Respons Kepada Wawancara BFM Dengan Presiden ABIM

Dalam satu wawancara dengan Business FM (BFM) 89.9 pada 12/06/2018 yang boleh diakses di https://www.bfm.my/bg-zainah-anwar-mohd-raimi-abdul-rahim-islam-in-malaysia-an-evolving-conversation, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim telah ditanya oleh pewawancara Mr. Sharaad Kuttan, antara lain dengan soalan berikut:

“Di negara ini terdapat kumpulan seperti Hizbut Tahrir…yang tampil dengan kenyataan tegas mengenai penerapan syariah, contohnya dengan mengatakan bahawa undang-undang Tuhan mengatasi proses demokrasi. Pada pendapat anda secara umum, di manakah letaknya kekuatan perbualan seperti ini? Adakah kumpulan-kumpulan yang menginginkan Khilafah..dalam satu spektrum, mendapat tempat di lapangan?”

Dalam jawapannya, Presiden ABIM menyatakan antara lain:

“Anak-anak muda Islam di seluruh dunia kecewa dengan kerajaan dan pilihan raya masing-masing dan ini menjadi sebab kepada kumpulan seperti Hizbut Tahrir dan lain-lain datang (kepada mereka). Mereka kecewa dengan kerajaan yang zalim di negara mereka, lalu mereka berpindah arah daripada kertas undi kepada peluru. Mereka tidak lagi percaya kepada pilihan raya, kepada demokrasi dan mereka mula mempunyai idea khayal untuk pergi ke Syria, menyertai ISIS dan menjadi Boko Haram. Jadi, lapisan orang-orang seperti ini sebagaimana yang disebut oleh Zainah, tidaklah sama, tetapi lapisan para pemuda yang berkobar-kobar untuk melakukan perubahan dan memanifestasi identiti keagamaan mereka kepada institusi atau kepada kerajaan atau kepada Khilafah sekali pun, memerlukan ruang untuk ikatan pertemuan. Kita perlu mengikat pertemuan dengan mereka. Jika mereka sudah membuat keputusan dan bertekad untuk pergi ke beberapa tempat untuk berjihad, ketika itu sudah terlewat untuk mendatangi dan menghadapi mereka.”

Pertamanya kami mengucapkan terima kasih kepada Mr. Sharaad Kuttan kerana bertanyakan soalan yang dengan jelas menunjukkan keprihatinannya kepada Hizbut Tahrir. Kami harap dapat dijemput ke program yang seumpamanya jika beliau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai usaha-usaha Hizbut Tahrir di negara ini, atau di seluruh dunia. Walaupun kami berpandangan bahawa Presiden ABIM tidak menjawab dengan sewajarnya akan soalan yang dikemukakan, namun apa yang menarik perhatian kami ialah jawapan mengenai Hizbut Tahrir yang boleh membawa kepada kesalahfahaman, yang mewajarkan kami untuk memberikan klarifikasi seperti berikut:

–    Kami bersetuju dengan Presiden ABIM bahawa ramai anak-anak muda Islam di seluruh dunia yang kecewa dengan kerajaan masing-masing, namun perlu diketahui bahawa kewujudan Hizbut Tahrir, tindakan dan tindak balas kami bukan berdasarkan kekecewaan. Kami tidak mendatangi anak-anak muda kerana kekecewaan mereka, tetapi kami mendatangi mereka atas dasar Islam, untuk menyeru mereka kepada Islam. Hizbut Tahrir ditubuhkan sebagai menyahut perintah Allah (swt):

﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat (jemaah) yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung” [Ali Imran (3):104].

Usaha-usaha Hizbut Tahrir dilakukan atas dasar kewajipan syarak, bukan kerana ingin mengubati kekecewaan sebahagian kaum Muslimin, walaupun dengan melakukan usaha-usaha tersebut kekecewaan kaum Muslimin Insya Allah akan terubat;

–    Berhubung dengan kerajaan yang korup dan diktator, tugas kami bukan untuk menghalakan muncung pistol ke arah mereka atau meminta kaum Muslim melakukannya. Tugas kami ialah untuk memuhasabah mereka agar mereka bertaubat dan meninggalkan kejahatan serta segala kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat, dan agar mereka membuang sistem pemerintahan buatan manusia yang mereka terapkan dan taati. Kami memuhasabah mereka dengan tegas dan secara konsisten agar mereka memerintah dengan apa yang Allah (swt) perintahkan ke atas mereka. Dalam masa yang sama, kami menasihati dan menyeru seluruh umat Islam agar melakukan tugas yang sama;

–    Selain memuhasabah penguasa, Hizbut Tahrir berusaha untuk membangkitkan umat Islam daripada tahap kemerosotannya yang amat parah yang dapat kita saksikan pada hari ini, dan membebaskannya daripada segala pemikiran, sistem dan undang-undang kufur dan juga daripada pengaruh dan cengkaman negara-negara kufur. Kami juga berusaha untuk mengembalikan negara Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah agar segala hukum yang Allah (swt) turunkan dapat dilaksanakan semula secara kaffah dan umat Islam akan kembali bersatu di bawah satu payung pemerintahan sebagaimana dahulunya;

–    Berhubung anak-anak muda Islam yang kecewa yang dirujuk oleh Presiden ABIM, yang bertukar arah daripada “kertas undi kepada peluru”, kami harap beliau tidak memaksudkan Hizbut Tahrir tergolong dalam kumpulan tersebut, kerana jika beliau memaksudkannya, ini merupakan sebuah rekayasa dan pembohongan yang nyata. Dalam melakukan perubahan, Hizbut Tahrir tidak pernah mempercayai sama ada kertas undi mahupun peluru. Harap maklum bahawa walaupun Hizbut Tahrir “menentang” demokrasi, kami juga menentang sebarang bentuk keganasan dalam menukar kerajaan, kerana kedua-dua pendekatan ini adalah haram di sisi Islam. Hizbut Tahrir telah bergerak di Malaysia dan di seluruh dunia sejak penubuhannya pada tahun 1953 hanya dalam spektrum politik dan intelektual, kerana kami mengikuti sepenuhnya jejak langkah Rasulullah (saw) yang mengharamkan parti politik daripada terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan;

–    Tidak sebagaimana anak-anak muda Islam yang disebut oleh Presiden ABIM sebagai tidak lagi percaya kepada demokrasi kerana kecewa dengannya, Hizbut Tahrir tidak mempercayai demokrasi kerana ia jelas lagi nyata bertentangan dengan Islam dalam segenap aspek. Hizbut Tahrir menyatakan dengan jelas bahawa demokrasi adalah sistem kufur yang berasal dari Barat dan haram untuk umat Islam menyeru kepadanya, mengambilnya, melaksanakannya dan menyebarluaskannya;

–    Agak penting untuk disebutkan bahawa Hizbut Tahrir tidak menyetujui siapa pun yang pergi ke Syria untuk berperang sesama Muslim. Hizbut Tahrir juga tidak pernah mengiktiraf ISIS atau Boko Haram sebagai sebuah negara Islam. Malah mereka sebenarnya bukan sebuah negara pun, tetapi hanya merupakan kumpulan bersenjata yang perjuangan mereka tidak selari dengan Islam;

–    Berkenaan dengan “ikatan pertemuan” dengan anak-anak muda Islam yang kecewa sebagaimana yang dicadangkan oleh Presiden ABIM, kami bersetuju dengan saranan tersebut dan ingin kami luaskan lagi ikatan pertemuan tersebut dengan semua jemaah Islam termasuklah ABIM sendiri. Kita memang perlu mengadakan pertemuan yang serius secara berkala berasaskan ruh Islam dan persaudaraan, agar kita dapat bekerjasama di jalan yang benar bagi menegakkan agama Allah (swt). Dengan ikatan pertemuan tersebut, kita dapat memahami satu sama lain, dan sebagai gerakan Islam, kita dapat memperkuatkan satu sama lain dalam rangka menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut, termasuklah daripada kumpulan liberal dan sekular;

–    Berhubung dengan jihad, kami dapati Presiden ABIM telah mengungkapkannya dengan cara yang negatif. Jihad adalah hukum syarak yang datangnya dari Allah (swt), dan merupakan kemuncak ibadah dalam Islam. Hizbut Tahrir menyatakan dengan jelas bahawa jihad wajib dilakukan oleh negara iaitu dengan mengerahkan pasukan tentera kaum Muslimin untuk berperang dengan puak kuffar yang mengisytiharkan perang ke atas Islam dan umat Islam. Penguasa Muslim wajib mengisytiharkan jihad ke atas golongan kuffar yang membunuh dan menindas umat Islam; yang melakukan kezaliman ke atas umat Islam; yang menghina Islam, menghina Rasulullah (saw) dan menghina umat Islam dan seumpamanya, yang menjadikan mereka musuh Islam. Jihad merupakan amalan paling mulia yang dilakukan bertujuan untuk memasukkan cahaya Allah (swt) ke negeri-negeri yang diperintah dengan kegelapan kekufuran. Apa yang berlaku di Syria, Afghanistan, Iraq, tanah Palestin yang diberkati, Myanmar, Kashmir dan lain-lain negeri di mana wilayah umat Islam dijajah dan saudara-saudara kita dibunuh tanpa peri kemanusiaan oleh puak kuffar, adalah natijah daripada tidak dilancarkan jihad oleh penguasa Muslim di seluruh dunia. Penguasa Muslim ini bukan hanya mempamerkan kebaculan dan pengkhianatan mereka kepada umat Islam, lebih buruk, mereka adalah ejen puak kuffar dan sangat setia kepada tuan mereka. Daripada mempersalahkan kaum Muslimin pergi berjihad, Presiden ABIM seharusnya mempersalahkan penguasa kaum Muslimin yang langsung tidak menggerakkan tentera ke medan jihad; dan

–    Akhir sekali, walaupun nampaknya Presiden ABIM seperti tidak bersetuju dengan idea “memanifestasikan identiti agama kepada Khilafah”, kami meminta beliau memeriksa dan mengkaji dengan sewajarnya pendapat para imam mazhab dan ulama tentang Khilafah. Insya Allah, kami yakin yang beliau akan menemui yang tiada khilaf (perbezaan) pendapat di kalangan imam-imam mazhab dan ulama tersebut bahawa menegakkan Khilafah merupakan kewajipan dari Allah (swt) ke atas setiap Muslim dan setiap Muslim wajib menjaga dan melindungi Negara Islam tersebut dengan apa cara sekalipun. Kami berdoa agar Allah (swt) akan sentiasa membimbing Presiden ABIM ke jalan yang benar.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Khamis, 7 Syawal 1439 H
21/06/2018 M
Ruj: HTM/PR/13/1439


Press Release

A Response to BFM’s Interview with the President of ABIM

In an interview with Business FM (BFM) 89.9 on 12/06/2018 which can be accessed at https://www.bfm.my/bg-zainah-anwar-mohd-raimi-abdul-rahim-islam-in-malaysia-an-evolving-conversation, the President of the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, had been asked by the interviewer Mr. Sharaad Kuttan, among others, the following question:

“We have in this country groups like Hizb ut Tahrir… you know… and such, who come up with a very strong statement about the implementation of Shariah saying God’s law trumps the democratic process for instance, where do you think on balance is the conversation weighted today? Are those groups who wanted Caliphate… you know… one end of the spectrum, are they winning ground today?”

In his answer, the President of ABIM said inter alia:

“Young Muslims around the world got frustrated with their governments and the elections and this was reason such groups as Hizb ut Tahrir and others came, they are frustrated with the tyrant government in their countries and they go saying from ballot to bullet, they stop believing in election, in democracy and they start having a new utopian idea of going to Syria, or joining ISIS and becoming Boko Haram. So this segment of people just like Zainah mentioned is not homogeneous, but this particular segment of young people who are eager to make change and to manifest their religious identity into institution and into government or even Caliphate, need to have room for engagement, we need to engage with them. It is only too late when they have decided and made up their minds to go for… you know… some places for jihad and then only you came and counter them”.

First of all, we thank Mr. Sharaad Kuttan for asking such a question which clearly shows his concern over Hizb ut Tahrir. We hope to be invited to a similar program should he wish to know more about Hizb ut Tahrir and our work in this country or at the global level. Even though we are of the opinion that the President of ABIM did not answer the said question appropriately, our concern is on his answer about Hizb ut Tahrir that is rather misleading and this drives us to offer a few clarification points as follows:

–    We agree with the President of ABIM that many young Muslims across the world are frustrated with their governments, but it should be pointed out that Hizb ut Tahrir’s establishment, actions and reactions are not based on frustration. Our calls (da’wah) to Muslims are not motivated by the frustration of Muslims, rather, these calls are commanded by Allah (swt). We call them to Islam whether they are, or not, frustrated with their governments. Hizb ut Tahrir was established in response to the command of Allah (swt):

﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil, and they are those who are successful” [Ali-Imran: 104].

Our work is solely based on the divine obligation, not just as a panacea to the frustration of the Muslim Ummah, which would also Insha Allah be relieved with calls to Islam;

–    In regards to the tyrants and corrupt governments, our duty is not to point guns at them nor do we ask other Muslims to do so. Our duty is to account them, to urge them to repent to Allah (swt) and stop the evils and oppressions that they perpetrate against the people and urge them to uproot the man-made systems that they implement and adhere to. We account them firmly and consistently that they must rule with what Allah (swt) commands them to. At the same time, we advise and call upon all Muslims to carry out the same duties;

–    Apart from that, Hizb ut Tahrir has been working to revive the Islamic Ummah from the severe decline that we are witnessing today and to liberate it from the thoughts, systems and laws of Kufr, as well as the domination and influence of the Kufr powers. We also aim to restore the Righteous Khilafah State (Caliphate) on the method of Prophethood, so that the ruling by what Allah (swt) has revealed can be realized in its entirety and the Muslim Ummah will be united under one single political umbrella as she had been in the past;

–    With respect to those frustrated young Muslims referred to by the President of ABIM who have turned from “ballot to bullet”, we hope that he did not mean to include Hizb ut Tahrir because if he did, it is a total fabrication and lie against us. Hizb ut Tahrir does not believe in ballot or bullet in making changes. It should be made clear that although we oppose democracy, we also oppose any form of violence in changing the government as both approaches are prohibited (haram) in Islam. Hizb ut Tahrir has been working in Malaysia and all over the world since its establishment in 1953, only within the political and intellectual spectrum as we follow exactly the footsteps of our Prophet (saw) who prohibits any political party from engaging in any violent activities;

–    Unlike young Muslims, as mentioned by the President of ABIM, who stop believing in democracy due to frustration, Hizb ut Tahrir does not believe in democracy due to its total contradiction with Islam. Hizb ut Tahrir states unambiguously that democracy is a Kufr Western-made system and it is haram for Muslims to call for it, to adopt it, to implement it and to spread it;

–    It must also be mentioned that Hizb ut Tahrir disagrees with whomsoever that travels to Syria to fight amongst Muslims. Also, Hizb ut Tahrir does not recognise ISIS or Boko Haram as representing an Islamic State, and as a matter of fact they are not even a state; they are just armed groups whose activities are not in line with Islam;

–    In terms of “engagement” with those frustrated young Muslims that the President of ABIM suggested, we are agreeable to the suggestion and we wish to extend this to all Muslim groups including ABIM itself, to have a serious series of engagements within the spirit of Islam and brotherhood, so that we can work together in the right path to establish the Deen of Allah (swt). With such engagements, we can understand one another and as Islamic movements we can strengthen one another in facing various challenges from all corners, including those of the liberalists and secularists;

–    With regards to jihad, we perceive that the President of ABIM mentioned the issue in a negative way. Jihad is a divine obligation from Allah (swt) and is the peak of Ibadah in Islam. Hizb ut Tahrir mentions very clearly that jihad must be carried out by the state i.e. by dispatching Muslim armies to wage wars against the Kuffar who wage wars against Islam and the Muslims. Muslim rulers have to declare jihad to those Kuffar who kill and oppress Muslims in all corners of the world; who perpetrate unjust acts against Muslims, who insult Islam, our Prophet (saw) and the Muslims etc., which make them the enemy of Islam. Jihad is the most noble Ibadah that will shine the light of Allah (swt) into a country ruled by the darkness of Kufr. What is happening in Syria, Afghanistan, Iraq, the Blessed Land of Palestine, Myanmar, Kashmir and other countries where these lands are invaded and our brothers and sisters are killed inhumanely by the Kuffar, are consequences of the lack of jihad that should have been declared by Muslim leaders across the world. Those Muslim leaders have not only displayed cowardice and betrayed the Ummah, worse, they are agents of the Kuffar and are very loyal to their masters. Rather than blaming the Muslims who go for jihad, the President of ABIM should have blamed the Muslim leaders who failed miserably to despatch armies of jihad in defending the Muslims; and

–    Last but not least, even though the President of ABIM seems to disagree with the idea of “manifesting religious identity into Caliphate”, we ask him to properly check and study what our noble scholars and ulamas say about the Caliphate. Insha Allah we believe that he will find those scholars and ulamas do not differ in their opinions that Caliphate is a divine obligation from Allah (swt) on every Muslim to establish it, preserve it and protect it by all available means. We make dua to Allah (swt) that He will always lead the President of ABIM to the truth.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM/PR/13/1439
21/06/2018 CE
Thursday, 07th Shawwal 1439 AH