Kempen RTK2.0 diteruskan selepas hujan lebat
Bandar Baru Bangi 22 Sep – Keadaan cuaca yang tidak menentu tidak menghalang aktiviti Street Dakwah oleh beberapa orang syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HM). Usaha untuk bertemu umat bagi menyampaikan dakwah berkaitan sistem Khilafah yang pernah memayungi umat Islam selama lebih daripada 13 tetap diteruskan walaupun hujan ribut pada sebelah petangnya menyebabkan kurangnya orang ramai di lokasi yang berkenaan. Hujan lebat berserta ribut melanda Bangi sehingga menyebabkan air naik dan banyak pokok tumbang serta bumbung premis tercabut di beberapa kawasan.
Dalam Street Dakwah kali, syabab HTM melakukan sedikit soal selidik berkaitan kefahaman umum umat Islam tentang sistem politik yang diamalkan di negara ini. Soal selidik tersebut juga menyentuh tentang kefahaman umat Islam mengenai ‘Hadis 5 Zaman’ yang menerangkan tentang kembalinya kekhilafahan di atas jalan kenabian sebelum tibanya kiamat nanti. Soal selidik turut memuatkan persoalan tentang pengetahuan mereka terhadap kewujudan Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik Islam antarabangsa.
Respons yang diterima kebanyakannya positif di mana mereka semakin sedar tentang kepincangan serta permasalahan umat Islam yang tidak pernah dapat diselesaikan oleh sistem sekular pada hari ini. Mereka bersetuju bahawa hanya melalui penerapan syariat Allah (swt) secara kaffah sahajalah, segala masalah tersebut akan dapat diatasi secara holistik.