Bangladesh: Umat Islam Dibunuh Ketika Cuba Membela Agamanya

Rejim sekular Bangladesh kembali menunjukkan taring kebenciannya terhadap umat Islam. Laman sesawang www.humanrights.asia bertarikh 6 Mei 2013 melaporkan bahawa telah berlaku beberapa serangan terhadap para demostrator dan ramai yang mati serta mengalami cedera parah, sehinggakan sukar untuk digambarkan keadaan sebenar pada hari tersebut. [1]

Dikhabarkan bahawa demontrasi terjadi ekoran penghinaan yang dilakukan oleh ‘blogger atheis’  dalam blognya mengenai Nabi Muhammad SAW. Sejumlah besar penunjuk perasaan berkumpul di Dhaka pada 5 Mei baru-baru ini yang dipimpin oleh sebuah badan gabungan jemaah Islam, Hefazat-E-Islam yang menuntut agar hukuman berat dikenakan terhadap ‘blogger atheis’ tersebut yang dikatakan sedang berada di bawah perlindungan negara. [2] Hefazat-E-Islam telah menuntut 13 perkara termasuklah undang-undang yang menghukum para penghina agama.

Rejim Bangladesh telah menunjukkan kekejaman dan sifat kebinatangannya terhadap rakyatnya sendiri tanpa sebarang peri kemanusiaan. Sebuah akhbar Bangladesh, The Daily Star menyatakan seramai 5 orang telah terbunuh dalam tragedi tersebut. Namun, terdapat laporan lain di internet yang menyatakan bahawa angkanya jauh lebih besar daripada itu iaitu seramai 2500 kematian. Gambar-gambar mayat yang menjadi mangsa pembunuhan oleh pihak rejim Bangladesh juga telah tesebar melalui media-media sosial di internet.

Untuk menutup segala kejahatan yang telah dilakukan oleh rejim, saluran berita utama di Bangladesh telah dihentikan siarannya, termasuklah dua saluran televisyen swasta yang diarahkan tutup kerana  menyiarkan video sebenar situasi yang berlaku ketika kejadian serangan terhadap para demonstrator. Dilaporkan bahawa pasukan keamanan Bangladesh telah menggunakan artileri berat yang biasanya digunakan dalam peperangan bagi menghadapi rakyatnya sendiri. [3]

Rejim Bangladesh yang diterajui oleh Perdana Menterinya Syeikh Hasina yang telah melakukan banyak kejahatan dan penindasan terhadap rakyatnya sendiri sekali-kali tidak akan terlepas daripada hukuman. Mereka seharusnya sedar bahawa nasib mereka tidak akan pernah terjamin selamat kerana fakta di depan mata telah terjadi terhadap Saddam Hussein, Ben Ali, Mubarak dan Ghaddafi yang telah melakukan banyak kezaliman. Walaupun pemimpin umat Islam di seluruh dunia diam seribu bahasa, walaupun PBB tidak pernah memihak kepada umat Islam malah menjadi dalang dalam pelbagai kekejaman di bumi Islam, namun yakinlah bahawa kelak apabila Khilafah Islam telah tertegak, nasib umat ini akan segera dibela dengan jihad dan laungan takbir yang dipimpin oleh seorang amirul jihad yang bertaqwa. Saat itu akan pasti tiba dan ia senantiasa dinanti-nantikan kerana dunia semakin hari semakin bergoncang dengan perjuangan dan seruan ke arah penegakkan Khilafah Islamiyyah. Kini masa yang akan menentukan kerana Allah SWT tidak pernah sekali-kali menyalahi janji kepada hamba-hambaNya.

[1] http://www.humanrights.asia/news/ahrc-news/AHRC-STM-088-2013
[2] http://www.examiner.com/article/islamists-riot-bangladesh-chanting-atheists-must-be-hanged
[3] http://www.al-khilafah.org/2013/05/lebih-2500-muslim-dibantai-rezim.html