Simpati & Normalisasi Terhadap LGBT Undang Bala Allah SWT

Lima lelaki yang dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 7 November lalu telah mendapat perhatian daripada seorang aktivis liberal, Numan Afifi. Aktivis tersebut menulis satu ciapan di twitternya yang ketika itu berada di Mahkamah untuk memberi sokongan terhadap kelima-lima yang dituduh melakukan seks songsang di sebuah apartment dua tingkat di Bandar Baru Bangi. Dia menyatakan juga keputusan mahkamah ini sebagai keterlaluan dan menunjukkan ketidakadilan terhadap ‘komuniti’ LGBTQ.

Malah dilaporkan bahawa Kesatuan Eropah (EU) turut merespon keputusan tersebut sebagai suatu keputusan yang mencemar prinsip hak asasi manusia. Jurucakap Dasar Kesatuan Eropah untuk Luar Negara dan Keselamatan, Maja Kocijancic berkata, hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks (LGBTI) dilindungi di bawah undang-undang hak asasi antarabangsa yang sedia ada dan konvensyen antarabangsa yang relevan [Sumber: Malaymail].

Jika budaya liberal seperti LGBT ini sudah menjadi normal di negara-negara Barat, kini budaya tersebut cuba dinormalisasikan di negeri-negeri umat Islam. Kenyataan-kenyataan yang membela golongan LGBT tersebut sudah cukup jelas untuk melihat usaha menjadikan LGBT sebagai sesuatu yang lumrah dan diterima oleh masyarakat. Dalam kes lima lelaki gay yang dihukum ini, kita dapat lihat bagaimana kelompok liberal melahirkan rasa simpati dan cuba membentuk persepsi bahawa lima lelaki tersebut bukanlah pesalah, sebaliknya menjadi mangsa ketidakadilan.

Tindakan sebegini hanyalah strategi lapuk yang kerap diulang-ulang oleh aktivis liberal dalam setiap isu yang membabitkan golongan LGBT. Mereka akan menggunakan hujah-hujah hak asasi manusia, kebebasan dan ditambah dengan faktor sains seperti genetik yang tujuannya untuk menyakinkan masyarakat supaya menerima cara hidup liberal seperti LGBT. Inilah yang disebut sebagai normalisasi. Sikap negara-negara Barat pula sememangnya tidak akan pernah berhenti daripada agenda merosakkan pemikiran umat Islam. Mereka ingin umat Islam tunduk dengan peradaban dan mengikuti cara hidup mereka yang rosak itu. Perkara ini hakikatnya hanya akan mendekatkan diri manusia kepada bala dan azab Allah SWT.

Tiada Tempat Bagi LGBT dalam Islam

Islam sebuah agama yang bersesuaian dengan fitrah manusia tidak akan sekali-kali memberi ruang kehidupan yang dilaknat dan songsang ini wujud di tengah-tengah masyarakat. Perlu difahami dengan benar bahawa Islam tidak pernah mengenal istilah hak asasi manusia atau kebebasan sehingga seseorang boleh melakukan apa sahaja sekehendaknya atas nama slogan-slogan itu. Bahkan, slogan-slogan itu hakikatnya menjadi alat eksploitasi negara-negara Barat dalam usaha menjajah minda kaum Muslimin supaya menerima pemikiran dan cara hidup Barat yang sudah rosak.

Dalam sistem kehidupan Islam, amalan gay serta perbuatan-perbuatan terkutuk yang lain tidak akan dibiarkan terus merebak dan wajib dibanteras sehingga ke akarnya. Mereka yang berusaha untuk membentuk persepsi umum tentang LGBT dengan kenyataan-kenyataan menyokong budaya itu turut akan dikenakan hukuman yang berat. Jika hukuman syariah yang diterapkan, pelaku-pelaku gay tersebut sepatutnya dijatuhkan hukuman mati mandatori. Inilah hukuman yang selayaknya bagi pengikut kaum Nabi Luth. Para fuqaha’ tidak berselisih pandangan tentang hukuman ini, sebaliknya hanya berbeza pendapat bagaimana cara perlaksanaan hukuman bunuh itu dijalankan. Hal ini sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ

“Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat)” [HR Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah].

Manakala bagi penyeru slogan kekufuran atau budaya kemungkaran seperti LGBT ini, mereka termasuk di bawah kesalahan takzir, hukuman yang ditetapkan oleh pemimpin tertinggi kaum Muslimin. Hukuman takzir boleh mencapai kepada hukuman bunuh sekiranya perbuatan tersebut mendatangkan kemudaratan yang besar terhadap pandangan hidup kaum Muslimin. Maka pemerintah boleh melaksanakan hukuman mati terhadap mereka yang terus menerus melaungkan persepsi untuk menormalkan budaya hidup liberal. Hukuman yang begitu tegas ini bertujuan memelihara manusia agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan yang lebih teruk daripada binatang.

Dengan metode yang sudah ditetapkan oleh Islam ini, barulah segala kerosakan dapat diubah dan dihapuskan. Dalam masa yang sama, kehidupan umat Islam yang dinaungi oleh peraturan halal dan haram, serta didorong oleh ketakwaan sekaligus dapat menjadi benteng masyarakat agar terhindar daripada segala kerosakan pengaruh dan budaya yang dibawa oleh liberalisme.

Sistem Kehidupan Islam Hanya Dapat Terwujud Dengan Khilafah

Perlu diingatkan bahawa sistem kehidupan Islam sepertimana yang kita idamkan ini tidak akan dapat dilaksanakan selagimana sistem demokrasi menjadi sistem yang mengatur kehidupan manusia. Lihatlah bagaimana hukuman yang dilaksanakan ke atas pelaku gay tersebut hakikatnya sangat jauh daripada hukuman Islam. Memang sepatutnya pelaku tersebut dihukum, tetapi kita tidak boleh bersetuju dengan ketetapan hukuman yang dijatuhkan kerana ia sama sekali bertentangan dengan hukuman Islam ke atas pelaku gay, sepertimana yang telah dijelaskan di atas. Hukuman yang dilaksanakan bukan sahaja tidak menakutkan, malah jauh daripada rahmat Allah SWT. Sedangkan dinyatakan dalam sebuah hadis:

إِقَامَةُ حَدٍّ بِأَرْضٍ خَيْرٌ لِأَهْلِهَا مِنْ مَطَرٍ أَرْبَعِيْنَ صَبَاحًا

“Penegakan had (hukuman) di muka bumi lebih baik untuk penduduknya daripada hujan 40 pagi” [HR Ibnu Hibban].

Bertanyalah kepada diri kita sendiri, bagaimanakah kita ingin mendapatkan kebaikan dan rahmat sekiranya hukum yang dilaksanakan itu bukan hukum Allah SWT?

Begitu juga dengan mereka yang menyeru kepada seruan kejahilan dan bercanggah dengan akidah Islam akan terus bebas bersuara atas nama demokrasi dan hak asasi manusia. Maka, umat Islam wajib menyedari bahawa wabak LGBT dan liberalisme didokong oleh sistem demokrasi yang diterapkan hari ini. Dengan demokrasi, setiap yang halal boleh diharamkan begitu juga sebaliknya, yang haram juga boleh dihalalkan. Semuanya atas nama kebebasan dan suara majoriti. Tidak mustahil suatu hari nanti budaya LBGT dibenarkan di Malaysia dan tidak akan ada tindakan atau hukuman yang akan dikenakan kepada golongan ini sepertimana yang berlaku di negara-negara Barat. Segalanya boleh dilakukan atas semangat demokrasi dan hak asasi manusia.

Oleh sebab itu, umat Islam wajib membuang sejauhnya sistem demokrasi ini dan menggantikan dengan sistem KHILAFAH yang akan konsisten untuk menerapkan Islam secara kaffah. Dengan penegakkan Khilafah, hukum Islam tentang pengaturan hidup manusia dapat dilaksanakan secara sempurna yang sesuai dengan fitrah manusia, seterusnya membasmi kuman-kuman LGBT dan membunuh racun-racun liberalisme sehingga ke akarnya.