidak mampu mengawal kejadian-kejadian itu.

B – Dalam kenyataan Nechirvan, demonstrasi- demonstrasi itu dapat difahami adalah ditujukan terhadap pemerintahannya: “Presiden Pemerintahan Rantau Kurdistan,Nechirvan Barzani, memberi amaran tentang kewujudan “konspirasi besar” yang dirancang ke atas rantau itu dan ia amat besar dan melangkaui imaginasi sesiapa pun”, dan dia mengatakan terdapat “pihak2” yang ingin mencipta kekacauan di rantau itu dan ingin memesongkan para penunjuk perasaan daripada landasannya dan menyebarkan keganasan”. Dia menambah: ” Terdapat tangan2 tersembunyi yang cuba menimbulkan kekacauan di Kurdistan dan kita akan menghalangnya,” merujuk kepada pihak2 yang tidak disebutkan “yang menyokong usaha2 ke arah menimbulkan kekacauan tetapi pihak keselamatan di rantau itu akan bertegas menghadapi kes2 ini… ” Dia menjelaskan: “Kita sedang menghadapi ancaman serius dan komplot yang lebih besar daripada yang disangkakan, apa yang berlaku di Sulaymaniyah adalah cubaan untuk mengganggu keselamatan dan kestabilan ,” sambil menyeru kepada perpaduan dan kerjasama semua pihak untuk mengatasinya  (laman web Kurdish Basnews, 21/12/2017)

Beliau berbuat demikian dengan tujuan untuk menunjukkan parti-parti Kurdi yang tegas menentang referendum di Sulaymaniyah, dan mempunyai hubungan dengan Amerika dan pengikut2 mereka di ibukota Baghdad dan Tehran. Dari parti2 itu yang menggerakkan protes dan demonstrasi menentang pemerintahan Barzani: Gerakan Untuk Perubahan yang menjadi kekuatan politik kedua setelah ia berpisah daripada parti Kesatuan Kebangsaan dalam pilihanraya 2009 di Kurdistan. Setelah protes itu, Gerakan Untuk Perubahan yang dipimpin oleh Gorran dan kumpulan Islamik, menarik diri daripada menyertai pemerintahan Erbil, dan ketua kumpulan itu, Yassin Hassan, mengatakan dalam suatu temu ramah dengan Al Jazeera, “Setelah menembak para penunjuk perasaan, kumpulan Islam dan Gerakan Untuk Perubahan memutuskan untuk sepenuhnya menarik diri dari pemerintahan ini dan kami mendesak pemerintahan ini dibubarkan serta merta dan sebuah pemerintahan penyelamat kebangsaan ditubuhkan.” (Al Jazeera Net 21/12/2017)

BBC pada 26/12/2017 juga melaporkan kedudukan salah seorang pemimpin Gerakan Untuk Perubahan, Yusuf Muhammad, dan President Parlimen  Kurdistan di Iraq. Beliau meletakkan jawatan supaya dapat melemahkan kedudukan pemerintahan Erbil di hadapan protest itu; Presiden Parlimen Kurdistan Iraq mengumumkan perletakan jawatan sebagai bantahan terhadap apa yang digambarkan sebagai penguasaan sekumpulan orang dan kumpulan-kumpulan tertentu orang yang memiliki kekuasaan yang sah. Yusuf Muhammad kuat mengkritik penguasaan kumpulan itu yang menguasai politik, ekonomi, tanah, kekayaan dan semua aspek kehidupan serta pengagihan yang tidak adil di rantau itu.” Dia berkata penolakan Amerika Syarikat terhadap  referendum itu yang terdapat dalam sepucuk surat yang dihantar oleh Setiausaha Negara Amerika Rex Tillerson adalah peluang keemasan yang disia-siakan oleh pemerintahan rantau itu … (BBC 26/12/2017) Ini adalah rujukan kepada ketundukan orang itu dan pergerakannya.

3- Maka  demonstrasi itu bermula di Sulaymaniyah, yang dikuasai oleh parti2 yang menentang Parti Demokratik Kurd pimpinan Barzani, penglibatan pemimpin2 parti2 ini dalam demonstrasi, penangkapan pemimpin2 parti ini oleh pihak keselamatan, penarikan diri parti2 ini oleh pemerintahan Erbil untuk melemahkannya, desakan supaya ia dibubarkan, perletakan jawatan ketua  Parlimen beberapa bulan sebelum pilihanraya dan ancaman pemerintahan  Al-Abadidi Baghdad untuk campur tangan, semuanya menunjukkan bahawa permulaan walau pun spontan tetapi ia mempunyai dimensi kedua motif2 luaran yang menyelubungi pergerakan alami demi mencapai matlamat2 yang dikaitkan dengan rantau itu.

Dimensi kedua ini adalah akibat tekanan kumpulan2 tempatan Kurd yang menentang Barzani, dan juga tekanan Baghdad untuk menggulingkan pemerintahan Barzanidi Erbil. Disamping apa yang didengari di Turki, Iran dan Baghdad tentang keinginan mereka untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab terhadap referendum pemisahan Kurdistan, dan semua parti2 dan regim ini setia kepada Amerika, jika ditambah kepada perkara ini apa yang diperhatikan tentang dasar Trump di rantau ini, dan dengan slogan “Pertama Amerika”, bahawa Amerika tidak lagi berpuas hati dengan dasarnya dilaksanakan di kawasan2 yang terdapat agen2 Britain, tetapi jika kepentingan mereka di kawasan tertentu diperlukan, Amerika akan menghukum atau malah menghapuskan mereka, seperti yang terjadi dalam kempen korupsi di Arab Saudi, dan seperti yang berlaku terhadap pemimpin2 Kongres Rakyat di Sanaa (Yemen) setelah pembunuhan Saleh. Maka,  Amerika menyuruh agen2nya untuk menekan pemerintahan Barzani supaya dapat menggulingkannya dan mengakhiri penguasaan Britain ke atas pemerintahan Erbil. Jika ia tidak dapat berbuat perkara ini segera, ia akan menciptakan suasana yang akan menyebabkan perkara sedemikian berlaku melalui tekanan yang berturut-turut.

Inilah yang mungkin telah dan sedang berlaku di Kurdistan

Kedua: peristiwa2 di Iran

1- Demonstrasi2 yang bermula pada  28/12/2017  adalah bantahan terhadap keadaan eknomi dan keadaan hidup rakyat, kadar pengangguran yang tinggi, kemiskinan dan harga yang tinggi;  dilaporkan bahawa kadar pengangguran sangat tinggi. Menteri Dalam Negeri  Iran, Abdul Ridha Rahmani Fadhli, mendedahkan dalam persidangan akhbar pada 1/10 / 2017 bahawa “ kadar pengangguran masa kini melebihi 12% manakala peratusan di sesetengah kota Iran mencapai 60%, termasuk Ahwaz (Arab) dan Kermanshah (Kurd) dan Baluchistan. Kadar pengangguran di kalangan pemegang sijil saintifik dan graduan universiti graduates amat tinggi …” 2/10/2017). Laporan2 menunjukkan bahawa 21% graduan kolej menganggur dan 15 juta rakyat Iran hidup di bawah paras kemiskinan yang bermakna bahawa akibat perlaksanaan sistem kapitalisme mendatangkan kesan negatif ke atas rakyat secara amnya di negara itu sebagaimana kes di semua negara yang melaksanakan sistem barat ini, dan sejak sistem ekonomi kapitalisme dilasanakan di Iran, pengagihan kekayaan begitu lemah, kekayaan berlonggok di tangan orang-orang kaya dan ramai orang dinafikan daripada mendapat hak mereka. Disamping itu, terdapat kegagalan untuk menangani masalah kemiskinan, terdapat bank-bank yang beroperasi dengan riba’, dan sistem cukai modal yang tidak adil dilaksanakan mengikut dasar dan cadangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Sebelum peristiwa-peristiwa yang baru terjadi itu, suatu delegasi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa melawat Tehran pada 18/12/2017; ia sering melakukan perudingan setiap tahun dengan pemerintah Iran. Ketua delegasi, Catriona Purfield, mengatakan kepada pegawai2 Iran:” Dalam keadaan yang tidak menentu dan risiko yang semakin meningkat terhadap Sistem Kewangan Iran, pemerintah sepatutnya mempercepatkan penstrukturan semula dan kapitalisasi bank-bank dan institusi2 kredit. Dia menambah:” Mutu asset sepatutnya dimulakan serta merta, pinjaman2 pihak2 berkaitan sepatutnya dikaji semula, dan satu rancangan yang mengikut tempoh masa yang ditetapkan sepatutnya dilaksanakan untuk menyusun semula bank dan mengatasi masalah pinjaman yang tidak langsai…kos menyusun semula bank melalui pengeluaran bon-bon pemerintahan jangka panjang dapat ditanggung,” tambahnya  (Halaman rasmi Iran Al-Alam 19/12/2017). Perlaksanaan permintaan2 ini oleh pemerintah Iran mengakibatkan harga melambung, pengangguran dan kemiskinan yang seterusnya mengakibatkan keadaan hidup yang perit dan mendorong rakyat melakukan protes terhadap rejim Iran dan mendorong rakyat untuk meluahkan penderitaan mereka.

2- Protes itu bermula di kota Mashhad yang terletak di timur Iran, dengan slogan “Menolak Harga Tinggi”, tetapi kemudian merebak ke 80 buah kota. Ribuan pemuda dan pekerja terlibat dan mereka marah terhadap korupsi pegawai2,  pengangguran dan jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar. “ Protes2 itu adalah akibat tiga factor: pertama, dasar penyelarasan ekonomi IMF yang menyusahkan, kedua, kelemahan pemerintah dan pegawai2 dalam menyelesaikan masalah, dan akhir sekali: untuk mengelak ketelusan dan pertanggungjawapan terhadap keputusan2 yang diambil oleh pemerintah,” Ahmad Tavakkoli, pengerusi Pertubuhan Keadilan dan Ketelusan Iran, dalam temu ramah dengan Agensi Berita Fars News Agency pada 30/12/ 2017″ Semuanya ini sepatutnya ditambah kepada perbelanjaan luaran Iran ke atas milita2 dan penyokong2 mereka di Lebanon, Syria dan Yemen.

Ia menjadikan masalah ekonomi satu beban besar ke atas rakyat Iran, mendorong mereka untuk melakukan protes dan lebih dari itu; mereka menuduh rejim Iran mengkhianati rakyat. “Ramai rakyat Iran yakin bahawa pemerintah mereka tidak perlu membantu Hamas di Gaza, Hezbollah di Lebanon, rejim Assad di Syria, dan Houthi Yemen, malah mereka merasakan ia adalah pengkhianatan” (Arabic 21: 01/01/2018) . Semuanya menunjukkan bahawa permulaan protes adalah spontan yang didorong oleh faktor ekonomi. Tetapi rejim Iran melakukan kekerasan terhadap mereka hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan. Sesetengah laporan menunjukkan bahawa bilangan orang yang ditangkap sejak permulaan protes pada 28/12/217  telah bertambah menjadi lebih daripada 1,700 orang. (BBC Arabic 07/01/2018)

3- Sudah diketahui bahawa sebarang protes ekonomi yang jika ditangani dengan berlengah-lengah dan tidak ditangani dengan betul serta ditangani dengan kekasaran akan diikuti dengan protes politik dan itulah yang terjadi. Slogan-slogan politik ditambah kepada slogan-slogan ekonomi terhadap rejim dan mereka yang mengekalkannya, dan mengkritik campur tangan rejim dalam peperangan di rantau itu dan membelanjakan berbilion dolar untuk membiayai peperangan itu. Protes itu mula dikuasai oleh trend2 politik yang menentang rejim itu dan serangan terhadap simbol2 rejim dan pemimpin2nya. Kemudian peristiwa itu dieksploitasi oleh Eropah dan Amerika; media Eropah mempromosinya khasnya Britain melalui BBC dan stesen televisyen  yang dimilikinya. Presiden Perancis Macron ketika menjawab soalan akhbar Al-Hayat tentang peristiwa di Iran, yang diterbitkan oleh akhbar pada 4/1/2018: “Demonstrasi itu mencerminkan sikap keterbukaan orang awam Iran. Ini mendorong saya untuk menghubungi Presiden Rouhani untuk mengingkatkan beliau tentang perlunya untuk mengelakkan keganasan dan membenarkan kebebasan bersuara untuk rakyat. Kita akan tunggu dan lihat sikap keterbukaan Iran yang sepatutnya wujud dengan memberi peluang kepada para penunjuk perasaan supaya kita boleh menyatakan sikap tentang kejadian yang berlaku menjelang lawatan Menteri Luar Negeri Perancis, Le Drian, yang dijadualkan melawat Iran dan kemudian lawatan saya ke negara ini .” Beliau juga menyeru supaya terus dilakukan dialog yang berkekalan dengan Tehran. Tetapi campur tangan Eropah untuk mengeksploitasi kejadian-kejadian itu tidak berbaloi dihentikan kerana ia tidak berkesan.

4- Apa yang perlu dihentikan ialah campur tangan Amerika. Presiden Amerika Trump dalam halaman twitternya berkata pada 1/1/2018. “Rakyat Iran akhirnya bertindak terhadap rejim Iran yang korup lagi kejam. Kesemua wang yang Presiden Obama berikan kepada mereka adalah perkara yang bodoh kerana ia digunakan untuk membiayai keganasan dan masuk ke dalam “poket” mereka. Rakyat sukar mendapat makanan, inflasi melonjak naik dan tidak ada hak asasi manusia. Amerika sedang memperhatikan keadaan.” Setiausaha akhbar White House berkata:”Pentadbiran Trump amat prihatin sekali. Ribuan penunjuk perasaan dipenjarakan oleh rejim itu,”tambahnya:”Kita tidak akan mendiamkan diri terhadap kediktatoran Iran yang menyekat hak asasi warganya dan akan mempertanggungjawabkan para pemimpin Iran terhadap sebarang pelanggaran yang berlaku.” (Akhbar elektonik Iraq 10/1/2018). Ramai pegawai Amerika , yang diketuai oleh Presiden Donald Trump, telah menyokong para penunjuk perasaan menentang pemerintah sejak hari pertama lagi. Wakil Tetap Amerika Syarikat ke Bangsa-bangsa Bersatu, Niki Haley, memaklumkan kepada Majlis Keselamatan pada hari Jumaat bahawa Amerika menyokong para penunjuk perasaan Iran, beliau berkata, “ Rakyat Iran merintih inginkan kebebasan untuk mereka, kemakmuran untuk keluarga mereka dan kehormatan untuk negara mereka,” seruan Washington kepada Majlis Keselamatan telah membuatkan anggota-anggota majlis lain marah, termasuk Rusia, dan delegasi Rusia menggambarkan tunjuk perasaan Iran sebagai suatu “urusan dalaman”. (BBC Arabic 7/1/2018). Seruan Washington supaya diadakan mesyuarat Majlis Keselamatan adalah bukti tentang tindakan Amerika yang mendorong tunjuk perasaan itu dan begitu cepatnya seruan Washington memeranjatkan anggota-anggota Majlis Keselamatan. “Para anggota Majlis Keselamatan terperanjat dengan seruan Haley yang mendesak diadakan mesyuarat Majlis Keselamatan untuk membincangkan tunjuk perasaan di Iran, dan telah dipaksa untuk mengenakan tekanan ke atas bantahan Rusia terhadap mesyuarat tersebut,”   wartawan BBC Barbara Pelt. Wakil Amerika ke Masjlis itu berkata bahawa Washington berpendirian “tanpa teragak-agak dengan orang-orang di Iran yang inginkan kebebasan untuk diri mereka dan kemakmuran untuk keluarga mereka serta kehormatan untuk negara mereka”  (BBC Arabic 06/01/2018)

5- Ini menimbulkan persoalan: Adakah sokongan Amerika kepada demonstrasi di Iran itu bermakna bahawa mereka sedang berusaha untuk menggulingkan rejim di Iran? Atau adakah mereka mempunyai matlamat lain yang ingin dicapai dengan menggerakkan gelombang demonstrasi di Iran? Untuk menjawab soalan ini, kita berkata seperti berikut:

Mengenai pandangan bahawa sokongan Amerika terhadap usaha untuk mengubah rejim itu, pandangan itu tidak tepat kerana Amerika sendiri mengatakan; Timbalan Pembantu Setiausaha untuk urusan Iran dan Iran, Andrew Beck, berkata kepada akhbar Al-Hayat Newspaper yang diterbitkan pada 4/1/2018: “Kami hanya membicarakan tentang perlindungan kepada para penunjuk perasaan dan kesudahannya kami mahu rejim itu mengubah tingkah lakunya mengikut beberapa cara khasnya terhadap para penunjuk perasaan” dan menegaskan bahawa ” pentadbiran kami inginkan rejim itu melakukan perubahan tingkah laku dan tidak mahu mengubah rejim di Iran…” [diterjemahkan daripada bahasa Arab]. Amerika dan peranannya dalam rejim itu sudah sediah dimaklumi; kami telah sebutkan perkara ini sebelumnya dalam “Soalan kepada Jawapan” pada 21/08/2013: (Peranan Amerika dalam revolusi Iran adalah jelas sejak awal lagi…dan semua tindakan politik di rantau itu yang dilakukan oleh Iran semuanya adalah mengikut kehendak projek-projek Amerika….), dan kami juga telah katakan dalam satu lagi jawapan “Jawapan kepada Soalan” pada 23/02/2017 (Maka peranan Iran dalam rantau itu adalah dasar Amerika yang dikaji dengan teliti dan peranan ini berkembang dan menguncup mengikut kehendak dasar Amerika dan mengikut kesesuaian keadaan), dan oleh itu, pengisytiharan Amerika menyokong protes itu bukanlah untuk mengubah sistem yang ada sekarang.

6- Oleh itu kenapa Amerika menggerakkan gelombang dan mengeksploitasinya? Ini penting kerana dua sebab:

Pertama adalah untuk memesongkan perhatian daripada isu Palestin dan kenyataan Trump tentang Al-Quds “Jerusalem” dan untuk menyibukkan rantau itu dengan isu Iran. Maka, ia menjadi musuh nombor satu di rantau itu dan perhatian bertumpu terhadap Iran dan tidak terhadap isu entiti Yahudi yang merampas Palestin.

Kedua adalah untuk menghalalkan kewujudan agen-agen Amerika di rantau itu dengan alasan untuk menghadapi Iran dan melindungi Amerika daripada bahaya Iran. Kenyataan Trump tentang Al-Quds (Jerusalem) yang mengatakan bahawa ibukota entiti Yahudi seperti yang kami katakana dalam selebaran pada  7/12/2017 adalah tamparan kepada agen-agen Amerika “Al-Quds (Jerusalem) berada di jantung dan pemikiran umat Islam, dan sikap berdiam diri agen-agen tersebut terhadap kenyataan Trump dan kesungguhan mereka untuk menjadi agen Amerika adalah skandal yang besar menghadapi mereka…kenyataan Trump terhadap Iran adalah perkara yang menjadi tempat bergantung bagi mereka untuk menghalalkan kesinambungan mereka untuk menjadi agen-agen pro-Amerika walaupun Trump membuat kenyataan tentang Jerusalem yang mengguris umat Islam …dengan mengatakan Trump menentang Iran, musuh utama, ia adalah satu alasan yang lebih parah daripada jenayah

قَاتَلَهُمُاللَّهُأَنَّىيُؤْفَكُونَ

Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? [Al-Munafiqun: 4]”

7- Inilah apa yang mungkin sekali terjadi di Iran berkaitan dengan protes dalaman dan kenyataan-kenyataan dari luar Negara khasnya dari Amerika.

Sebagai kesimpulan, manipulasi negara-negara penjajah Kafir yang cuba menentukan hala tuju Negara-negra Muslim berlaku kerana pemimpin-pemimpin Ruwaibida memerintah mereka dan setia kepada musuh-musuh Islam dan Muslim, serta mentaati mereka. Rasulullah saw telah memberi amaran tentang hal ini dalam riwayat Ahmad  seperti dalam kitab Musnad daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah saw bersabda::

«إِنَّهَاسَتَأْتِيعَلَىالنَّاسِسِنُونَخَدَّاعَةٌيُصَدَّقُفِيهَاالْكَاذِبُوَيُكَذَّبُفِيهَاالصَّادِقُوَيُؤْتَمَنُفِيهَاالْخَائِنُوَيُخَوَّنُفِيهَاالْأَمِينُوَيَنْطِقُفِيهَاالرُّوَيْبِضَةُقِيلَوَمَاالرُّوَيْبِضَةُقَالَالسَّفِيهُيَتَكَلَّمُفِيأَمْرِالْعَامَّةِ»

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu helah, yang mana pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan diberi memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap ialah golongan Ruwaibidah”. Ada sahabat bertanya: “Apakah dia Ruwaibidah itu?” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Orang lelaki bengap yang membicara tentang urusan orang ramai”.

Ia juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam al-Mustadrak dan diklasifikasikan sebagai hadith sahih. Masalah umat adalah pemimpin-pemimpinnya, tetapi umat Islam adalah umat terbaik yang diutus kepada manusia; ia tidak akan berdiam diri sebegitu lama terhadap pemerintahan kejam oleh Ruwaibida ini. Rasulullah SAW memberi kita berita gembira tentang kedatangan kembali Khilafah Rashidah setelah pemerintahan kejam ini seperti yang  dinyatakan dalam Musnah Imam Ahmad dan at-Tayalisi daripada Hudhayfah ibn Al-Yaman

«… ثُمَّتَكُونُمُلْكًاجَبْرِيَّةً،فَتَكُونُمَاشَاءَاللَّهُأَنْتَكُونَ،ثُمَّيَرْفَعُهَاإِذَاشَاءَأَنْيَرْفَعَهَا،ثُمَّتَكُونُخِلَافَةٌعَلَىمِنْهَاجِنُبُوَّةٍ»

Selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala. Setelah itu akan terulang kembali periode khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam.” 

وَيَقُولُونَمَتَىهُوَقُلْعَسَىأَنْيَكُونَقَرِيبًا

“…Bila itu (akan terjadi)?” Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu itu dekat”,”” [Al-Isra’: 51]

24 Rabii’ Al-Akhir 1439 AH

11/01/2018 CE