HT Sudan: Penjelasan Kepada Umat

Hizbut Tahrir Sudan ingin memberikan penjelasan kepada umat berkaitan konspirasi Barat dalam memecah-belahkan negeri kaum Muslimin di Sudan. Apabila terlaksananya referendum bagi rakyat menentukan nasib sendiri di selatan Sudan pada hari 9 Januari 2011, maka kuffar Barat  telah berjaya merealisasikan rencananya untuk memecah-belahkan Sudan.

Menurut Hizbut Tahrir, melalui referendum tersebut,  pemisahan pasti akan tetap berlaku tanpa melihat kepada suara-suara mereka yang turut ikut serta dalam membuat  referendum tersebut. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gerakan Rakyat (Popular Movement), Baqam Amom, mengatakan: “Esok kita akan memberikan suara persetujuan untuk pemisahan walaupun turun hujan api sekalipun”.

Bahkan, Amerika telah mencalonkan tiga nama untuk jawatan duta besar untuk negara selatan yang bakal diwujudkan. Presiden Omar al-Bashier ketika berkunjung ke Juba, juga meyakinkan mereka bahawa pemisahan akan berlaku. Ia berkata: “Kami tidak akan mendirikan khemah untuk berkabung, kami juga akan meraikannya bersama anda”.

Merujuk  kepada perkara tersebut, Hizbut Tahrir wilayah Sudan ingin menegaskan perkara berikut:

Pemisahan selatan Sudan merupakan sebahagian daripada rancangan lama yang diperbaharui bertujuan untuk memecah-belahkan negeri-negeri kaum Muslimin supaya menjadi entiti-entiti kecil yang tidak memiliki daya dan kekuatan agar mudah untuk dikawal dan dirompak kekayaannya. Masalah selatan Sudan tidak akan berakhir jika masyarakat hanya mengikuti perancangan ini dan berpeluk tubuh terhadap konspirasi tersebut.

Pihak yang menanggung dosa atas pemisahan selatan Sudan dan yang memikul tanggungjawab atas berjalannya agenda kuffar barat ini adalah pemerintah yang menandatangani perjanjian Nivasha yang beracun itu serta menerapkannya. Begitu juga dengan pihak berkuasa politik yang menyokong perjanjian tersebut yang berpeluk tubuh terhadapnya. Termasuk juga kekuatan ketenteraan dan pasukan polis yang mana dengan kemampuan yang mereka miliki, mereka berupaya untuk menggagalkan rancangan tersebut, tetapi mereka tidak melakukannya.

“Sesungguhnya pada hari ini, kami mengumumkan kesedihan atas kejayaan konspirasi ini. Kami menyeru kepada warga Sudan khususnya, dan umat Islam umumnya, agar membebaskan diri dan berlindung kepada Allah SWT daripada kejahatan ini. Semoga mereka terus mengingati nama-nama dan karakter-karakter perancang dan pelaksana kejahatan yang mengerikan ini sehinggalah pada saat mereka disoal untuk dipertanggungjawabkan oleh Khilafah kaum Muslimin yang akan kembali dalam waktu yang sangat singkat ini dengan izin Allah SWT,” tegasnya dalam sebuah kenyataan.

Kenyataan akhbar tersebut ditutup dengan ayat Al-Quran, “Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” [TMQ Yusuf (12): 21)