Hujan Lebat tidak Menghalang Seruan Membela Penderitaan Umat Islam di GAZA

Kuala Lumpur, 23hb November 2012 – Perkarangan Masjid Negara sekali lagi menjadi saksi kepada usaha syabab Hizbut Tahrir di dalam perjuangan mereka membela penderitaan umat Islam sedunia.

Tepat pada pukul 1.45 petang, Hizbut Tahrir Cawangan Kuala Lumpur dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan panji-panji Islam, telah menyampaikan seruan untuk mengajak umat Islam sedar bahawa penderitaan umat Islam di Semenanjung Gaza memerlukan penyelesaian yang menyeluruh. Seruan dimulakan oleh Ustaz Umar Hussein selaku pengerusi yang setelah itu menyerahkan majlis kepada Ustaz Abu Imtiyaz untuk menyampaikan seruan dengan mengingatkan kaum muslimin yang hadir bahawa konflik di Gaza adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin umat Islam pada hari ini amat mendukacitakan. Beliau menjelaskan bahawa umat Islam harus menolak sikap para pemimpin umat Islam pada hari ini yang tunduk kepada tekanan dan peraturan ciptaan Barat sehingga mereka hanya mampu mengecam dan mengutuk perbuatan zionis tanpa mengambil tindakan yang lebih berkesan.

Ustaz Abu Imtiyaz mengingatkan kaum muslimin bahawa PBB itu adalah salah satu alat kaum kuffar untuk menguasai dunia umat Islam. Jadi, usaha pemimpin Malaysia yang  hanya akan menghantar tentera di bawah panji PBB adalah usaha yang sia-sia dan sikap sedemikian sangat memalukan. Dimanakah kewarasan seseorang pemimpin umat Islam yang meminta bantuan daripada PBB, sedangkan pertubuhan tersebut ditubuhkan oleh Barat untuk menindas dan menguasai dunia Islam?
Dipertengahan seruan, hujan mula turun dengan lebat, namun, para syabab Hizbut Tahrir tetap tidak berganjak dan terus mendokong seruan sambil mengibarkan panji-panji Islam iaitu Al-Raya dan Al-Liwa’. Para hadirin yang sedang berdiri di serambi Masjid Negara juga tidak berganjak dan terus mendengar seruan yang disampaikan. Seruan juga ditujukan kepada para tentera umat Islam yang pada ketika ini masih berdiam diri berhubung konflik di Gaza. Umat Islam diingatkan bahawa peranan tentera bukan sekadar bermegah dengan kekuatan yang mereka miliki, tetapi mereka mesti menggunakan kekuatan mereka itu untuk membela umat Islam di Gaza dan amat malang pada ketika ini apabila para tentera umat Islam masih berdiam diri tanpa melakukan apa-apa.

Seruan kemudiannya disambung oleh Ustaz Isa yang menerangkan kepada hadirin yang hadir bahawa penyelesaian sebenar kepada konflik di Gaza adalah dengan mengembalikan Sistem Khilafah kerana hanya dengan mengembalikan Sistem Khilafah sahaja umat Islam di Palestin dapat diselamatkan. Seruan kemudian disudahi dengan ucapan penutup oleh Ustaz Abu Imtiyaz sambil diiringi dengan laungan takbir oleh para syabab yang tetap setia berdiri walaupun basah kuyup dilimpahi hujan lebat sehingga ke ayat yang terakhir. Semoga usaha yang dilakukan oleh para syabab Hizbut Tahrir ini dan hadirin yang setia mendengar diberkati oleh Allah SWT.

 
 
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=5XkCfNDENNo&list=UUHGLY37rm-mlLkN696TmTgQ&index=1&feature=plcp]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=yJeWCSW1p8c&list=UUHGLY37rm-mlLkN696TmTgQ&index=8&feature=plcp]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=9JyQXjNct_w&feature=relmfu]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=OeGxb3e6np8&feature=relmfu]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=0djhAn3vI7Q&feature=relmfu]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=ucZCsWnhn5E&feature=relmfu]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=lL42ilRMY-Q&list=UUHGLY37rm-mlLkN696TmTgQ&index=3&feature=plcp]