Sampai Bila Ahli Politik Dan Ahli Agama Ingin Jadi Kaki Fitnah? Bertakwalah Anda Kepada Allah (swt)!
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 06/08/2019 telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 dengan memasukkan takrif agama Islam dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, selain menjadikan sebatan sebagai penalti bagi ajaran doktrin dan pelaksanaan upacara atau perbuatan berhubungan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak serta fatwa yang berkuatkuasa di negeri tersebut. Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Aidi Moktar yang membentangkan RUU tersebut berkata, terdapat 25 ajaran sesat di Sabah sehingga 2017 dan turut tersenarai ialah Millah Abraham [Ibrahim], Hizbut Tahrir dan Syiah yang mempunyai fahaman melampau sehingga tahap sanggup melancarkan perang ke atas pemimpin dan kerajaan yang tidak sependapat atau tidak sejajar dengan ajaran mereka. “Kewujudan ajaran sesat ini terutama berfahaman melampau bukan sahaja memberi kesan negatif atau ancaman keselamatan kepada penduduk beragama Islam tetapi juga kepada semua penduduk di Sabah tanpa mengira agama dan bangsa” katanya lagi.
Fatwa Sabah yang dikeluarkan ke atas Hizbut Tahrir pada 07/09/2017 antara lain menyebut bahawa Hizbut Tahrir mengkafirkan pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam, dan mereka harus diperangi kerana menerima sistem kufur. Fatwa atau lebih tepatnya fitnah ini, telah pun dijawab oleh Hizbut Tahrir melalui Buku Bantahan bertarikh 08/11/2017 yang telah diserahkan ke Jabatan Mufti pada 13/11/2017, yang sehingga kini gagal dijawab oleh Jabatan Mufti dan dengan izin Allah (swt), mereka akan terus gagal untuk menjawabnya! Fatwa yang hanya disalin (copy and paste) sepenuhnya dari fatwa Selangor ini telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Sabah tanpa tabayyun sedikit pun! Hizbut Tahrir tidak pernah dipanggil untuk berbincang atau menjelaskan tentang fahaman dan ajaran yang kami bawa, namun terus difatwakan bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar serta bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di manakah keadilan dan disiplin Majlis Fatwa Sabah terhadap proses mengeluarkan sesuatu fatwa menurut ajaran Islam!? Bukan sekadar itu, beberapa percubaan Hizbut Tahrir untuk berjumpa dengan Mufti dengan cara baik bagi membincangkan hal ini terus dinafikan dengan Mufti bersungguh-sungguh mengelak daripada bertemu. Lebih buruk, kali terakhir delegasi Hizbut Tahrir pergi ke pejabat Mufti untuk berbincang serta menyerahkan Buku Bantahan fatwa tersebut, delegasi tersebut telah dihalau oleh Mufti sendiri sebelum mereka sempat memberi salam pun!
Sebagaimana Majlis Fatwa Sabah yang tidak bertabayyun terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah turut mengulangi hal yang sama ke atas Hizbut Tahrir! Betapa lancangnya mulut seorang ahli DUN mengeluarkan kata-kata fitnah sedemikian rupa tanpa usul periksa, dan ironinya ia disokong pula secara sebulat suara oleh ahli-ahli DUN yang lain!? Di manakah kewarasan dan keintelektualan mereka dalam memeriksa sesuatu fakta sebelum mengambil apa-apa keputusan? Hizbut Tahrir bukan sahaja dituduh sesat, malah difitnah mempunyai fahaman yang melampau sehingga ke tahap sanggup melancarkan perang ke atas pemimpin dan kerajaan yang tidak sependapat atau tidak sejajar dengan ajaran Hizbut Tahrir. Lebih daripada itu, Hizbut Tahrir turut difitnah mengancam keselamatan penduduk! SubhanAllah! Kami ingin bertanya sekaligus mencabar kesemua ahli DUN Sabah untuk membuktikan, di manakah dalam penerbitan atau ucapan kami, yang kami berkata demikian?! Berapa ramaikah pemimpin dan berapa banyakkah kerajaan di dunia ini yang telah diperangi oleh Hizbut Tahrir?! Darah siapakah yang telah kami tumpahkan?! Keselamatan penduduk manakah yang telah kami ancam?! Siapakah yang telah kami bunuh atau cederakan?! Siapakah yang telah kami ragut barangan mereka?! Harta siapakah yang telah kami rampas?! Rumah siapakah yang telah kami rompak?! Kemudahan awam manakah yang telah kami musnahkan?! Wahai ahli-ahli DUN Sabah! Siapakah yang selama ini telah merompak harta rakyat Sabah dan kekayaan alam negeri Sabah, sehingga rakyat Sabah hidup dalam kemiskinan? Silalah cermin diri!
Mereka ini bergelar wakil rakyat, yang seharusnya membawa suara dan kepentingan rakyat dalam DUN, tetapi apa yang mereka lakukan ialah memfitnah Hizbut Tahrir dalam persidangan mereka. Wahai ahli DUN Sabah! Siapakah dalam kalangan rakyat yang anda wakili, yang telah menyuruh anda memfitnah Hizbut Tahrir? Siapakah dalam kalangan rakyat yang anda wakili, yang telah terancam keselamatannya disebabkan oleh dakwah Hizbut Tahrir sehingga anda perlu meminda undang-undang yang berkenaan? Sesungguhnya rakyat tahu tentang Hizbut Tahrir, dan rakyat tahu bahawa Hizbut Tahrir ialah sebuah parti politik yang bergerak secara politik dan intelektual tanpa kekerasan, jauh sekali memerangi sesama Muslim! Rakyat tahu bahawa Hizbut Tahrir bukan sahaja menolak sebarang bentuk keganasan, sebaliknya Hizbut Tahrirlah yang sering “diganasi” oleh pemerintah dengan para anggotanya ditangkap, dipenjara, diseksa dan ramai yang telah dibunuh secara kejam! Rakyat tahu bahawa Hizbut Tahrirlah yang berjuang untuk membangkit dan mempersatukan mereka; Hizbut Tahrirlah yang berjuang untuk menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia daripada penjajahan, pembantaian dan kezaliman pemerintah dengan berusaha menegakkan Khilafah. Rakyat tahu bahawa wakil-wakil mereka berdiam diri di saat umat Islam sedang diperangi dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Rakyat tahu bahawa wakil-wakil mereka sibuk mencari kekayaan dunia di saat Palestin diperangi oleh tentera entiti Yahudi. Rakyat tahu bahawa wakil-wakil mereka sibuk dengan aktiviti rasuah dan pelbagai skandal tatkala Muslim Rohingya dibunuh oleh tentera Buddha. Rakyat tahu bahawa wakil-wakil mereka sibuk berebut jawatan dan pangkat tatkala Muslim Kashmir sedang diperangi oleh tentera negara Hindu. Sesungguhnya rakyat tahu siapa wakil-wakil mereka dan rakyat tahu siapakah Hizbut Tahrir dan rakyat dapat membezakan di antara intan dan kaca!
Sungguh berat fitnah dan tuduhan yang dilontarkan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan juga ahli-ahli DUN Sabah ke atas Hizbut Tahrir, yang hanya mengulangi fitnah yang dilontarkan oleh Majlis Fatwa Sabah, tanpa usul periksa sedikit pun! Sungguh keji apa yang keluar dari mulut-mulut mereka, seolah-olah di sisi mereka tidak ada malaikat yang mencatat apa yang mereka ucapkan! Sungguh berani mereka melontarkan tuduhan dan fitnah seberat itu, seolah-olah mereka tidak yakin bahawa adanya Hari Pembalasan dan Hari Pertemuan dengan Allah (swt)! Jika mereka mempunyai sedikit keintelektualan, sedikit perasaan malu, sedikit maruah dan sedikit ketakutan kepada Allah (swt), nescaya mereka tidak akan melontarkan tuduhan seberat dan seliar itu ke atas Hizbut Tahrir!
Sampai bila wakil-wakil rakyat dan orang-orang agama akan terus menipu dan membohongi rakyat mengenai Hizbut Tahrir? Sampai bila wakil-wakil rakyat dan orang-orang agama akan terus menjadi kaki fitnah? Sampai bila wakil-wakil rakyat dan orang-orang agama akan sedar bahawa segala fitnah dan kezaliman yang mereka lakukan ke atas Hizbut Tahrir hanya akan berbalik kepada mereka sendiri di dunia ini, dan di akhirat kelak seksa yang lebih berat akan menanti? Cukuplah wahai wakil-wakil rakyat dan orang-orang agama sekalian! Hentikanlah segera segala fitnah, pembohongan dan kezaliman anda ke atas Hizbut Tahrir. Anda tidak mendapat apa-apa manfaat pun di dunia ini dengan memfitnah Hizbut Tahrir, apatah lagi di akhirat. Dengarlah nasihat kami ini agar, apabila anda kembali ke sisi Allah (swt) sedikit masa lagi, anda tidak membawa sebarang perhitungan dengan kami. Ketahuilah bahawa dakwah Hizbut Tahrir tidak akan pernah berhenti hanya kerana fitnah, gangguan, penangkapan dan pemenjaraan ke atas para anggota kami. Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum anda, yang jauh lebih kuat dan berkuasa daripada anda, telah melakukan fitnah dan kezaliman yang jauh lebih besar ke atas Hizbut Tahrir, namun dengan kehendak Allah (swt), dakwah Hizbut Tahrir semakin berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam di seluruh dunia, malah Hizbut Tahrir menjadi semakin kuat. Maka untuk kebaikan anda, dunia dan akhirat, kami menyeru kepada anda agar bertakwa kepada Allah (swt) dan sekali lagi kami nasihatkan agar anda hentikan segera segala fitnah, pembohongan dan kezaliman anda ke atas Hizbut Tahrir. Kepada Allah (swt) kami berserah dan kepadaNya kami memohon perlindungan.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Sabtu, 9 Zulhijjah 1440 H
10/08/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 15
Press Release
Till When Do the Politicians and the Religious Men Wish to be Slanderers? Fear Allah (swt) O You People!
The Sabah State Legislative Assembly on 06/08/2019 passed a Bill to amend the Shariah Criminal Offenses Enactment 1995 by adding the definitions of Islam and Ahli Sunnah Wal Jamaah, besides making whipping as one of the penalties for the teaching of any doctrine or the performance of any ceremony or act relating to Islam that is contrary to the Islamic law or any fatwa enforced in the state. Law and Native Affairs Minister of Sabah, Aidi Moktar, who tabled the bill said there are 25 deviant teachings in Sabah as of 2017 and amongst them are Millah Abraham [Ibrahim], Hizb ut Tahrir and Shia which carry extremist roots that could resort to launching war on rulers and governments who do not believe in or whose thoughts are not in line with their teachings. “The existence of deviant teachings, particularly those that are extreme, does not only bring a negative impact on the safety of Muslims but also other occupants regardless of race and religion,” he said.
The Sabah fatwa issued against Hizb ut Tahrir on 07/09/2017 among others, states that Hizb ut Tahrir has labelled the government, parliamentarians and scholars as infidels, and that war should be waged on them for accepting the Kufr system. This fatwa or rather slander, has been answered by Hizb ut Tahrir in our Objection Booklet dated 08/11/2017 that had been handed over to the Mufti Department on 13/11/2017. However, until today, the said department has failed to answer the objections and by the Will of Allah (swt), it will continue to fail to answer them! The fatwa, which is merely a copy and paste of the Selangor fatwa, has been issued by the Sabah Fatwa Council without any verification (Tabayyun)! Hizb ut Tahrir has never been called to discuss or explain our thoughts and teachings, nonetheless our thoughts are accused to be contradictory and deviate from the true teachings of Islam and contrary to the teachings of Ahli Sunnah Wal Jamaah. Where is the justice and discipline of the Sabah Fatwa Council in issuing a fatwa, as taught by Islam!? Not only that, Hizb ut Tahrir’s attempt to meet the Mufti in order to discuss the matter amicably was repeatedly denied by the Mufti when he refrained himself from meeting us. Worse, in the last attempt of Hizb ut Tahrir’s delegation to meet the Mufti at his office to discuss and submit the Objection Booklet, the delegation was ousted by the Mufti himself before they even had a chance to give Salam!
Just as the Sabah Fatwa Council did not carry out any verification (Tabayyun) before issuing a fatwa, the same thing goes to the Law and Native Affairs Minister! How dare a state assemblyman utter such slanderous words without any verification, and ironically, he was unanimously supported by other Assemblymen!? Where is their sanity and intelligence in verifying a fact before taking up any decision? Hizb ut Tahrir was not only accused of being deviant but was also slandered to have extreme thoughts that could resort to launching wars on the rulers and governments who do not believe in or whose thoughts are not in line with Hizb ut Tahrir’s teachings. On top of that, Hizb ut Tahrir was defamed to be a threat to the safety of the people! SubhanAllah! We would like to ask and challenge all Sabah Assemblyman to prove where in our publications or speeches did we say such a thing?! How many rulers and governments in the world have Hizb ut Tahrir waged war against?! Whose blood have we shed? The safety of which occupant have we threatened?! Who have we killed or injured?! Whose belongings have we snatched?! Whose properties have we confiscated?! Whose houses have we robbed?! Which public facilities have we destroyed?! O Sabah Assemblymen! Who is it, all these while that has plundered the properties of Sabahans and the state’s natural resources, resulting in the people of Sabah living in poverty? Please look at yourselves in the mirror!
These are the representatives of the people who are supposed to bring the people’s voices and interests to the Assembly, but what they do instead is slander Hizb ut Tahrir in their session. O Sabah Assemblymen! Who are among the people that you are representing, asked you to slander Hizb ut Tahrir? Who are among the people that you are representing, are threatened and their safety is at stake due to Da’wah of Hizb ut Tahrir that you need to amend the concerned law? Indeed, the people know about Hizb ut Tahrir and the people know that Hizb ut Tahrir is a political party that works politically and intellectually. Hizb ut Tahrir has never and will never engage in violence, let alone launching wars against Muslims! The people know that Hizb ut Tahrir rejects any form of terrorism, but in turn Hizb ut Tahrir is often “terrorized” by the rulers with its members being arrested, imprisoned, tortured and many were brutally killed! The people know that Hizb ut Tahrir is working to elevate their thoughts and unite them; Hizb ut Tahrir is working to save Muslims across the world from colonization, massacre and tyranny of the rulers by re-establishing the Khilafah (Caliphate). The people know that their representatives remain silent when the Ummah is attacked and killed by its enemies. The people know that their representatives are busy seeking worldly wealth when Palestine is attacked by the Jewish entity’s forces. The people know that their representatives are busy with corruption and various scandals when Rohingya Muslims are killed by Buddhist armies. The people know that their representatives are busy wrestling for offices and ranks when Kashmir Muslims are attacked by the Hindu state’s forces. Indeed, the people know who their representatives are, and the people know whom Hizb ut Tahrir is, and the people are able to distinguish between the diamond and the glass!
The slander and accusations perpetrated by the Law and Native Affairs Minister of Sabah in particular, and the Sabah State Legislators in general, against Hizb ut Tahrir, by repeating the slander of the Sabah Fatwa Council without any verification, are indeed very serious. What a disgusting remark that came out of their mouths, as if there are no angels at their sides to record what they utter! What a brave accusation and defamation they made, as if there is no Day of Judgement where they will meet Allah (swt)! If only they had a bit of intelligence, a bit of shame, a bit of dignity and a bit of fear to Allah (swt), they would not have casted such a serious and wild accusation against Hizb ut Tahrir!
Till when will the representatives of the people and those religious men continue to lie and deceive the people about Hizb ut Tahrir? Till when will the representatives of the people and those religious men continue to be slanderers? Till when will the representatives of the people and those religious men realize that all the slander and Zulum (tyranny) they have perpetrated against Hizb ut Tahrir shall only be returned to them in this world, and in the Hereafter, the worst torment awaits them? Enough is enough O representatives of the people and the religious men! Stop all your slander, lies and tyranny against Hizb ut Tahrir immediately! You will not gain anything in this world by slandering Hizb ut Tahrir, let alone in the Hereafter. Listen to our advice, so that when you return to Allah (swt) shortly, you will not carry any argument with us. Take notice that the Da’wah of Hizb ut Tahrir will never cease however much slander, harassment, arrest and imprisonment we face. Do know that the people before you, who are much stronger and more powerful than you, have perpetrated greater slander and tyranny against Hizb ut Tahrir, but by the Will of Allah (swt), the Da’wah of Hizb ut Tahrir is more glorious and accepted by the Muslims worldwide, and Hizb ut Tahrir is getting even stronger. Hence, for your wellbeing in this world and in the Hereafter, we call upon you to fear Allah (swt) and again we advise you to immediately stop all your slander, lies and tyranny against Hizb ut Tahrir. To Allah (swt) we surrender and with Him, we seek protection.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
Ref: HTM 1440 / 15
10/08/2019 CE
Saturday, 09th Dhul Hijjah 1440 AH