Ribuan Sidang Kemuncak Telah Gagal, Satu Lagi Bakal Menyusul

Kuala Lumpur akan menganjurkan satu sidang kemuncak pada 18-21 Disember ini, yang kedua seumpamanya semenjak sidang kemuncak yang pertama pada 2014. Sidang kemuncak ini yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bertujuan antara lain untuk membincangkan dan mencari penyelesaian baru kepada masalah dunia Islam, selain untuk meningkatkan kesejahteraan umat Islam dan negara kaum Muslimin secara umumnya.  Presiden Turki, Pakistan, Indonesia dan Emir Qatar adalah antara pemimpin utama yang akan hadir. Sidang kemuncak ini juga bertujuan mengumpulkan para cendekiawan, ulama dan pemikir Islam dari seluruh dunia, dan (bertujuan) untuk mengembalikan ketamadunan Islam. Inilah apa yang dilaporkan dalam media tempatan dan lebih 400 delegasi dari 53 buah negara yang telah mengesahkan kehadiran setakat ini, dijangka akan hadir.

Tanpa mengira niat baik penganjur mahupun para delegasi, jika ada, mereka gagal menyedari bahawa sidang kemuncak ini merupakan refleksi dan manifestasi kegagalan ribuan sidang kemuncak sebelum-sebelum ini baik yang diadakan di Malaysia mahupun seluruh dunia. Ia juga menjadi bukti jelas akan kegagalan Organisasi Kerjasama Negara-negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan lain-lain badan antarabangsa, dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Sekiranya semua sidang kemuncak dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa tersebut berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan masalah umat Islam selama ini, maka sudah tentu tidak ada keperluan untuk mengadakan satu lagi sidang kemuncak yang lemah dan penuh retorik kali ini.

Hampir satu abad sejak keruntuhan Khilafah di Istanbul, umat Islam mengalami penderitaan yang cukup parah, tanpa adanya suatu pelindung dan perisai yang sepatutnya melindungi dan menjaga mereka. Umat Islam hidup di bawah penguasa yang diktator dan sekular, yang menerapkan sistem yang diwarisi daripada tuan-penjajah mereka. Penguasa ini telah mencampakkan sistem pemerintahan Islam, sistem ekonomi Islam, sistem pergaulan Islam, sistem uqubat (hukuman) Islam, polisi luar negara dan pendidikan Islam dan lain-lainnya, serta tidak mempedulikan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pemerintahan mereka. Mereka tidak pernah mempedulikan nasib umat Islam kerana apa yang peduli hanyalah diri mereka sendiri, kelompok elit mereka dan berkhidmat kepada tuan-penjajah mereka. Para penguasa inilah yang menjadi punca utama kepada semua masalah yang menimpa umat, dan hal ini bukanlah suatu yang tersembunyi daripada umat Islam. Namun, mereka melaungkan kepada dunia kononnya mereka berhimpun untuk menyelesaikan masalah umat!

Kami, Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini ingin menegaskan bahawa cukuplah dengan sidang kemuncak anda itu, kerana umat Islam tidak memerlukannya. Umat Islam tidak memerlukan perbualan dan resolusi kosong. Umat Islam sudah tidak mahu dan tidak perlu mendengar masalah mereka lagi, kerana mereka sememangnya hidup dengan kesemua masalah tersebut. Umat Islam mahukan jalan keluar daripadanya, dan mereka sudah pasti tidak akan menemuinya dalam sidang kemuncak ini, mahupun dalam seribu sidang kemuncak yang serupa. Umat Islam tidak akan dapat mencapai apa yang mereka mahukan melalui sebuah sidang kemuncak yang penuh retorik, yang bakal mengikuti kegagalan kesemua sidang kemuncak sebelumnya. Satu-satunya jalan keluar untuk umat Islam sekarang ialah apa yang telah menjadi jalan keluar untuknya suatu ketika dulu. Umat Islam perlukan Al-Quran dan As-Sunnah mereka untuk dilaksanakan di negara mereka. Umat Islam perlukan Khilafah Rasyidah mereka dikembalikan, yang akan mempersatukan mereka semula, dan akan menerapkan hukum Allah (swt), yang akan membawa kesejahteraan kepada mereka, yang akan membebaskan kesemua wilayah mereka yang telah dirampas, dan yang akan membebaskan kesemua saudara mereka daripada dominasi dan kekejaman puak Kuffar. Inilah apa yang umat Islam perlukan, bukannya satu lagi sidang kemuncak yang kelihatan gah tapi bakal gagal!

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Isnin, 19 Rabiul Akhir 1441 H
16/12/2019 M
Ruj: HTM 1441 / 03


Press Release

Thousands of Summits have Failed, Yet Another One to Follow

Kuala Lumpur will organize a summit from 18-21 December, a second of its kind since the first one which was held in 2014. The summit, which will take place at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), aims to, among other things, discuss and find new solutions to problems facing the Muslim world as well as to improve the well-being of Muslims and Muslim countries in general. The President of Turkey, Pakistan, Indonesia and the Emir of Qatar are amongst the top leaders who will be attending the summit. According to local news, the summit also aims to bring together Muslim scholars, ulemas and thinkers from around the world, and revive the Islamic civilization. KL summit is expecting more than 400 delegates from 53 countries who have confirmed their attendance to date.

Notwithstanding the apparent good intention of the organizers and the delegates, they failed to realize that this summit is a reflection and manifestation of the failure of thousands of previous summits held either in Malaysia or any part of the world. It is also a clear proof of the failure of the Organization of Islamic Co-operation (OIC), Non-Aligned Movement (NAM), the Arab League and other international bodies in solving the problems faced by this Ummah. Had the past summits and the international bodies been successful in identifying and solving the Ummah’s problems this entire time, certainly there is no need for another weak and rhetorical summit!

For almost one century since the destruction of the Caliphate (Khilafah) in Istanbul, the Ummah has suffered tremendously – without a guardian and a shield that functions to protect and safeguard them. The Ummah has been living under tyrannical and secular rulers who are implementing the system inherited from their colonial masters. These rulers have neglected the Islamic ruling system, the Islamic Economic System, the Islamic Social System, the Islamic Punishment System, the Islamic Foreign and Education policies etc., and they have ignored Al-Quran and As-Sunnah in their rule. They never care about the Ummah; they only care about themselves, their elite groups and serving their colonial masters. They are the root cause of all the problems faced by this Ummah, and the matter is not hidden from the Ummah, yet they declare to the world that they gather to solve the Ummah’s problems!

We, Hizb ut Tahrir / Malaysia, would like to assert that we have had enough of your summits because the Ummah does not need them. The Ummah has had enough of empty talks and resolutions. The Ummah does not need and does not want to listen to its problems anymore since they are living with the problems! The Ummah wants a way out, and it will certainly not find the way out in this summit, and not even in a thousand similar summits. The Ummah will never achieve what she desires in a rhetorical summit, which follows the ways of other failed summits. The Ummah’s way out will never come from those who betrayed it betrayed Allah (swt) and betrayed His Messenger (saw). The only way out for the Ummah now, is what had been the way out for her in the past. The Ummah needs its Al-Quran and As-Sunnah to be re-implemented in its lands. The Ummah needs its Righteous Caliphate to be re-installed and re-unite them and will implement the laws of Allah (swt) that will make them prosperous, and will liberate all the occupied lands, and will free all their Muslim brothers from the domination and oppression of the Kuffar. This is what the Ummah needs, not another glamorous summit which is doomed to fail.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Monday, 19th Rabii’ II 1441 AH
Ref: HTM 1441 / 03
16/12/2019 CE